Wanita diperlukan oleh setiap lelaki untuk saling melengkapi terutamanya setelah mendirikan rumah tangga. Wanita yang baik akan sentiasa berada di samping pasangannya ketika susah dan senang.
Namun adakah pasangan anda mempunyai sifat yang tepat serta selayaknya untuk anda habiskan kehidupan bersamanya? Sekiranya pasangan anda mempunyai tujuh sifat ini, usah tunggu lagi. Segeralah melamarnya dan ‘ikat’ dia cepat. Kalau tak anda melepas!
Jangan lepaskan jika wanita yang anda jalinkan hubungan cinta sentiasa membuatkan anda ceria dan tersenyum. Komunikasi menjadi mudah kerana pasangan sentiasa memahami dan mendengar setiap masalah yang diluahkan oleh anda. Dia juga cuba membantu anda sekiranya anda mempunyai masalah. Anda tahu bahawa dia akan berada di samping anda dalam apa jua keadaan gembira atau sedih.
Setiap orang mengimpikan pasangan yang baik kerana hidup anda akan menjadi lebih sempurna apabila berada bersamanya. Hasilnya anda boleh membina sebuah keluarga yang lebih cemerlang apabila berkahwin dengannya nanti, malah anda juga akan menjadi seorang pasangan yang baik buatnya. Dia juga merupakan pasangan yang ingin memajukan dirinya dan juga keluarganya.
Dia cukup setia dengan anda. Anda menyedari bahawanya dialah wanita terakhir dalam hidup anda. Dia tidak pernah mengkhianati anda kerana dia sangat mencintai anda. Bahkan dia selalu ada ketika anda memerlukannya, selain sentiasa mendahulukan anda daripada perkara-perkara lain.
Setiap orang menyukainya kerana dia seorang yang luar biasa. Dia mudah diajak berbicara, seorang yang peramah dan menarik. Personalitinya membuatkan orang mudah untuk mendampinginya, malah dia juga sering memudahkan urusan orang lain.
Seorang wanita yang baik akan sentiasa memberikan anda ruang. Dia sama sekali tidak pernah mengongkong hidup anda lebih-lebih lagi mengenai perkara yang anda suka atau minat. Malah dia juga sentiasa memahami diri anda dan mempercayai anda dengan sepenuh hatinya.
Baik lelaki mahupun wanita pasti impikan pasangan yang beriman sebagai pelengkap hidup setelah berumah tangga. Sebelum bergelar seorang isteri, dia tahu untuk menjaga batas pergaulan dengan anda apatah lagi dengan orang lain. Malah dia juga pandai menjaga maruahnya sebagai seorang wanita dan mementingkan agamanya terlebih dahulu.
Ciri-ciri ini amat penting bagi anda untuk memilih bakal isteri. Sikap wanita yang sentiasa menghormati ibubapa dan orang yang lebih tua harus dititikberatkan. Sekiranya pasangan anda memiliki ciri ini, maka dia merupakan calon isteri yang tepat buat anda!