Zaman serba moden ini, tidak hairan sekiranya anda melihat lelaki yang sudah pandai bergaya dan menjaga penampilan diri. Malah, anda yang lebih bijak menata gaya daripada wanita sendiri. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, penampilan mereka sentiasa dijaga dan kelihatan rapid an kemas.
Namun, bagi sesetengah wanita yang bergelar isteri, mungkin mereka ragu dengan ciri-ciri suami yang suka berdandan dan tampak rapi. Mereka menganggap suami mereka melebih-lebih dan merimaskan. Perkara ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana suami anda adalah seorang lelaki yang “metroseksual”.
Mungkin si isteri kurang pasti bagaimana ciri-ciri lelaki metroseksual itu. Ini 8 ciri-ciri menunjukkan suami anda lelaki metroseksual. Untung tau dapat suami metroseksual sebab dia sentiasa tampak segak dan bergaya!
Mereka tidak pernah merungut jika anda bersiap dalam masa yang lama hanya untuk makan malam di kedai mamak berhampiran. Mereka juga apa kurangnya tatkala merias rambut agar sentiasa kelihatan rapi ketika bersama anda.
Sering kelihatan di kawasan beli-belah, wanitanya sibuk berbelanja sakan di dalam premis manakala pasangan mereka pula setia menunggu di luar. Bukan semua lelaki boleh melayan kerenah anda memilih barangan sehingga berjam lamanya. Lain pula halnya jika pasangan dari kalangan lelaki metroseksual. Mereka tidak kisah untuk menunggu malah sanggup menemani serta memberi pandangan mengenai pilihan anda.
Kebiasaannya, lelaki metroseksual gemar pada perkara-perkara yang berkaitan dengan seni, muzik dan fesyen. Dia boleh menjadi teman baik anda untuk melakukan hobi kalian bersama. Tiada lagi keluhan dan rasa tidak puas hati sebelah pihak yang tidak bersetuju dengan pilihan lokasi bertemu janji.
Ada segelintir wanita bertanggungjawab dalam penampilan pasangan mereka dan sering risau jika penampilan tidak kena majlis. Namun, suami metroseksual dapat mengurangkan tekanan sedia ada kerana mereka sendiri tahu apa yang patut digayakan dan berkongsi pendapat dengan anda.
Sesetengah lelaki memandang remeh perihal kebersihan serta penampilan diri, dan ini yang menjadikan perasaan kurang senang bersarang di dalam hati pasangan mereka. Sebagai contoh, bau badan yang ketara tanpa palitan wangian benar-benar menjengkelkan. Tetapi jika berdamping dengan kekasih metroseksual, anda seakan sentiasa mahu mendakapnya dengan wangian yang begitu menyenangkan justeru membangkitkan rasa selesa.
Sanggupkah anda untuk mempunyai pasangan yang jauh lebih kemas dan sihat tubuh badannya daripada diri anda sendiri? Dengan dia di sisi, anda akan cuba sehabis baik untuk tampil seiring dengan si dia. Secara tidak langsung, ia dapat membakar semangat anda untuk jadi lebih baik dengan mengawal pemakanan seharian, bersenam untuk tubuh badan yang lebih menarik serta tampil dengan gaya yang sedap mata memandang.
Bukan bererti label sebagai lelaki metroseksual menjadikan mereka tiada martabat diri dan mudah dipijak. Ego sebagai seorang lelaki masih ada, namun mereka tahu bagaimana mengawalnya. Mereka tidak kisah untuk membantu di dapur atau memegang sebentar beg tangan asalkan dapat memudahkan serta menggembirakan anda.
Lelaki metroseksual lebih cenderung untuk memahami kelembutan jiwa yang anda miliki. Walau tidak seratus peratus faham apa yang anda lalui, mereka boleh menjadi pendengar yang baik. Mereka tahu apa yang wanita mahukan seperti bunga di hari lahir dan makan malam romantis tanpa perlu berkira berapa banyak wang yang dihabiskan untuk anda.