Mengharungi kehidupan alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa dilalui sepanjang hidup berumah tangga.
Persediaan awal dalam perkahwinan sama ada dari sudut kewangan dan cara hidup mampu merancang perjalanan hidup berumah tangga dengan lebih teratur dan dapat mengelakkan perselisihan faham yang bakal berlaku kerana masih belum biasa dengan alam baru ini.
Hakikatnya zaman bujang dan alam perkahwinan adalah satu kehidupan yang sangat berbeza. Di sinilah terletaknya realiti kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab dan kebijaksanaan dalam mengatur satu perkongsian hidup.
Jika dulu ketika hidup membujang tanggungjawab banyak terletak pada ibu dan ayah. Kini bila sudah melangkah ke alam perkahwinan, tanggungjawab itu terletak pada diri anda sendiri. Perkongsian hidup antara suami dan isteri memerlukan kerjasama, toleransi dan kesabaran yang tinggi.
Antara tanggungjawab suami ialah menyara isteri, menyediakan tempat tinggal serta makan minum isteri dan anak-anak.
Bagi si isteri pula, tanggungjawabnya juga banyak, antaranya menjaga keharmonian dan kerukunan rumah tangga dengan menjalankan tugas sebagai isteri seperti memasak, mengemas dan membantu menjaga ekonomi keluarga.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Intermittent Fasting Jadi Usaha Bakal Pengantin Untuk Cepat Cantik
Panduan Menjalani Diet Puasa (Intermittent Fasting)
Diet dengan cara mengehadkan makanan tertentu seperti diet rendah lemak atau rendah karbohidrat sering kali gagal kerana biasanya itu bermakna anda perlu menghindari makan yang anda gemari. Cara diet itu juga menyebabkan anda cenderung untuk mudah berasa lapar kerana kurang pengambilan makronutrien yang merupakan sumber tenaga. Jika anda ingin menurunkan berat badan tanpa perlu meninggalkan makanan kegemaran anda, cuba menguruskan pola pemakanan anda dengan kaedah diet puasa atau intermittent fasting.
Apa itu intermittent fasting?
Intermittent fasting atau diet puasa/puasa berselang adalah kaedah untuk menguruskan pola pemakanan dengan cara berpuasa makan untuk tempoh tertentu, namun anda masih boleh meneruskan pengambilan minuman. Jika dibandingkan dengan istilah “diet”, biasanya ia merujuk kepada pengurangan atau mengehad makanan tetapi kaedah intermittent fasting lebih kepada mengatur kebiasaan pemakanan anda.
Kaedah ini tidak mengatur makanan apa yang anda harus kurangkan atau harus ambil, namun ia lebih kepada waktu anda harus dan berhenti daripada makan. Kebiasaannya kaedah ini mencadangkan untuk puasa makan selama 16 jam. Bagaimanapun, waktunya anda boleh tentukan sendiri.
Manfaat intermittent fasting
Pada asasnya, puasa sendiri mempunyai peranan yang balik dalam kesihatan, dan dengan cara berpuasa sudah diketahu sejak lama untuk bertahan hidup. Amalan pemakanan seharian anda mungkin tiada peraturan kerana sering makan di luar waktu makan atau melewatkan waktu makan.
Dengan kaedah intermittent fasting, anda dapat memperbaiki dan membentuk tabiat pemakanan yang lebih sihat. Ia juga melatih ketahanan tubuh supaya tetap dapat menjalankan fungsinya walaupun tidak mengambil makanan dalam tempoh tertentu.
Intermittent fasting juga membantu tubuh mengawal tekanan darah dan kolesterol kerana tubuh melakukan pembakaran lemak yang lebih efektif semasa berpuasa, serta membuatkan hormon insulin lebih sensitif terhadap makanan.
Ahli Biologi dari Salk Institute, California Satchidananda Panda mengatakan bahawa diet puasa (intermittent fasting) membantu tubuh untuk melakukan peremajaan dan pembaikan sehingga dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Ia juga mengatakan diet puasa menyebabkan tubuh bertindak balas terhadap pelbagai mekanisme atau tanda kerosakan tubuh dengan lebih baik. Keadaan puasa dapat membuatkan sel tumor kekurangan bahan makanan untuk berkembang, memperbaiki inflamasi dan menghilangkan sel yang rosak dari dalam tubuh.
Cara melakukan intermittent fasting
Intermittent fasting mempunyai pelbagai peraturan untuk mengurangan pengambilan makanan. Pada umumnya, kaedah ini hanya ditentukan dalam masa seminggu, bila-bila sahaja waktu untuk berpuasa. Puasa yang dimaksudkan ini adalah hanya berpuasa makan sahaja, namun anda masih boleh mengambil minuman. Semasa tempoh berpuasa, anda perlu mengambil makanan dalan jumlah paling sedikit atau tidak makan sama sekali.
Terdapat berbagai cara untuk melakukan intermittent fasting, berikut adalah beberapa kaedah yang popular:
- Kaedah 16/8: Ini merupakan kaedah yang membahagikan 16 jam waktu berpuasa dan 8 jam waktu untuk mengambil makanan. Contohnya, anda boleh makan dari pukul 1 tengah hari hingga 9 malam, kemudian diteruskan kepada puasa selama 16 jam.
- Eat-Stop-Eat: Kaedah ini mengharuskan anda untuk tidak mengambil makanan selama 24 jam untuk beberapa hari dalam seminggu. Contohnya, anda berhenti mengambil makanan dari waktu makan malam ini hingga ke waktu makan malam berikutnya. Menghentikan makan selamat 24 jam ini mungkin kedengaran agak sukar, namun anda boleh memulakan kaedah ini dengan cara berperingkat bukannya dengan 24 jam sekali gus.
- Diet 5:2: Ia dilakukan dengan cara mengurangkan jumlah pengambilan makanan hingga 25% daripada jumlah normal, kira-kira 500-600 kalori per hari atau bersamaan dengan satu hidangan. Kaedah ini dilakukan dalam dua hari seminggu namun tidak berurutan. Dan, anda masih boleh mengambil makan secara normal pada 5 hari dalam seminggu.
Tip membiasakan diri dengan intermittent fasting
- Banyakkan minum air putih untuk mencegah dehidrasi sehinggan tubuh mudah melalui tempoh puasa.
- Lakukan waktu berhenti makan pada malam hari kerana waktu tidur akan memudahkan anda melalui waktu tanpa makan.
- Jangan fikirkan bahawa tempoh berpusa adalah waktu untuk berasa lapar atau kurang makan, melainkan waktu untuk mengistirehatkan tubuh seketika daripada aktiviti makan.
- Mulakan waktu berhenti pengambilan makanan ketika anda sibuk dengan rutin harian kerana lebih mudah untuk mengalihkan perhatian.
- Sertakan intermittent fasting dengan rutin aktiviti fizikal, cukup dengan aktiviti ringan atau bergerak aktif namun teratur untuk dilaksana dalam tempoh dua atau tiga kali seminggu.
SUMBER : (https://hellodoktor.com/)
OLEH : FARAH AZIZ
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baca 40 Kali Selama 40 Hari, Agar Dijauhkan Dari Kemiskinan
Untuk anda semua yang akan berkahwin dan baru berumahtangga, terasa kesempitan wang, ini adalah surah yang harus anda amalkan agar ada jalan untuk rezeki anda dipermudahkan.
.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
“Barangsiapa membaca Surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam, tiadalah akan menimpa kepadanya kefakiran atau kepapaan” Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
.
Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’.
InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali. Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Nikah, Sila Ambil Tahu Status Kewangan Bakal Suami Anda. Penting!
Bayangkan sebelum bernikah kehidupan anda begitu tenang, serba cukup dan bebas hutang. Tetapi apabila berkahwin, anda mula dihujani dengan pelbagai masalah dan hutang suami anda. Inilah antara punca-punca pergaduhan antara suami isteri.
Disebabkan itu, anda wajib mengambil tahu situasi kewangan bakal suami anda supaya anda tidak susah di kemudian hari. Bukan tidak mahu susah senang bersama, tetapi mengapa si dia tidak berterus-terang sebelum kahwin tentang status kewangannya?
Jadi buat para wanita, ini antara perkara yang boleh anda lakukan sebelum berkahwin dengan pasangan anda. Tip ini dikongsi oleh Mimi Rozmiza Rozman menerusi akaun Facebook miliknya.
*****
Ini menakutkan sebagai seorang perempuan.
Sebelum kahwin semua manis macam gula,
lepas kahwin semestinya nak manis jugak,
tapi tiba-tiba masalah kewangan muncul, masa tu gula pon rasa kelat.
Sebelum kahwin tak rasa susah sama-sama.
Bukan menakutkan tapi reality kehidupan ada yang berlaku seperti ini.
My advice untuk gegadis
1. Minta CCRIS report untuk tahu komitmen
2. Minta slip gaji untuk tahu berape gaji
3. Minta tengok berape saving dia
Bukan mata duitan,
sebab in reality wujud lelaki yang put effort semata-mata nak dapatkan kita,
Lepas kahwin dah takda semua tu.
Sebabnya tak mampu dah.
Nasihat untuk lelaki,
no need habiskan duit untuk belanja perempuan kalau anda tak mampu teruskan selama-lamanya.
Lumrah perempuan suka sebut “dulu boleh je macam tu”
Sape ajar ?
Lelaki, so better don’t ajar perempuan.
Daripada bercinta jangan bagi benda yang diri sendiri tak mampu.
Sumber: Mimi Rozmiza Rozman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI