Pesanan padu suami isteri kena hadam, jangan sebab sedikit kesenangan, kita lupa waktu susah waktu mula-mula nak bina keluarga.
Ini jelas berlaku apabila ramai pasangan suami isteri ini membuka ruang pada orang ketiga waktu dah ada anak-anak dan stabil. Betapa hancurnya hati seorang isteriapa apabila situasi ini berlaku. Nah, jemput renungkan perkongsian saudara Muhammad Hassan ini seketika.
Saya belajar sesuatu dari mereka yang sentiasa mempamerkan Kebahagiaan rumahtangga kepada umum sebagai bahan content di media sosial.
1. Jangan selalu,kerap,tiap hari mempamirkan kebahagiaan kita kepada orang lain sehinggakan kemesraan dalam bilik tidur pun mahu ditunjuk umum. Kalau boleh segala apa sisi bahagia rumahtangga mahu dipertontonkan kepada umum. Dalam Al Quran ada sebut. Anak-anak nak masuk bilik kita perlu minta izin. Surah An-nur 58.
2. Jangan sesekali angkuh mengungkapkan perkataan hanya setia kepada yang satu tidak akan pandang yang lain. Dengan niat untuk menyindir perkahwinan poligami orang lain. Jangan bang,makan tuan nanti.
Kerana setiap kata-kata itu boleh jadi datangnya ujian bertalu-talu kepada kita akan datang. Sebaliknya ungkaplah syukur punyai isteri dan anak-anak berserta doa. Ya Allah kekalkan kami suami isteri hingga ke syurga,kekalkan kami suami isteri hingga ke syurga.
3. Jangan sesekali mengkritik,memperlekehkan hubungan orang lain terutama hubungan yang sah disisi syarak. Tidak kiralah dia kahwin 1,2,3 atau 4. Contoh berlaku kepada kawan saya sendiri. Sebelum ini cukup tidak bersetuju apabila dapat tahu ada anak-anak muda kahwin ketika zaman belajar. Tup-tup anak dia sendiri terpaksa dikahwinkan ketika masih tahun pertama di universiti.
4. Jangan terlalu kerap mempamirkan kecantikan wajah isteri kita di media sosial dengan puji pujian cantiknya mata isteri abang,lembutnya pipi isteri abang,merahnya bibir isteri abang. Kerana disebalik kecantikkan wajah isteri kita itu datangnya godaan syahwat kepada mata-mata lelaki yang memandang. Cukuplah dan biarkan mata kita sahaja untuk menikmati kecantikan wajah isteri bukan untuk di kongsi bersama.
Dan kepada isteri juga. Jangan terlalu teruja mempamirkan kehenseman,harta suami,sifat-sifat romantis suami kepada umum. Kerana itu juga membangkitkan syahwat wanita lain terhadap suami.
5. Jaga ikhtilat dengan wanita-wanita lain apabila kita sudah ada nama di media sosial,terutama dengan pekerja. Jangan sesekali membuka ruang untuk kita ada apa-apa hubungan penting dengan pekerja wanita. Contohnya jadikan pekerja wanita sebagai P.A. Jadikan pekerja wanita sebagai pembuat air setiap pagi.
Sebaliknya jadikan isteri kita sebagai perantaraan dengan pekerja wanita untuk apa-apa urusan penting.
Contoh: Terpaksa bawa seorang pekerja wanita untuk meeting dengan pelanggan di luar. Pastikan isteri bersama sebagai perantaraan dengan pekerja wanita. Jangan menormalisasikan hubungan akrab dengan pekerja wanita.
Dan terakhir. Hargai sungguh-sungguh apa yang telah Allah kurniakan untuk kita hari ini. Kerana yang sedia ada ini sudah banyak lalui kesusahan,kesedihan,keperitan bersama. Jangan kerana sedikit kesenangan, kekayaan kita lupa segalanya yang lalui bersama.
Apa pun ujian yang datang menyinggah, moga kalian berbahagia suami isteri hingga ke syurga tidak kiralah 1,2,3 atau 4. Kerana kebahagiaan sebenar hanyalah di syurga. Tiada lagi kesedihan dan keperitan di sana.