Hubungan

Jangan Sedih Kalau Masih Single. Kelebihan Ni Boleh Buat Anda Tersenyum Bangga!

Share

Di sekeliling kita, memang akan anda di antara kawan-kawan dan saudara mara sebaya kita yang masih bujang. Dan mereka biasanya sering menjadi ‘bahan’ atau isu untuk dibincangkan kenapa mereka tidak berumahtangga lagi.

 

Tetapi, bagi anda yang masih single, jangan rasa down ya. Memang kita tak boleh tutup mulut orang tapi kita boleh menggembirakan hati kita dan pujuk hati untuk tidak ‘banjir’ dengan keadaan kita. Ini antara kelebihan wanita/lelaki single yang anda perlu tahu.

 

Kesenangan keluarga

Bila hidup kita tidak terikat dengan komitmen hubungan, kita boleh berkongsi kesenangan bersama keluarga. Utamakan ibu dan ayah serta adik-beradik. Inilah masanya untuk berbakti kepada mereka.

Berikan tumpuan kepada ahli keluarga terdekat sebelum orang lain. Penuhi impian mereka dan anda akan rasa puas hati kerana sejak dari kecil, ahli keluarga terutamanya mak ayahlah yang banyak berkorban untuk anda.

 

Boleh menabung dan melabur secara konsisten

Bila kita kurang komitmen, kita boleh mula berjinak-jinak dengan pelaburan. Baik pelaburan saham atau emas, kedua-duanya memberi pulangan yang lumayan. Kita banyak masa untuk melihat paten saham dan belajar ilmu pelaburan di luar daripada pakar-pakar.

 

Di samping itu, anda pun boleh menabung lebih banyak. Masa single inilah duit tabungan boleh berganda-ganda. Bila dah jumpa jodoh yang sesuai, boleh terus menikah je. Tak perlu fikir mana nak cari duit buat hantaran dan majlis kahwin. Sekurang-kurangnya simpanan untuk lepas kahwin pun dah boleh standby

.

 

Menjimatkan wang

Bayangkan duit yang terpaksa anda keluarkan untuk keluar dengan pasangan. Duit makan, minyak, tengok wayang dan aktiviti lain lagi.

 

Tak perlu keluar duit untuk memujuk

Kekasih merajuk? Kalau pujuk rayu tak berhasil, terpaksa pula beli hadiah untuk pujuk mereka. Kalau single, tak perlulah nak memujuk dengan hadiah!

 

Bebas hutang

Kebanyakkan orang memiliki kad kredit. Bila mudah sangat swipe sana sini, akhirnya kita akan dibebani dengan hutang. Kita akan rasakaya apabila semua benda yang ingin dibeli boleh menggunakan kad kredit. Lebih ‘sakit’, bila hutang pembelian itu dibayar secara ansuran setiap bulan.

 

Tahukah anda, pembayaran ansuran setiap bulan itu hanya cover duit faedah sahaja? Itu belum termasuk lagi harga barangan yang anda beli. Kan membazir tu!

 

Tak perlu ikut trend

Bila tak ada kekasih, tak perlu nak fashionable sangat. Tak payah beli baju ikut trend atau shopping setiap bulan. Cukuplah dengan koleksi baju yang kemas dan bersih.

 

Banyak waktu terluang

Inilah ‘me time’ anda. Buat apa yang anda minat. Teruskan dengan hobi yang anda suka tanpa ada orang yang menyekat. Asalkan ia berfaedah, why not!

Published by
Anis Nor