Perkongsian dari facebook tuan firdaus shakirin buat suami-suami dekat luar sana, Bila dah jadi suami, maka tundukkanlah pandangan.

Setiap hari, keluar je dari pagar rumah, mesti akan berjumpa dengan perempuan yang lebih cantik daripada isteri sendiri.

Jangan Sesekali Bandingkan Kecantikan & Kelemahan Isteri Kita Dengan Wanita Lain

Singgah beli nasi lemak, “ish, comeynya orang yang jual nasi lemak ni…”

Sampai opis, “cantik sgguh staf yg baru masuk tu…”
Keluar rehat, “manis sgguh cik adik yg ambik order ni…”

Balik rumah, tengok isteri sendiri, “emm, biasa ja, tak macam perempuan-perempuan yang aku tengok siang tadi…”

Ads

Isteri kita dulu pun cantik tuan-tuan, time mak ayah dia jaga sekarang dia dah “tak cantik” sebab awak yang jaga, awak yang buat dia jadi tak cantik, dah tu awk nak compare dia dengan perempuan-perempuan yang awk jumpa tu?

Tengok orang perempuan, jangan tengok lama-lama sampai hati berdetik, jiwa bergelora, bergetar tengok sekilas pandang dah la, pastu tengok tempat lain jangan sampai otak sempat berfikir, siapa dia, tinggal kat mana, dah kawin ke belum dan sebagainya ini cari masalah, ini sengaja nak tambah masalah.

Jangan Sesekali Bandingkan Kecantikan & Kelemahan Isteri Kita Dengan Wanita Lain
gambar sekadar hiasan

Mana-mana perempuan yang ada depan kita pun, sekilas pandang cukup, pastu tundukkan semula pandangan tu bukan kena tengok lantai 24 jam, tapi jangan tengok sehingga hati memuja kecantikan perempuan tu lebih dari isteri sendiri dirumah.

Ads

Kecantikan isteri bukan untuk dibandingkan sebab banyak perkara yang dia dah buat dan lalui dalam menjadi seorang isteri yang terbaik untuk diri kita.

 

 

Ads

 

 

 

Sumber : Firdaus shakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI