Perkataan mak andam cukup sinonim dengan majlis perkahwinan. Apabila menyentuh bab-bab kahwin terutamanya mengenai perihal pelamin, busana dan solekan, mak andam lah orang yang dicari untuk merealisasikan majlis perkahwinan impian.

Namun, ada beberapa kriteria mak andam yang harus anda beri perhatian agar majlis anda berjalan dengan lancar. Maklumlah, sejak kebelakangan ini, pelbagai cerita tidak enak kita dengar mengenai mak andam yang tidak menepati janji mereka buat pelanggan.

 Jom kita lihat kriteria mak andam yang patut anda hindari sebelum menjadi parah!

Janji Yang Menggunung Tinggi

Menjadi perkara biasa apabila mak andam yang anda  pilih sentiasa akur dengan kehendak anda sebagai pelanggan. Kata orang ‘customer is always right’ bukan? Namun anda harus waspada dengan janji-janji yang diberikan oleh mak andam tersebut.

Jika boleh, buat catatan ataupun record setiap janji yang diberikan oleh mak andam itu. Sebagai contoh, mak anda tersebut menjanjikan untuk menyediakan kerusi baharu buat pelamin. Oleh itu, pastikan anda catat atau record kata-kata mak andam tersebut agar tidak menjadi kekalutan di kemudian hari.

Ads

Minta Deposit Terlalu Tinggi

Ini juga merupakan perkara yang perlu diberi perhatian oleh bakal mempelai. Deposit memang diperlukan apabila ia membabitkan jual beli mahupun perkhidmatan menyewa berkaitan hal perkahwinan. Tetapi, sekiranya pihak mak andam meminta jumlah deposit yang terlalu tinggi, anda harus berhati-hati.

Bukan apa, khuatir deposit yang dibayar telalu tinggi akan digunakan oleh mak andam tersebut untuk keperluan peribadi. Kebiasaannya, mak andam hanya meminta 10% – 50% dari harga pakej untuk deposit. Jika mak andam meminta hingga 80%  dan ke atas dari harga pakej, maka anda harus berhati-hati. Takut pula apabila mak andam tersebut buat hal dan anda ingin batalkan tempahan tersebut, wang deposit anda akan burn begitu sahaja. Tak ke rugi?

Mulut Terlalu Manis

Jangan terlalu percaya dengan mulut manis mak andam ini. Mereka kalau buka sahaja mulut, ibarat ada pokok tebu di tepi bibir. Mereka akan sedaya upaya untuk memperoleh kepercayaan dari anda. Untuk keselamatan anda, lebih baik anda membuat survey ke beberapa buah butik Andaman sebelum membuat tempahan.

Ads

Oleh itu, anda boleh membandingkan harga terbaik dengan perkhidmatan yang anda inginkan. Lihat dan kaji terlebih dahulu profile dan review mengenai butik pilihan yang anda ingin pilih.

Selalu Buat Hal

Anda boleh tanya rakan terdekat ataupun saudara mara yang pernah menggunakan perkhidmatan mak andam yang ingin dipilih. Sekiranya mereka memberikan respon yang tidak baik mengenai perkhidmatan tersebut, lebih baik anda cari perkhidmatan mak andam yang lain. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali ya! Walaupun perkhidmatan tersebut nampak gah secara zahirnya, namun ia belum tentu menjanjikan perkhidmatan yang memuaskan. Oleh itu, pendapat rakan-rakan dan saudara-mara amat penting.

Ads

Indah Khabar Dari Rupa

Perkara ini banyak terjadi di zaman sekarang. Indah khabar dari rupa! Lain yang diminta, lain pula yang dapat! Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan baik bersama pihak mak andam. Tetapkan bajet anda terlebih dahulu sebelum memulakan perbincangan.

Jangan meminta servis yang pelbagai, namun ingin dengan harga yang terlalu rendah. Zaman sekarang ini semua barang mahal dan anda perlu faham akan perkara itu. Dapatkan persetujuan antara kedua-dua belah pihak supaya kata putus dapat diperolehi.

Pakej Terlalu Murah

Tidak logik sekiranya harga pakej terlalu murah dan servis yang ditawarkan merangkumi segalanya. Anda harus peka terhadap hal ini. Jangan kemudian hari, pelamin yang dipasang seperti reban ayam dan solekan seperti opera cina ya. Memang semua yang dijanjikan dalam pakej dilaksanakan, namun semuanya dibuat  ala kadar dan asal boleh sahaja. Di kemudian hari, anda juga yang menyesal. Oleh itu, kaji pakej yang ditawarkan dengan teliti dan adakah ia wajar dengan harga yang ditawarkan. Biarlah harga sedikit mahal, namun kepuasan dapat dicapai.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI