Perkahwinan adalah bentuk penyatuan dua hati yang sangat dituntut dalam Islam. Menerusi hubungan inilah lelaki dan wanita mula belajar untuk berkongsi kasih sayang, pandangan, idea dan seluruh kehidupan mereka yang dulunya hanya diketahui keluarga dan kenalan rapat.
Dalam membina hubungan suami isteri, banyak perkara perlu diteliti supaya sentiasa seimbang, mewujudkan toleransi dan berpegang kepada tanggungjawab.
Namun, sejak kebelakangan ini, banyak kes kecurangan rumah tangga berlaku. Ada yang mendapat perhatian media, tidak kurang juga yang sekadar berlaku dalam kalangan keluarga mahupun teman.
Lelaki ini kongsi, jangan terlalu kerap upload gambar kemesraan suami isteri. Takut ada yang dengki.
Bahayanya penyakit Al-ain@pandangan benci orang juga boleh menyebabkan pergaduhan suami isteri sehingga musnah hubungan rumahtangga.
Abang saya pesan,jangan terlalu kerap upload gambar kemesraan kita suami isteri di media sosial. Takut ketika itu ada mata yang memandang dengan tidak sengaja matanya memandangan dengan pandangan dengki.
Abang saya ini bidangnya setiap hari akan mengadap orang yang nak nikah sehinggalah masalah nak cerai.
Beliau kongsi ramai sekarang anak muda kahwin awal tapi lagi 1 tahun datang jumpa semula beliau kerana selalu gaduh sehingga nak bercerai.
Banyak faktor,tapi dari pemerhatian beliau dan kajian yang beliau buat dari ratusan penceraian, apabila ditanya suka upload gambar kemesraan dimedia sosial sedangkan 10 tahun dulu perkara macam ini tak berlaku(tayang gambar kepada orang tidak dikenali)
Bayangkan malam tadi upload gambar kemesraan dengan pasangan dapat ribu ‘like’ dan komen tanda pujian,tup tup pagi ini gaduh suami isteri. Allah. Inilah tanda kita dapat penyakit ‘Al-ain’.
Bagaimana cara untuk kita elak mata kita sendiri jadi ‘Al-ain’?. Ini saya nak kongsi ilmu yang saya belajar dari guru saya. Jika kita tengok sesuai yang cantik,tengok kemesraan,kebahagiaan rumahtangga orang lain,tengok rakan kita tayang kereta mewah,rumah besar atau ada orang pujian kita.
Bacalah: “Masyallah Allah La Quwawata illah billah” Rujuk surah Al-Kahf ayat 18/39
Moga kita dijauhkan dari AL-Ain dan moga mata kita juga bukan dari ‘Al-ain’
Moga bermanfaat.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI