“Jangan Terlalu Taksub Kejarkan Cinta Manusia Sehingga Hilang Cinta Yang Hakiki”

Share

Sejak azali lagi, naluri manusia memang ditentukan untuk mempunyai perasaan kasih sayang dan cinta terhadap manusia berlawanan jantina. Malah ada juga yang sanggup bermati-matian mengejar dan berjuang demi memiliki orang yang dicintai tersebut. Namun pernahkah terdetik di hati bahawa kita seringkali melupakan Maha Pencipta oleh kerana terlalu sibuk mengejar keseronokan duniawi.

Mempunyai perasaan cinta, kasih terhadap pasangan lain jantina sudah pasti menjadi keperluan kita sebagai manusia biasa. Perasaan dicintai dan menyintai sudah pasti sangat indah dan menyenangkan. Pada masa yang sama kita turut melupakan Allah Swt sebagai Maha Pencipta kita, sudah pasti ada dikalangan anda di luar sana pernah mengalami hal seperti ini.

Tidak semua yang kita ingini di dunia ini mampu untuk kita miliki. Sama juga seperti cinta, kita mampu menyintai kadangkala kita juga tidak mampu untuk memiliki apa yang kita mahu.

Jadikan iktibar ketika Zulaika bersusah payah mengejar cinta Nabi Yusuf, maka semakin menjauhlah Nabi Yusuf darinya. Setelah Zulaika tulus mengejar cinta Allah Swt, maka Allah Swt datangkan Nabi Yusuf kepadanya.
Solat adalah tiang agama kita. Jagalah ia sebaik yang mungkin.
Sekiranya kita lalai dan melewatkan waktu solat, maka Allah Swt akan melewatkan 4 perkara ini dari kita iaitu:

1. Jodoh
2. Rezeki
3. Kejayaan
4. Doa

Bersama-samalah kita ingat mengingati. Cinta kepada Allah Swt syurga janjinya, ketika menyintai manusia tidak akan pernah kekal lama. Cinta hakiki adalah cinta yang abadi. Berkongsi untuk renungan kita bersama.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit : bukanaku

Published by
Nur Farhany Abd. Rahman