JANGAN LEPAS TANGAN

Sekarang kita tengok ramai yang berkahwin awal, kahwin pada usia muda. Macam saya sendiri berkahwin pada usia awal 25 tahun dan Eleena masa tu belum lagi masuk 23 tahun.
Saya akui bila kita berkahwin di usia muda ni banyak cabarannya terutama dari segi kesabaran dan kewangan, banyak yang belum cukup stabil terutama emosi.
Sebab tu kita sebagai suami isteri kena faham dan sukarela menjalankan tugas dan peranan masing-masing. Suami cari rezeki dan kadang isteri kita pun bantu cari rezeki dengan bekerja.

Janganlah Lepas Tangan Lepas Kahwin, Suami Ingatlah Penatnya Jadi Seorang Isteri Itu
Bila balik rumah, jangan ungkit-ungkit siapa lagi penat sebab yang jadi mangsa esok anak-anak. Kita bila balik rumah, berkasih sayanglah balik. Berkasih sayang ni macam cas bateri. Esok siang semangat pergi kerja cari rezeki, balik rumah cas bateri lagi. Sebab tu rumah adalah syurga dunia.

Itulah tempat paling selesa walau kecil atau buruk mana sekalipun. Hubungan suami isteri ni kita perlu dasari dengan perasaan kasih sayang dan menyenangkan antara satu sama lain serta bantu membantu. Isteri ni pengorbanan dia besar, macam-macam dah dia buat untuk kita. Yang paling besar sekali sakit beranak, cuba tengok balik.

Sakit beranak ni umpama 20 tulang rusuk dipatahkan serentak tau? Bayangkan.
Sebab tu temanlah isteri kita bila dia beranak. Jangan bagi alasan takut darah, geli ke apa benda. Tengok muka isteri kita tu, bagi kata-kata semangat, suruh dia mengucap, pegang tangan dia. Isteri ni walaupun sakit dia sampai macam tu sekali pun tapi lepas habis bersalin dia takkan pernah serik untuk bersalin lagi. 3 atau 4 orang anak lagi pun dia sanggup demi suami. Memberi zuriat untuk kita satu kebanggaan dan kebahagiaan bagi dia.

IKLAN

Janganlah Lepas Tangan Lepas Kahwin, Suami Ingatlah Penatnya Jadi Seorang Isteri Itu

Allah, istimewanya kaum Hawa ni

IKLAN

Kita yang lelaki, sakit apa paling ngeri dalam hidup kita? Saya rasa sunat yang paling sakit dan menakutkan, sanggup ke bang kita ulang 2-3 kali lagi? Itupun kita tak sanggup tau. Masa zaman belum sunat dulu, kulit tersangkut kat zip pun dah melalak menggelepor macam kena sembelih.

Sebab tu dalam rumah tangga ni, yang pertama ingat pada Allah. Allah SWT akan bantu kita, dia akan mempermudahkan segala-galanya. Minta pada Dia untuk jaga rumahtangga kita. Selalu la minta pada Allah. Kita kemain hero nak jaga jodoh Allah bagi tapi hubungan dengan Allah kita tak nak jaga, macam mana bang? Sebagai suami, jangan main lepas tangan je. Bantu membantu satu sama lain. Jangan ingat kita ketua keluarga, boleh goyang kaki anak melalak buat derk, isteri macam hamba terkejar sana-sini menguruskan anak.

IKLAN

Lepas tu ambil tahu masalah anak-anak masalah isteri kita. Tanya apa masalah keluarga, apa yang tak cukup dalam rumah. Usaha untuk sediakan secukupnya.
Barang dapur sentiasa kena ada demi kelangsungan hidup mereka. Ingat kawan-kawan, dalam setahun minimum 3 persalinan untuk isteri ya.

Janganlah Lepas Tangan Lepas Kahwin, Suami Ingatlah Penatnya Jadi Seorang Isteri Itu
Sekadar gambar hiasan

Sekali-sekala pergi masjid solat berjemaah, dengar kuliah agama. Bila ada ilmu baru yang kita dapat, balik rumah kongsi dengan keluarga. Tak ada yang boleh selamatkan keluarga kita kecuali Addinul Islam iaitu cara hidup Islam pada zaman yang mencabar sekarang ni.
Dan yang terakhir sekali, elakkan kontroversi dalam keluarga, elakkan fitnah. Jangan keluar berdua walaupun dengan kawan sekerja atau sepejabat.  Pasal apa kita keluar berduaan kalau dah tahu benda tu boleh mendatangkan fitnah dan merosakkan rumah tangga?

Bila berumahtangga, kejarlah bahagia hingga ke syurga.  In shaa Allah, mudah-mudahan keluarga kita dapat mencapai sebagai sebuah Keluarga Sakinah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Kredit : Facebook Mizan Dzai

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI