Impian hampir semua orang ialah memiliki kediaman yang selesa. Sebolehnya ia mesti mempunyai ruang tamu yang luas, dapur yang cukup lengkap dengan peralatan, bilik tidur setiap seorang ahli keluarga, laman yang luas dan indah, kolam renang dan kolam ikan, pergola, gazebo untuk berehat dan sebagainya.

Janganlah Malu Menyewa Selepas Berkahwin, Dah Stabil Belilah Rumah Dengan Bijak

Wah, wah, kalau diikutkan hati dan perasaan, memang tidak akan habis segala keinginan rumah impian kita. Kebanyakan kita mampu bermimpi sahaja, tetapi apabila ditoleh kembali dalam akaun bank, sedih sekali. Poket dan dompet selalu tidak berisi, alamatnya jauhlah lagi untuk memiliki rumah idaman sebegitu.

Begitulah realiti kehidupan, kesenangan tidak mudah untuk dicapai. Ia perlu dengan usaha. Saya cukup gembira jika anda dapat belajar sesuatu dalam artikel edisi lepas iaitu menjadi jutawan dalam usia muda. Sememangnya, perubahan minda dan sikap adalah perlu. Jadi tidak salah anda mempunyai impian memiliki rumah idaman yang mewah dan selesa, asalkan anda berusaha untuk itu.

Setiap impian perlu disusuli dengan perancangan yang rasional dan tindakan yang tersusun. Rata rata daripada kita tidak dilahirkan dalam keluarga yang berada, jadi kita perlu bermula dari bawah. Saya juga kongsikan sebelum ini, asas kepada mencapai kebebasan kewangan adalah perancangan kewangan yang lengkap.

Membeli rumah pertama agak susah bagi kebanyakan orang, terutama bagi pasangan pengantin baru, Ini kerana beberapa masalah:

  • Modal untuk membeli rumah yang agak tinggi.
  • Tidak tahu rumah mana yang sesuai.
  • Tidak tahu proses pembelian rumah
  • Pihak ketiga yang mencampuri urusan pembelian rumah

Janganlah Malu Menyewa Selepas Berkahwin, Dah Stabil Belilah Rumah Dengan Bijak

Mencari modal membeli rumah

Berapakah modal diperlukan untuk memiliki sebuah rumah? Secara asasnya modal yang diperlukan adalah;

  • Bayaran muka sekurang-kurangnya 10% daripada harga rumah. Ini berdasarkan pembiayaan daripada bank sebanyak 90% daripada harga rumah.
    1. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membeli rumah berharga RM 300, 000, anda perlu menyediakan bayaran muka sebanyak RM 30, 000. Itupun jika bank meluluskan pinjaman anda sebanyak RM 270,000.
    2. Jika bank hanya meluluskan pinjaman sebanyak 85%, anda perlu menambah sejumlah 5% lagi iaitu RM 15,000. Jadi jumlah kesemua modal yang perlu dikeluarkan adalah RM 45,000.

 

  • Bayaran guaman untuk proses pembelian rumah, pemindahan nama dan dokumen pinjaman.
    1. Bayaran guaman tertakluk kepada harga sesebuah rumah. Untuk lebih jelas, rujuk jadual di bawah;
HargaBelianKadar
150,000 pertama1.000% ( minimum RM300)
850,000 seterusnya0.700%
2,000,000 seterusnya0.600%
2,000,000 seterusnya0.500%
2,500,000 seterusnya0.400%
Lebihan0.300%

 

Ads

Anda perlu ambil perhatian bahawa bayaran guaman diperlukan untuk dua proses iaitu Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement, S&P) dan Perjanjian Pinjaman ( Loan Agreement). Jadi jumlah di atas perlu digandakan dengan dua, untuk dua proses ini.

  1. Duti Setem
HargaBelianKadar Caj
100,000 pertama1.000%
400,000 seterusnya2.000%
Lebihan3.000%

 

Jika ini belian rumah pertama anda, anda layak untuk mendapat diskaun 50% atas duti setem ini untuk belian di bawah RM 400, 000.

 

Manakala duti setem untuk Perjanjian Pinjaman pula adalah 0.5%

 

  • Bayaran Jurunilai (Valuation Fee)
HargaBelianCaj
100,000 pertama0.250%
Next 1,900,0000.200%

 

Ads

Jumlah kesemua modal yang diperlukan untuk membeli rumah ialah sekitar 14-15% daripada harga rumah. Ini belum lagi termasuk kos renovasi dan juga takaful MRTA/MRTT. Sekiranya rumah yang ingin dibeli berharga Rm 300,000, kita perlu mempunyai modal awal sebanyak RM 45, 000.

Jelas di sini, jumlah ini sememangnya sangat tinggi untuk mereka yang baru bekerja dan tidak mempunyai apa apa simpanan. Mahu tidak mahu perlu untuk merancang mengumpul modal ini untuk memiliki sebuah rumah.

Janganlah Malu Menyewa Selepas Berkahwin, Dah Stabil Belilah Rumah Dengan Bijak

Tidak tahu Rumah Yang Sesuai

Ini juga merupakan masalah besar apabila tidak tahu memilih. Untuk memastikan rumah mana yang sesuai dengan kita, kita perlu ukur baju di badan sendiri dahulu.

  • Berapa harga rumah yang mampu?

Disini kita perlu kira dahulu bajet dan rumah yang layak untuk dibeli. Secara mudah, kita mampu membeli rumah berdasarkan Nisbah Servis Hutang (Debt Service Ratio). Formulanya adalah seperti berikut;

 

Ads

DSR = ( Jumlah semua komitmen hutang bulanan / Jumlah Pendapatan Bersih) x 100

 

Dan nilai ini perlu kurang daripada 70%.

Lebih kurang hutang, lebih banyak bajet untuk rumah. Nah, sekarang kita baru menyesal kenapa kita bayar lebih untuk kereta kita itu. Disinilah akibatknya. Jadi jangan buat banyak hutang sebelum membeli rumah, beli rumah dahulu dan kemudian baru beli kereta.

 

  • Di mana lokasi sesuai?

Walau dimana pun anda tinggal sekarang ini, pastikan anda membeli rumah untuk di lokasi yang sesuai. Apa maknanya sesuai? Sesuai dengan potensi kenaikan harga. Strategik. Tinggi permintaan.

 

Saya minta untuk orang muda supaya lupakan dahulu membeli tanah kampung dengan harapan satu hari nanti mahu balik kampung dan bina rumah. Ia satu perancangan yang kurang bijak. Apatah lagi jika tanah tersebut tidak meningkat harga dan susah pula untuk dijual semula.

 

Ada baiknya belian rumah pertama kita untuk pelaburan, bukan untuk tinggal sendiri. Apabila belian rumah pertama kita menjana pendapatan sampingan, maka mudah pula untuk kita membuat belian rumah yang lain. Fokus kepada membanyakkan aset, bukan liabiliti. Rumah yang kita tinggal pula bukan aset dan juga bukan liabiliti, tetapi aset yang mandul.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI