Impian hampir semua orang ialah memiliki kediaman yang selesa. Sebolehnya ia mesti mempunyai ruang tamu yang luas, dapur yang cukup lengkap dengan peralatan, bilik tidur setiap seorang ahli keluarga, laman yang luas dan indah, kolam renang dan kolam ikan, pergola, gazebo untuk berehat dan sebagainya.
Wah, wah, kalau diikutkan hati dan perasaan, memang tidak akan habis segala keinginan rumah impian kita. Kebanyakan kita mampu bermimpi sahaja, tetapi apabila ditoleh kembali dalam akaun bank, sedih sekali. Poket dan dompet selalu tidak berisi, alamatnya jauhlah lagi untuk memiliki rumah idaman sebegitu.
Begitulah realiti kehidupan, kesenangan tidak mudah untuk dicapai. Ia perlu dengan usaha. Saya cukup gembira jika anda dapat belajar sesuatu dalam artikel edisi lepas iaitu menjadi jutawan dalam usia muda. Sememangnya, perubahan minda dan sikap adalah perlu. Jadi tidak salah anda mempunyai impian memiliki rumah idaman yang mewah dan selesa, asalkan anda berusaha untuk itu.
Setiap impian perlu disusuli dengan perancangan yang rasional dan tindakan yang tersusun. Rata rata daripada kita tidak dilahirkan dalam keluarga yang berada, jadi kita perlu bermula dari bawah. Saya juga kongsikan sebelum ini, asas kepada mencapai kebebasan kewangan adalah perancangan kewangan yang lengkap.
Membeli rumah pertama agak susah bagi kebanyakan orang, terutama bagi pasangan pengantin baru, Ini kerana beberapa masalah:
Mencari modal membeli rumah
Berapakah modal diperlukan untuk memiliki sebuah rumah? Secara asasnya modal yang diperlukan adalah;
HargaBelian | Kadar |
150,000 pertama | 1.000% ( minimum RM300) |
850,000 seterusnya | 0.700% |
2,000,000 seterusnya | 0.600% |
2,000,000 seterusnya | 0.500% |
2,500,000 seterusnya | 0.400% |
Lebihan | 0.300% |
Anda perlu ambil perhatian bahawa bayaran guaman diperlukan untuk dua proses iaitu Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement, S&P) dan Perjanjian Pinjaman ( Loan Agreement). Jadi jumlah di atas perlu digandakan dengan dua, untuk dua proses ini.
HargaBelian | Kadar Caj |
100,000 pertama | 1.000% |
400,000 seterusnya | 2.000% |
Lebihan | 3.000% |
Jika ini belian rumah pertama anda, anda layak untuk mendapat diskaun 50% atas duti setem ini untuk belian di bawah RM 400, 000.
Manakala duti setem untuk Perjanjian Pinjaman pula adalah 0.5%
HargaBelian | Caj |
100,000 pertama | 0.250% |
Next 1,900,000 | 0.200% |
Jumlah kesemua modal yang diperlukan untuk membeli rumah ialah sekitar 14-15% daripada harga rumah. Ini belum lagi termasuk kos renovasi dan juga takaful MRTA/MRTT. Sekiranya rumah yang ingin dibeli berharga Rm 300,000, kita perlu mempunyai modal awal sebanyak RM 45, 000.
Jelas di sini, jumlah ini sememangnya sangat tinggi untuk mereka yang baru bekerja dan tidak mempunyai apa apa simpanan. Mahu tidak mahu perlu untuk merancang mengumpul modal ini untuk memiliki sebuah rumah.
Tidak tahu Rumah Yang Sesuai
Ini juga merupakan masalah besar apabila tidak tahu memilih. Untuk memastikan rumah mana yang sesuai dengan kita, kita perlu ukur baju di badan sendiri dahulu.
Disini kita perlu kira dahulu bajet dan rumah yang layak untuk dibeli. Secara mudah, kita mampu membeli rumah berdasarkan Nisbah Servis Hutang (Debt Service Ratio). Formulanya adalah seperti berikut;
DSR = ( Jumlah semua komitmen hutang bulanan / Jumlah Pendapatan Bersih) x 100
Dan nilai ini perlu kurang daripada 70%.
Lebih kurang hutang, lebih banyak bajet untuk rumah. Nah, sekarang kita baru menyesal kenapa kita bayar lebih untuk kereta kita itu. Disinilah akibatknya. Jadi jangan buat banyak hutang sebelum membeli rumah, beli rumah dahulu dan kemudian baru beli kereta.
Walau dimana pun anda tinggal sekarang ini, pastikan anda membeli rumah untuk di lokasi yang sesuai. Apa maknanya sesuai? Sesuai dengan potensi kenaikan harga. Strategik. Tinggi permintaan.
Saya minta untuk orang muda supaya lupakan dahulu membeli tanah kampung dengan harapan satu hari nanti mahu balik kampung dan bina rumah. Ia satu perancangan yang kurang bijak. Apatah lagi jika tanah tersebut tidak meningkat harga dan susah pula untuk dijual semula.
Ada baiknya belian rumah pertama kita untuk pelaburan, bukan untuk tinggal sendiri. Apabila belian rumah pertama kita menjana pendapatan sampingan, maka mudah pula untuk kita membuat belian rumah yang lain. Fokus kepada membanyakkan aset, bukan liabiliti. Rumah yang kita tinggal pula bukan aset dan juga bukan liabiliti, tetapi aset yang mandul.