Bila kedua mempelai mempunyai masalah berat badan, sebaiknya kedua anda saling membantu dan beri semangat agar anda berjaya menjadi raja sehari yang cantik sewaktu acara bahagia kelak. Ini 5 perkara yang perlu kedua pasangan praktikkan sebelum tiba hari istimewa nanti.

Janganlah Menghina Fizikal, Sebaliknya Berilah Semangat Buat Pasangan Untuk Berdiet Sebelum Majlis Tiba

1. Hindari Makanan Ringan

Mungkin anda berfikir bahawa jika mengambil memakan ringan walaupun dalam kuantiti sedikit ia tidak akan memberi pengaruh yang besar terhadap diet yang sedang anda lalui. Pernah dengar tak ‘sedikit-sedikit lama-lama perut membuncit’. Ia nampak lucu tetapi tabiat yang tidak sihat yang sedang anda amalkan itu lama-kelamaan akan mengundang masalah lain bagi tubuh anda. Jadi, ubahlah mindset itu sekarang.

2. Kawal Nafsu Makan

Perasan atau tidak, anda akan jadi ‘kuat makan’ atau nafsu makan anda bertambah ketika anda sedang mengalami stres, beremosi atau ketika di ambang ‘datang bulan’. Perkara ini kerap terjadi lebih-lebih lagi jika anda melihat atau mendengar suara penjual makanan lewat sehingga anda ingin membeli dan makan makanan tersebut. Tambahan pula KFC, Mc Donald, Pizza Hut, Domino’s Pizza dan seumpamanya menawarkan penghantaran makanan terus ke rumah-rumah. Anda sepatutnya lebih kuat melawan nafsu makan supaya program diet yang sedang anda lakukan berhasil.

Ads

Janganlah Menghina Fizikal, Sebaliknya Berilah Semangat Buat Pasangan Untuk Berdiet Sebelum Majlis Tiba

3. Lebihkan Pengambilan Buah dan Sayuran

Cara cepat kurus secara semula jadi yang berikutnya adalah memperbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya kaya dengan serat dan vitamin yang memang diperlukan oleh tubuh. Selain itu, buah-buahan dan sayur-ssayuran juga dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh dan ini akan membantu anda menjadi langsing lebih cepat.

Ads

Janganlah Menghina Fizikal, Sebaliknya Berilah Semangat Buat Pasangan Untuk Berdiet Sebelum Majlis Tiba

 

4. Olahraga

Ads

Cara cepat kurus yang paling penting dan efektif adalah dengan berolahraga. Dengan berolahraga secara teratur, tubuh anda akan membakar lemak yang ada di tubuh anda. Anda boleh melakukan latihan kardio seperti lari, jogging, berbasikal atau berenang yang akan membakar lemak-lemak anda dengan lebih cepat. Selain itu, latihan pembentukan otot seperti angkat beban di gym juga mampu memecahkan lemak sekaligus membuat otot-otot anda akan lebih terbentuk dan pejal.

 

5. Lakukan Analisis Diet

Jika anda sudah melakukan pelbagai cara seperti diet, olahraga, pengamalan minuman detox dan diet sihat, alangkah baiknya jika anda catat semua perubahan yang terjadi pada tubuh anda dan tetapkan sasaran berat yang diingini dalam satu jangka masa tertentu. Misalnya, turun berat 10kg dalam masa 3 bulan. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil jika anda bersungguh untuk melakukannya. Jika tidak ada perubahan yang terjadi pada tubuh anda, kemungkinan besar cara cepat kurus yang anda lakukan itu salah atau tidak konsisten.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI