Janji Allah yang tak mampu kita sangkal adalah rezeki lebih selepas berkahwin. Ya benar, memang ada ujian yang Allah turunkan buat kita selepas kahwin, tapi percayalah setiap ujian yang turun, pasti ada khabar gembira selepasnya.
Janji Allah itu pasti. Mungkin dia tidak datangkan dari segi wang ringgit, tapi dia akan datangkan daripada suami yang membahagiakan. Mungkin dia tidak datangkan dari segi anak tapi dia datangkan dari segi keluarga mentua yang membahagiakan. Bersangka baiklah dengan janji Allah.
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (An Nuur: 32)
Sebahagian daripada para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan.
Manakala mereka yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada mempunyai perasaan bimbang juga. Sebahagian daripada mereka tetap rasa ragu-ragu dengan gaji mereka. Dalam fikiran mereka pasti berkata, “Apakah gaji aku ini cukup untuk berkeluarga?”
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu-ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan atas alasan ekonomi.
Ads
Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan mereka untuk memberi nafkah dan terus bekerja mencari nafkah bagi memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang bernikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.
Tidakkah kita lihat kenyataannya d’i masyarakat, banyak mereka yang mulanya tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah berinya rezeki yang berlimpah-ruah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya.” (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518 dan Hakim 2: 160)
Ads
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah SAW dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar Ruum : 21)
5. Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al Mu’min: 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sebagainya.
Ads
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Di antaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan dan sebagainya.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir di mana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah.
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum daripada sumber yang haram dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah.
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.
Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah SAW: “Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.” (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah SAW, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (No. 3883), Ibnu Majah (No. 3530), Ahmad dan Hakim).
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam hati setiap individu, pastinya ada terselit niat mahu berubah jadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya. Tidak selamanya seseorang itu akan menjadi jahat. Boleh jadi orang yang teruk pada hari ini akan jadi seorang yang disegani pada masa akan datang.
Oleh sebab itu, kita tidak boleh memandang rendah pada setiap individu. Setiap orang berhak diberi dan mendapat layanan yang baik. Perlu anda tahu bahawa untuk berubah jadi yang lebih baik, segalanya bermula dengan solat.
Tip ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, @nrnsknh_ tentang tip untuk berubah. Ayuh kita baca perkongsiannya. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Tip Nak Berubah
1. Mulakan Dengan Solat
Jahat macam mana pun kita, solatlah. Buruk macam mana pun masa silam kita, solatlah.
Orang benci macam mana pun kita, solatlah. Orang pinggir kita jauh-jauh sekalipun, solatlah.
Yes, solat. Kerana dengan solat, kamu akan berjumpa ketenangan yang selama ini tidak pernah rasa.
2. Jaga Solat
Penuhkan solat 5 waktu.
Cuba, cuba, cuba.
Gagal? Jangan menyerah! Cuba lagi, lagi dan lagi.
Sampaikan rasa bersalah bila meninggalkan satu waktu.
3. Jaga Waktu Solat
Berusaha untuk solat di AWAL waktu. Rebut peluang solat di awal waktu.
Keseronokan, kegembiraan, ketenangan, kebahagiaan. Yang akan kamu capai akhirnya.
Solat di awal waktu tidak sama dengan solat di akhir waktu. Perasaannya, diri sendiri sahaja dapat rasa.
4. Sempurnakan Solat
Yes, sempurnakan.
Jangan ada cacat dalam solat kita.
Yang sunat, jangan tinggal. Buat. Jangan rebut takat sah sahaja, tetapi sempurnakan. Usaha tu penting. Tak boleh? Teruskan usaha.
*****
Kenapa saya fokuskan solat?
Kerana solat dapat menghindari dirimu melakukan maksiat. Solat boleh menjadi pencegah kemungkaran, jika kita melaksanakannya dengan baik.
Dengan solatlah, kita rasa nak ubah cara hidup ikut sunnah Nabi. Di sini dapat kita perhatikan, diri kita sudah berubah. Yang dulunya tak solat, akhirnya solat.
Dulunya, tak penuhkan 5 waktu, akhirnya penuh. Dulunya, suka solat akhir-akhir waktu hingga terlepas, akhirnya solat di awal waktu. Dahulunya jahat, akhirnya jadi baik kerana menjaga solat.
Nak berubah ni, step by step. Tak boleh paksa diri terus mendadak. Sebab kita risau, bila jatuh, kita jatuh terus. Tak bangkit lagi.
So, perlahan-lahan. Kayuh pelan-pelan yang penting berjalan. Berterusan.
Doa banyak-banyak, moga Allah akan tetapkan hati kita senantiasa di jalanNya.
Kasut adalah salah satu kelengkapan yang wajib kita pakai sehari-hari semasa di luar rumah. Pemilihan kasut yang selesa memainkan peranan yang penting agar kita bebas berjalan ke mana sahaja.
Namun harus di ingatkan agar memilih kasut yang selesa dan betul sebelum anda membelinya. Bagi bakal raja sehari keselesaan kasut amat penting bagi anda kerana anda akan memakainya sepanjang berlangsungnya majlis anda.
Kasut yang tidak selesa akan memberi impak yang negatif kepada anda seperti tumit sakit, kasut ketat, terlalu keras dan sebagainya. Sebab itu kita harus memilih dengan teliti untuk di pakai pada majlis nanti.
1. Keselesaan
Ini adalah point nombor satu yang perlu anda titik beratkan. Pada hari perkahwinan anda nanti, anda akan banyak berdiri dan bergerak . Misalnya untuk sesi fotografi, melayan tetamu yang hadir majlis potong kek dan banyak lagi. Jadi pilih kasut yang selesa untuk dipakai , bukan kasut yang menyakitkan kaki atau lebih teruk lagi yang boleh membuatkan kaki anda melecet.
2. Ketinggian dan tumit
Melihat dari sudut fesyen dan kecantikan, semakin tinggi tumit kasut tu, semakin cantik bukan? Kasut tumit tinggi juga sudah diketahui ramai bahawa ia sememangnya boleh mencantikkan lagi penampilan seseorang. Jadi, jika anda tidak biasa memakai kasut tumit tinggi, janganlah pula memilih kasut yang berinci-inci. Jika anda masih ingin memakainya, mungkin anda boleh berlatih ìcatwalkî dan membiasakan diri terlebih dahulu.
3. Fabrik
Sebagai pasangan raja sehari kami mencadangkan agar anda pilih fabrik kasut dari fabrik yang nampak mewah. Seperti satin, silk atau lace. Jika anda menyarung busana tradisional , fabrik songket yang sedondon juga lebih sesuai. Selain itu perincian seperti labuci atau effect glitter juga mampu menaikkan aura glamour.
4. Stail
Walauapapun ia adalah dari pilihan anda, anda masih boleh memilih kasut mengikut citarasa dan gaya anda. Adalah penting untuk sentiasa menjadi diri sendiri dalam bergaya. Ingatlah ini majlis keraian anda pada hari tersebut. Anda berhak memilih untuk memakai apa yang anda mahukan.
5. Cuba sebelum beli
Bagi memastikan keselesaan dan saiz yang betul, harus di ingatkan agar jangan mencuba dulu kasut pilihan anda. Jangan ambil risiko dengan membeli kasut secara online pada saat-saat terakhir atau membeli kasut tanpa mencubanya dahulu. Selain itu cuba pakai kasut tersebut bersama dengan busana pengantin anda. Jika tidak sesuai dengan busana , anda masih sempat untuk membeli kasut yang lain bukan.
Sumber gambar : Pinterest
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain kurus, ada satu senaman yang para wanita khususnya perlu ambil tahu. Bila nak Kahwin, memang tidak ada masalah. Tapi yang akan timbul masalah apabila lepas berkahwin dan selepas mempunyai anak nanti.
Senaman untuk payudara ini sangat elok diamalkan. Untuk memastikan keadaan payudara kekal mantap, tak perlu lagi membeli krim yang kita tidak tahu bahan kandungan dan hasilnya untuk jangka masa panjang. Jadi, kuta gunakan kaedah selamat ya!
Senaman dada
Kebiasaannya, apabila anda mula mengurangkan berat badan, bahagian payudara akan menjadi ‘kecut’ kerana kehilangan lemak. Sekiranya anda susut lebih daripada 200 paun, anda mungkin terpaksa membuat pembedahan plastik untuk membuang bahagian kulit menggeleber. Tetapi untuk payudara kendur disebabkan penuaan atau kehamilan dan menyusu badan, senaman di bawah boleh membantu anda tampil yakin semula.
Wall push-ups:
Cara ini menumpukan otot pada bahagian bawah payudara. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah berdiri menghadap dinding. Lekapkan kedua-dua tapak tangan pada dinding selaras bahu dan menjarakkan sedikit bahu anda. Bengkokkan lengan dan sandarkan ke dinding.
Tolak dan angkat tubuh dari dinding. Lakukan 3 set dengan 12 push-up dalam setiap set.
Senaman menggunakan dumb bell
Baring pada lantai rata. Pegang dua dumb bell pada setiap tangan dengan telapak menghadap di antara satu sama lain. Rendahkan lengan ke tepi pada aras dada. Sentiasa pastikan siku anda pada level sama, jangan terlalu rendah. Ulang sebanyak 10 hingga 12 kali.
Urutan
Urut bahagian payudara anda 3 kali sehari untuk menegangkan payudara kendur selepas melahirkan anak atau kehilangan berat badan. Anda boleh lakukan sendiri urutan payudara dengan menggunakan minyak urut atau minyak zaitun. Teknik urutan membantu menegangkan otot dada dan menegangkan kulit dengan peningkatan elastik dan tekstur.
Anda juga boleh ke spa untuk mendapatkan urutan ini. Selain mendapatkan urutan menegang payudara, dapat juga anda menenangkan fikiran dengan haruman serai wangi dan herba di spa!
Caranya: Dengan gerakan circular, urut perlahan dengan gerakan ke dalam dan ke luar. Lakukan 300 pusingan urutan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Coli sesuai
Tidak memakai coli yang sesuai menyebabkan payudara lebih mudah kendur tambah-tambah lagi jika anda mempunyai saiz payudara besar. Gunakan kepakaran penjual pakaian dalam untuk mendapatkan ukuran sebenar dan saiz cup yang bersesuaian.
Tidak salah membeli coli murah tetapi pastikan kesesuaian pakaian dalam itu bergantung kepada pengetahuan anda tentang payudara anda sendiri (ukuran yang tepat).
Minum banyak air
Mungkin anda tidak terfikir poin ini tetapi air adalah langkah mudah untuk memastikan elastic pada kulit dan mengelakkan kekenduran pada payudara, kulit wajah dan bahagian lain pada tubuh.
Cara duduk yang betul
Posisi ketika duduk juga memainkan peranan untuk memastikan payudara tidak cepat kendur. Sama ada duduk di atas kerusi atau di lantai, jangan biarkan tubuh membongkok. Duduk dengan tegak dan selesa.
Elak nikotin dan alkohol
Rokok dan alkohol adalah musuh utama untuk tubuh, baik untuk lelaki mahupun wanita. Ia dengan mudah mengganggu penampilan tubuh anda. Walaupun bukan secara direct, menyebabkan payudara kendur, tetapi kedua-dua musuh ini mengakibatkan tubuh mengalami dehidrasi, menampakkan kulit wajah kusam dan tidak bermaya.
Ubah cara berjalan
Postur badan ketika berjalan juga amat penting. Kempiskan perut, tegakkan bahagian belakang badan dan berdiri tegak. Jalan sedikit mendada agar payudara kelihatan lebih besar dan mengelakkan kekenduran.
Mudah kan!
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!