Untitled design - 2019-10-08T164104.208

Di sebalik kejayaan seorang suami mahupun isteri sebenarnya berdiri teguh pasangannya dibelakangnya. “Menyingkap kembali perjalanan perniagaan dari label Ameera Zaini, saya sendiri tidak menyangka dari sekadar suka-suka akhirnya kini mampu mengukir nama sehingga berada di dalam gedung terkemuka bertaraf antarabangsa. Semua ini disandarkan kepada minat saya yang cukup mendalam biarpun saya sendiri masih lagi ligat dia dalam bidang pengacaraan.
Mula berjinak-jinak dengan bidang ini sejak zaman belajar lagi. Waktu terluang biasanya akan membuat kerja sambilan untuk berniaga. Saya mempunyai minat yang sama bersama suami yang ketika itu sama-sama menjual pakaian dan saya ketika itu menjual tudung. Sehingga kami berkahwin, akhirnya kami memutuskan untuk berniaga secara serius dan bergabung untuk satu perniagaan. Di situlah bermulanya Ameera Zaini iaitu sekitar tahun 2013.

Saya tidak nafikan bukan satu benda yang mudah untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan barisan usahawan yang ada di tanah air. Pelbagai cabaran telah saya lalui sepanjang enam tahun membina empayar ini. Walau bagaimanapun,semua itu dilihat sebagai suntikkan semangat untuk saya lagi-lagi dengan adanya suami di sisi.

Kalau ingin dikongsikan tentang pengalaman jatuh bangun dalam bidang perniagaan ini, cukup pahit untuk diingati kembali. Pernah satu ketika, stok yang sampai rosak semuanya dan duit tidak dapat dikembalikan. Pernah juga saya jatuh sakit, terlantar berbulan pada awal perkahwinan sehingga saya terpaksa cutikan pekerja kerana tiada produk untuk dijual. Waktu itu saya hampir putus semangat. Mujur suami seorang yang sangat sabar dan positif. Saya bersyukur kerana Allah uji kami ketika di awal perkahwinan dan berjaya menempuhnya bersama kerana dengan itu, inshAllah kami dapat melalui dugaan-dugaan yang lain.

Ads

SUAMI TULANG BELAKANG
Mempunyai suami seperti Hasnor Rozaini sangat membahagiakan saya. Dari dulu sehingga kini, dia berada di belakang saya dari A to Z. Mempunyai pasangan yang hampir 24 jam bersama ini orang kata mungkin berpotensi untuk sering bertengkar, namun suami saya dari awal dulu sudah mengingatkan untuk tidak mencampuradukkan urusan peribadi dengan urusan kerja. Apa yang terjadi di tempat kerja, jangan sesekali bawa ke rumah.
Bagi saya, dia seorang yang sangat penyabar. Tipulah dalam dunia perniagaan ini, kami tidak mempunyai haters, dan saya sebagai seorang wanita sering emosi apabila berhadapan masalah ini. Namun suami mengingatkan saya semula tentang apa yang akan terjadi sekiranya saya bertindak sedemikian rupa. Dia pernah ingatkan saya, perniagaan ini membawa nama saya sendiri jadi perlu jaga nama baik perniagaan itu sendiri.

RAHSIA UNTUK BERJAYA
Benarlah bagi saya, suami itu cerminan seorang isteri. Dia banyak kawal saya dari sudut yang positif. Jatuh bangun di dalam dunia ini, kita memerlukan seseorang yang benar-benar memahami kita. Kunci untuk terus berada di dalam apa bidang sekali pun ialah sabar, tabah dan usaha. Nasihat saya untuk yang ingin memulakan perniagaan bersama suami, silakan kerana Husband is the best business partner! Dia lebih mengenali luar dalam kita. Namun harus pandai mengasingkan masalah peribadi dan masalah perniagaan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI