Semua perkahwinan semestinya mahukan pengakhiran yang bahagia. Tiada siapa yang inginkan hubungan mereka berakhir dengan begitu sahaja. Jika anda lihat, cinta dan kebahagiaan banyak terletak kepada status seseorang bukan dari niat yang suci.
Itulah sebabnya mengapa orang ramai mendapat banyak perceraian. Mereka berfikir perkahwinan itu perkara yang mudah.

Apabila anda berkahwin, anda memberi komitmen terhadap seseorang untuk mengharungi segala detik bersama. Anda perlu faham bahawa perkahwinan itu bukan tentang cinta. Tetapi ia adalah tanggungjawab yang besar. Setelah sekian lama mengharungi masa bersama ada kalanya pasangan anda mungkin berasa bosan, jadi untuk mengelakkan itu dari terjadi ikut langkah ini agar dia kembali jatuh cinta kepada anda.

1.Beri perhatian

via GIPHY

Oleh kerana sudah lama bersama, anda mungkin memikirkan kerja lebih berbanding pasangan anda. Kadangkala pasangan anda akan berasa sunyi jika anda tidak mengendahkannya. Mereka mungkin berfikir anda tidak mengambil berat terhadapnya. Oleh itu, luangkan sedikit masa anda untuk mereka. Ia mampu menceriakan lagi hari anda dan dia. Beri perhatian seperti mana anda kenal dahulu.

 

2. Sentuhan kasih sayang

Ads

via GIPHY

Sentuhan fizikal tidak menimbulkan keajaiban. Tetapi kita semua tahu ini sentuhan yang lembut boleh digunakan untuk memujuk, menghibur dan saling mencintai satu sama lain. Untuk lebih romantis pegang tangan pasangan anda apabila anda berdua keluar berjalan. Ia akan mengimbau kembali seperti zaman percintaan anda dahulu.

 

3. Dengan siapa saya jatuh cinta?

via GIPHY

Ads

Fikir kembali percintaan anda dengan dia. Fikirkan balik di mana saat anda bersusah payah ingin mendapatkannya untuk menjadi yang halal. Ingat kembali semua detik-detik yang membuat anda jatuh cinta. Bagaimanakah pasangan anda yang dulu dan sekarang. Lakukan semula segala-gala balik bersama pasangan anda.

 

4. ‘i love you’

via GIPHY

Ads

Bilakah kali terakhir anda cakap ‘i love you’ pada pasangan anda? Jika baru, anda seorang yang menghargai pasangan anda. Perkataan i love you atau saya sayang awak boleh membawa maksud yang mendalam dan bahagia kepada seseorang. Sebutkan sahaja i love you sebeleum pergi kerja, sebelum tido seperti awal perkenalan anda dahulu.

 

5. Pujian

via GIPHY

Pujian juga adalah salah satu tips yang boleh membuat anda dan pasangan merasa disayangi. Pujian merupakan tanda pengiktirafan anda kepada pasangan. Seperti, ‘cantik pakaian awak hari ini’ atau ‘awak nampak hensem’. Ia lebih memberi impak yang positif kepada pasangan.

Sumber : weareheretoinspire

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI