Hubungan

Jemputan Kahwin Melalui Facebook, Perlu Datang Atau Ignore Je?

Share

Secara kebiasaannya jemputan dalam bentuk facebook event ini sekadar proses pemudah cara dalam menentukan jumlah bilangan individu yang bakal hadir ke majlis perkahwinan tersebut dalam kalangan rakan-rakan facebook pengantin.

Bahkan kebiasaannya mereka akan menyebut bahawa kad jemputan akan menyusul sekiranya kita menekan pilihan going (akan hadir).

Meskipun begitu, sekiranya jemputan itu datang dalam bentuk umum seperti jemputan perkahwinan di majlis yang terdapat dalamnya ramai orang dan kita berada dalam majlis tersebut, maka tidak menjadi tuntutan (kewajipan) untuk menghadirinya di sisi majoriti ulama.

Demikian juga kita katakan kepada isu jemputan yang datang melalui facebook event, kumpulan whatsApp (whatsApp group) atau yang datang dalam bentuk jemputan umum.

Oleh yang demikian, secara asasnya wajib untuk memenuhi undangan perkahwinan yang ditujukan khas kepada anda meskipun dijemput melalui facebook. Tambahan pula ia turut disertakan pula dengan jemputan yang sama melalui medium-medium lain seperti jemputan secara berhadapan, kad jemputan, dan selainnya.

Hukum wajib ini sekiranya anda tidak ada sebarang keuzuran yang menghalang. Namun jika anda tidak dapat menghadirinya disebabkan terdapatnya keuzuran, maka ia tidaklah dianggap sebagai berdosa.

Sebaiknya, sampaikan permohonan maaf kepada mereka yang menjemput serta perbanyakkanlah berdoa kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan agar mendapat rahmat dan berkat daripada Allah SWT.

 

Published by
Kim