Jenis Cincin Yang Bakal Raja Sehari Perlu Tahu

Share

Pasangan bercinta pasti teruja untuk melangkah ke alam yang seterusnya iaitu alam pertunangan. Hadiah yang paling utama untuk disediakan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan ialah sebentuk cincin sebagai tanda.

Kebiasaannya, cincin belah rotan digunakan sebagai cincin merisik dan cincin batu permata digunakan sebagai cincin tunang. Kami kongsikan beberapa jenis cincin yang anda perlu tahu suaikan dengan majlis yang bakal tiba.

Cincin Merisik

Sumber: Google

Dipanggil sebagai cincin belah rotan. Walaupun digelar sebagai cincin belah rotan, cincin ini tidaklah diperbuat daripada rotan. Cincin ini biasanya diberikan ketika hendak merisik. Ia merupakan cincin yang simple dan tidak mempunyai batu. Harga cincin biasanya dalam RM100 dan ke atas.

Cincin Tunang

Sumber: Google

Cincin ini digelar sebagai eternity ring. Biasanya cincin ini mempunyai batu yang disusun sejajar. Bakal mempelai boleh memilih untuk disuaikan sama ada emas putih atau emas kuning. Harganya dalam lingkungan RM500 sehingga RM1500, bergantung kepada berat diamond dan jenis emas.

Cincin Nikah

Sumber: Google

Cincin nikah biasanya lebih glamor. Dah nama pun cincin nikah kan, mestilah cantik dan bermakna. Cincin ini dipanggil solitare ring. Harga cincin juga dalam lingkungan RM500 ke atas. Cincin jenis ini juga bergantung kepada berat, bentuk dan jenis diamond.

BACA: 5 Sikap Suami Yang Buat Hati Isteri ‘Berbunga-Bunga’

Tip Tambahan!

1. Ikut Kemampuan Masing-Masing

Kalau boleh, kita tentu nak beli cincin paling mahal dan paling cantik. Tetapi, ikutlah kemampuan dan bajet masing-masing. Sebelum anda terlebih bajet, pastikan anda beritahu pasangan anda tentang berapa bajet yang disediakan untuk membeli cincin.

2. Tentukan Ukuran Cincin Dengan Tepat

Pastikan cincin yang dipilih tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. Pastikan anda selesa selesa ketika memakai cincin tersebut. Perlu diingat kerana anda akan memakai cincin ini sepanjang perkahwinan anda.

Sumber: Google

3. Pilih Cincin Ikut Trend Semasa

Ketika anda dalam proses memilih cincin, pastikan anda ambil kira faktor trend cincin terkini. Jika anda seorang lelaki, serahkan kepada pasangan anda kerana kebiasaannya perempuan lebih arif berbanding lelaki.

4. Periksa Kualiti Cincin

Pastikan anda beli di kedai yang disahkan kualiti dan keaslian mereka. Anda perlu berhati-hati kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar dan tidak mahu ragu-ragu tentang kualitinya. Elak beli online supaya anda tidak ditipu.

Published by
Naqiyatul Uzma