Baru-baru ini, Jep sempat berkongsi detik pengenalan bersama suri hatinya, Sari Yanti. Perkongsian tersebut telah berjaya mencuri perhatian warga maya. Ini kerana Jep bersikap sangat ‘gentleman‘.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok, Jep menyatakan dia hanya menghubungi pelakon wanita tersebut menerusi mesej. Selepas itu barulah dia berjumpa kedua ibu bapa Sari Yanti untuk langkah seterusnya.
“Lepas mesej, pastu ada keluar bersama. Kita cakap yang kita tak main-main.
“Jika memang okay, saya memang nak jumpa ayah dia. Jep kelihatan tenang menjawab segala persoalan daripada rakan sekerjanya yang turut berada di konti ketika itu.”
Jep sempat berseloroh untuk ‘sound’ ayah kepada Sari Yanti dan membuatkan keadaan ketika itu meriah dengan gelak tawa.
Bagaimanapun Jep segera memperbetulkan maksudnya dengan gurauan yang disampaikan. Menurutnya, dia ingin menyuarakan isi hatinya untuk mengambil alih tanggungjawab ayahnya dalam menjaga Sari Yanti.
Berikut perkongsian penuh Jep diTikTok:
Jep cerita awal-awal perkenalan dengan Sari Yanti. Terkejut dengar Jep “sound” ayah mentua dia.
@sinar_my Jep cerita awal-awal perkenalan dengan Sari Yanti. Terkejut dengar Jep “sound” ayah mentua dia 🤣😂 #xyzbca #fypシ #pagidisinar ♬ original sound – SINAR
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji sikap Jep yang berani berjumpa dengan keluarga Sari Yanti.
Berikut antara komen-komen warga maya:
“Jarang jumpe lelaki yg xneves jumpe calon mertua gentle habis nii.”
“Nama menantu dgn bapak mertua pun dah hampir nak sama menantu Muhd Nadzri bapak mertua Mohamad Nazari.”
“Lelaki gentleman..dah suke srius trus dtg jmpa fmly.bkn lki yg nk tpi byk alasan.”
“Jep ni.. tak suka main-main cinta monyet.. dgr dlm radio.. ayt die.. ‘sy nak jaga die’ .. gentleman betul..”
Untuk info, Jep dan Sari Yanti telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017.
Sumber: TikTok Sinar_my Kredit foto: Instagram Sari Yanti