
Banyak sebenarnya cara jodoh datang, tidak kira cepat atau lambat jika sudah tiba masa anda mendirikan rumah tangga ia pasti akan berlaku.
Namun, bagaimana kita ingin mengetahui bahawa jodoh kita semakin hampir? Adakah melalui mimpi atau petunjuk? Jom kita lihat apa tanda-tandanya.
1. Saling memaafkan
Anda mungkin seorang yang ego dan panas baran, tetapi apabila bersama si dia segalanya dipermudahkan. Anda mudah memaafnya begitu juga dengan dirinya.
2. Selalu bekerjasama dalam segala hal
Bila anda berkeras mahukan atau ingin mencapai sesuatu dia datang untuk menyokong dan memberi kata-kata semangat untuk anda. Anda akan lebih memberikan motivasi bukan sahaja pada diri sendiri malah kepadanya juga dalam pelbagai perkara.
3. Hati yang mantap
Hati manusia mudah berbolak-balik tetapi apabila anda bersama si dia, perasaan gelisah itu hilang dan tenang kerana anda fikir dia lah yang terbaik.
4. Ketenangan jiwa
Bila anda bersama si dia perasaan anda akan merasa tenang sahaja. Kerana dia membuatkan anda selesa dengan dirinya. Selain itu, si dia sering mengajak anda untuk melakukan perkara yang bermanfaat dabn berfaedah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Agar Foto Perkahwinan Kekal Evergreen, Ini 3 Elemen Penting Yang Bakal Pengantin Kena Buat

Isi Kandungan
ToggleCuba anda bandingkan foto perkahwinan generasi orang tua anda dengan generasi masa kini? Jelas terlihat perbezaannya. Tidak hanya dari fotonya yang sudah usang, malahan ciri-ciri seperti busana, dekorasi hingga mekap jauh berbeza dengan masa kini.
Bersandarkan pengalaman tersebut, pengantin masa kini ingin menghindarinya. Mereka semua menginginkan foto perkahwinan yang tidak akan terjejas waktu dan tidak kehilangan trend meskipun perkahwinan sudah lama berlalu.
Namun untuk merealisasikannya, perlu ada susunan dan pemilihan yang tepat mulai dari busana, warna dekorasi hingga mekap. Agar foto perkahwinan tidak ketinggalan zaman, anda perlu mempersiapkan secara terperinci.
Dekorasi
Tema dekorasi berpengaruh kuat menghasilkan foto yang everlasting. Maka dari itu perlu adanya pemikiran yang matang dalam menentukan tema, pilihlah tema yang evergreen dari semasa ke semasa. Contohnya seperti tema garden flower dengan dekorasi yang dipenuhi bunga-bungan sebagai latar foto yang dihasilkan tidak akan ketinggalan zaman. Sebab setiap masa perkahwinan tidak dapat dipisahkan dengan bunga sebagai pemanis, sehingga apabila foto perkahwinan di background taman bunga menjadi sesuatu yang sudah kebiasaan.
Potongan dan warna busana
Ada pelbagai jenis busana yang dapat dipilih, namun untuk memperoleh foto yang long lasting anda perlu berhati-hati. Pilih busana yang berpotongan klasik dan simple. Busana tersebut tidak hanya akan memberikan kesan anggun, difoto pun busana yang anda kenakan tidak kehilangan trend. Busana yang klasik selalu memiliki penggemarnya dari setiap masa, sehingga bila pun foto perkahwinan anda dibuka busana yang anda sarungkan sentiasa dilihat berkelas dan everlasting tentunya.
Sama halnya dengan bentuk busana, warnanya pun memiliki masa pasang surut. Tren warna pastel mungkin sedang digemari ketika ini, tetapi di masa yang akan datang trend warna bold mungkin yang lebih diminati. Warna monokrom sudah pasti tidak pernah salah dan menjadi warna yang selalu ada sejak ratusan tahun lalu hingga sekarang. Tetapi kernan warna hitam dianggap warna yang suram dalam acara perkahwinan, warna putih satu-satunya warna pilihan. Jadi warna monokrom sudah pasti menjadi warna yang anda pilih untuk mendapatkan foto yang long lasting.
Mekap
Mekap memiliki trend yang berubah-ubah setiap tahun. Mungkin bagi orang biasa, mekap tidak ada bezanya dari dulu hingga kini, tetapi tidak bagi orang yang mengikuti trend mekap. Sekarang ini mekap yang sedang mengikut trend ialah mekap dengan lipstick dark, eyeshadow terang dan alis yang tebal. Tiga hingga empat tahun nanti, trend mekap tersebut akan berubah dan apabila anda mengikuti trend untuk mekap perkahwinan, hal itu menjadi salah satu kekurangan untuk mendapatkan foto perkahwinan yang timeless. Sebab orang yang melihat foto perkahwinan anda akan mudah meneka dari mekap anda yang sudah ketinggalan zaman. Untuk itu, cubalah memilih mekap yang natural flawless. Jenis mekap ini akan menonjolkan kecantikan anda tanpa berlebihan. Pada foto pun wajah anda akan tetap cantik, malah tidak akan ada orang yang dapat meneka trend mekap bila yang anda gunakan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Pilih Barang Hantaran, Beri Barang Yang Berguna Pada Pasangan

Isi Kandungan
ToggleBarang hantaran adalah salah satu persediaan penting yang perlu difikirkan untuk diberikan pada pasangan. Penting untuk anda merancang perkara yang mesti dilakukan dan diselesaikan dalam proses pertunangan mahupun perkahwinan.
Anda mesti terfikir apa barang atau hantaran yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan bukan? Baju? Minyak wangi? Kek? Beg tangan? Keliru dan buntu hendak pilih barang apa yang sesuai.
Berikut dikongsikan sedikit panduan dan senarai semak untuk proses menyediakan hantaran untuk pertunangan dan juga perkahwinan. Moga tip ini boleh dijadikan panduan.

TIP MEMILIH BARANG HANTARAN
1) Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak. Kalau boleh jangan bercadang nak buatkan kejutan untuk pasangan, silap hari bulan langsung si dia tak suka kejutan yang anda berikan. Bincang, pilih dan beli bersama-sama.
2) Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika perempuan 9 lelaki balas 7 la. – Ini sekadar contoh sahaja.
3) Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tetapi jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).
4) Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut, beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. orang kata nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya.

5) Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.
6) Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.
7) Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
8) Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.
Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki:
Sirih Junjung
Kemeja/Seluar
Beg duit/Tali Pinggang
Al-Quran Biasa/Digital
Sejadah
Jam Tangan
Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi

Kasut
Buah-buahan
Kek/Kek Cawan
Coklat
Gajet contohnya telefon bimbit, iPad
Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan
Mas kahwin/Duit Hantaran
Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
Tepak sirih
Al-Quran Biasa/Digital
Sejadah
Potpourri/Bunga Rampai
Jam tangan

Kasut
Telekung
Beg Tangan
Set wangian /Barang mekap
Buah-buhan
Kek/Kek Cawan/ Coklat
Kredit foto (top image): Freepik
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beli Emas Kena Ada Ilmu, Jangan Terus Serbu Kedai Kerana Harga Semasanya Lebih Murah

Bila nampak harga emas turun, berpusu-pusu pelanggan masuk untuk membeli. Tak kurang juga bakal pengantin yang inginkan perhiasan emas menjadi hantaran. Tetapi, ada triknya juga untuk membeli barang kemas agar berbaloi dengan harga di bayar.
Mana-mana kedai emas sekarang ni penuh dengan pelanggan. Tak cukup beratur di dalam kedai, di luar kedai sudah tersusun kerusi untuk pelanggan menunggu. Macam nak masuk kedai makan pula. Tetapi adakah anda membeli emas hanya bersandarkan harga semasa yang dipromosikan?
Melalui perkongsian SyaQiela Fendy, membeli emas juga perlu ada ilmu. Bagus betul perkongsian ini kerana sekurang-kurangnya kita akan buat kiraan Matematik. Tak susah pun.
Menurut SyaQila, sebelum ini dia juga tidak ambil peduli tentang harga dan kiraan jual beli emas. Disebabkan ingin membantu seseorang membeli emas, akhirnya di amula pandai membuat kira-kira untuk membeli emas.
“Tadi dapat kesempatan tolong orang belikan emas kat satu kedai di kawasan Klang.
Kedai yang selalu penuh sebab harga semasa dia murah dari kedai lain. So terasa nak main kira-kira hari ni. Betul ke murah sangat kedai ni? Dan balik dari kedai tu sempat juga singgah kedai emas yang berdekatan dengan rumah semata-mata untuk bezakan harga.
Mari kita mula mengira guys..
-Kedai A harga Rm225/gm
-Kedai B harga Rm238/gm
Nampak? Korang mesti la pergi kedai A kan? Aku beli tadi Gelang Tangan Gajah berat 15gm. Bila staff kira-kira tadi selepas aku nego nego nego dan nego dapat total Rm4050.”
Tidak habis di situ, SyaQiela berkunjung ke kedai emas lain untuk membuat perbandingan. Apabila ditanya tentang harga semasa, staf beritahu RM238/gm.
Yelah, tadi RM225 je kan… Jauh kan beza. Takpa, kita teruskan misi. Maka di sini adalah huraiannya.
Jom mengira!
Kiraan kedai A :-
Harga semasa Rm225/gm
Total harga yang diberi untuk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm4050
15gm x Rm225 = Rm3375 (harga asal per gm)
Rm4050 – Rm3375 = Rm675 (harga upah barang)
Kedai A upah untuk seutas gelang 15gm adalah Rm675. Anda rasa murah ke mahal?
Meh check kedai B pulakk.
Kiraan Kedai B :-
Harga semasa Rm238/gm
Total harga yang diberi untuk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm3800
15gm x Rm238 = Rm3570 (harga asal per gm)
Rm3800 – Rm3570 = Rm230 (harga upah barang)
Kedai B upah untuk seutas gelang 15gm adalah Rm230.
Kedai A Rm4050 (harga semasa Rm225/gm)
Kedai B Rm3800 (harga semasa Rm238/gm)
Harga upah boleh dirunding
Apa yang penting di sini adalah HARGA UPAH BARANG KEMAS.
Utk 15gm gelang tu harga upah sahaja bermula dari Rm100 hingga ke Rm900 lebih dan sebagai pelanggan, anda BOLEH menurunkan harga upah mengikut persetujuan kedai.
Jadi.. Nak beli emas lepas ni jangan terlalu pandang pada harga per gram. Ambil tahu pasal harga upah. (Upah berbeza ikut jenis dan design emas ye)
Tak semestinya kedai A harga gram lagi murah dari kedai B bermakna barang kedai A murah! Masuk dulu buat kira kira.”
Kredit: Facebook SyaQiela Fendy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI