Tiada manusia yang dilahirkan sempurna, masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Manusia yang sentiasa inginkan kesempurnaan daripada sesuatu merupakan orang yang kurang bersyukur.
Kehidupan suami isteri menuntut anda berdua untuk saling menerima pasangan seadanya. Malah hidup anda pasti akan lebih sempurna apabila pasangan saling melengkapi serta mengerti kekurangan dan kelebihan yang anda miliki.
Walaupun berbeza latar belakang, pemikiran, minat dan sebagainya, di situlah terletaknya nikmat dalam rumah tangga. Saat anda bersedia untuk menerima kekurangan pasangan, itulah tanda anda mencintainya.
Dengan belajar menerima kekurangan pasangan, pastinya akan terbina sebuah rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan warohmah.
“Cinta mampu menerima kekurangan. Dan cinta ada untuk saling melengkapi kekurangan.”
1. Belajarlah untuk tidak selalu melihat kekurangan pasangan anda, tapi usahakan untuk melihat kekurangan yang ada pada diri anda sendiri. Buatlah semacam catatan tentang diri anda sendiri, anda juga mampu menulis dengan jujur kekurangan yang ada pada diri anda. Dengan begitu anda tidak merasa menjadi diri yang sempurna dan mampu untuk menerima kekurangan pasangan anda.
2. Jika kekurangan yang ada pada diri pasangan anda bersifat merugikan keluarga, cubalah untuk berdiskusi. Katakan keberatan anda terhadap sifat dan tingkah lakunya yang anda rasa tidak benar. Cari solusi yang tepat demi kebaikan bersama.
3. Kekurangan yang ada pada pasangan hendaknya jangan dijadikan bahan untuk merendahkannya. Berikan motivasi yang dapat membangunkan kepercayaan dirinya dan berusaha untuk menutupi kekurangan yang ada.
4. Jangan memendam kekesalan dalam diri jika anda menemui masalah dengan kekurangannya. Akan lebih baik jika anda berterus-terang dan meluahkannya. Cubalah untuk tidak emosi. Jika anda memendam dan mendiamkan hal tersebut, anda akan menjadi antipati dan kemudian ia akan menjadi konflik yang akhirnya mencetuskan pertengkaran.
5. Bersama-sama mencari jalan keluar terhadap kekurangan yang ada pada pasangan. Misalnya, pasangan anda suka tidur mendengkur, anda bawanya berjumpa dengan doktor. Jika harus melakukan terapi, dampingilah pasangan Anda ketika melakukan terapi tersebut. Kehadiran anda akan sangat berguna bagi kesembuhannya.
6. Tutupi kekurangan pasangan anda di hadapan orang lain. Janganlah menambah bebannya dengan cara menceritakan kekurangannya kepada orang lain. Cukup hanya anda yang mengetahuinya, sebab pasangan anda akan semakin rasa rendah diri jika kekurangan yang ada pada dirinya diketahui oleh orang lain.
7. Carilah informasi dan tip untuk mengatasi kekurangan yang ada pada dirinya. Ada banyak informasi yang anda dapat dari pelbagai sumber tentang perkara yang anda anggap sebagai sebuah kekurangan pada pasangan. Kemudian Anda mampu mengikuti langkah-langkah yang diarahkan. Ingatlah bahawa tujuan anda adalah untuk kebaikan bersama.
8. Belajar untuk rasa ikhlas menerima kekurangannya dan cuba mengalah tentang kekurangan yang ada pada dirinya. Tidak ada manusia yang sempurna baik sifat mahupun tingkah laku. Oleh kerana itu jika ingin membentuk sebuah keluarga sakinah, cubalah untuk belajar dengan ikhlas dan menerima kekurangan yang ada pada diri pasangan anda.
Sumber: Mutiara Hikmah (Meniti Cinta Keredhaan Illahi)