Setiap wanita pastinya menginginkan pasangan yang matang dalam semua perkara. Namun, pernahkah anda terfikir bila sebenarnya lelaki akan menjadi seorang yang matang? Ada sesetengah lelaki akan matang bila umur mereka mencecah 15 atau 16 tahun, malah ada juga lelaki yang tidak pernah matang walaupun mereka telah mencecah umur 30-an.
Lelaki yang matang mempunyai karakter dan emosi tersendiri berbanding lelaki yang tidak matang. Berikut dikongsikan lapan karakter dan ciri-ciri yang membezakan mereka. Percayalah umur tiada kena-mengena dengan faktor kematangan seseorang!
1. DIA TIDAK AKAN GANGGU RUANG PERIBADI ANDA
Jika anda mempunyai hubungan yang baik bersama rakan-rakan yang lain, dia akan faham dan menghormati nilai persahabatan anda itu. Dia juga tidak akan cuba untuk meminta telefon anda untuk menyiasat dengan siapa anda berkawan. Jika dia berbuat demikian, ini menunjukkan yang dia seorang yang ragu-ragu terhadap anda dan tidak menghormati anda.
2. TIDAK MENGKRITIK PENAMPILAN ANDA
“Kenapa pakai tudung macam ni?”, “Sayang, kalau boleh I suka tengok you slim sikit”
Seorang lelaki yang anda cintai tidak akan bercakap tentang penampilan anda dengan cara begitu. Dia patutnya menjaga maruah dan aib anda dengan menegur anda secara berhemah. Seorang lelaki yang matang tidak akan memalukan diri anda semata-mata untuk memuaskan dirinya sendiri.
Ads
3. TIDAK AKAN LARI DARI MASALAH
Dulu ketika masih remaja, apabila hadapi masalah, salah satu cara untuk kita selesaikannya adalah dengan lari daripadanya. Seorang lelaki yang matang tahu cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. Tidak kiralah sama ada masalah peribadi, keluarga mahupun masalah kerja, dia tidak akan lari daripadanya. Namun, ini tidak bermakna dia suka mencari masalah untuk diselesaikan. Dia tahu bila dia perlu menyelesaikan masalah dan bila perlu dia melarikan daripada menimbulkan masalah.
4. TIDAK BERFIKIRAN CETEK
Sesetengah lelaki dengan mudahnya akan membelanjakan duit yang ada untuk apa sahaja yang dia suka tanpa memikirkan akibatnya pada masa depan. Mereka yang matang akan berfikiran jauh dalam setiap tindakan yang dia lakukan. Bagaimanapun, ini tidak bermakna hidup mereka sangat bosan dan tidak spontan.
Ads
5. TIDAK MENGANGGAP EMOSI ITU SATU KELEMAHAN
Seorang lelak yang matang tidak bermakna dia seorang yang sentiasa bersabar atau seorang yang tabah dalam segalanya. Dia tidak takut untuk menerima sebarang kritikan apabila dia menunjukkan sudut dirinya yang lemah lembut dan romantik terhadap seseorang yang dicintainya. Dia tahu dengan berbuat demikian tidak menjejaskan sedikit pun reputasi terhadap dirinya, malah dia tahu dengan berbuat demikian akan menguatkan lagi hubungan dengan pasangan.
6. TIDAK AKAN BUAT ANDA RASA TERABAI DI SAMPING RAKAN-RAKANNYA
Setiap lelaki juga perlukan ruang untuk mereka meluang masa bersama rakannya. Namun, lelaki yang bijak tidak akan mengabaikan wanitanya demi rakan yang lain. Lelaki yang sentiasa mendengar kata-kata daripada rakannya berbanding menerima kata daripada wanita idamannya mungkin mempunyai masalah psikologi. Ini kerana, mereka yang berbuat demikian menunjukkan sikap terlalu kebudak-budakan dan tidak matang.
Ads
7. MENGHORMATI DAN TIDAK AKAN SENTUH ANDA
Ini bukan sahaja penderaan fizikal tetapi juga psikologi anda. Jika dia pernah melakukan apa-apa jenis keganasan terhadap anda, berhentilah beralasan yang dia adalah satu-satu lelaki yang anda nantikan. Dia tidak akan berubah kerana lelaki yang matang tidak akan melakukan keganasan terhadap anda tidak kira sejauh mana tahap kemarahannya.
Namun, cara seorang lelaki melayan wanitanya tidak hanya bergantung pada personaliti dirinya tetapi juga mengambil kira tingkah laku wanita itu sendiri. Hubungan yang baik memerlukan kerjasama daripada kedua-dua belah pihak. Pihak wanita juga perlu mengelakkan kesilapan tertentu untuk hidup bahagia bersama pasangannya.
8. SANGAT AKRAB DENGAN IBUNYA
Lelaki yang matang akan sentiasa meluangkan masa untuk kedua-dua insan yang tersayang iaitu ibu bapanya. Dia tahu dengan menjaga orang yang pernah menjaga dia ketika kecil dahulu adalah sangat penting. Itulah satu cara baginya untuk menunjukkan penghargaan kepada mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebulan hilang 9kg. Tengok warna dia pon dah mengancam kan. Siapa-siapa yang berhasrat ingin menurunkan berat badan atau menjaga pemakanan. Makanan diet ringan ini sangat sesuai untuk anda. Malah, anda juga boleh mengamalkannya untuk waktu sarapan dan makan malam.
Sebenarnya ini lah menu paling mudah, ringkas, dan cepat anda boleh amalkan. Ia juga menyihatkan. Jom kita lihat cara buat dan menyediakannya. Selamat mencuba!
Oat 6 sudu bsr
Yogurt origenal 1@2 sudu bsr
Buah ( bole pelbagaikan)
Susu segar(low fat/full cream)
Madu 1sudu bsr
Setelah selesai. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6jam. Ia memang lebih enak jika dimakan sejuk.
Kredit: Ros Amira Mamat
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih daripada orang lain? Kerana apa yang keluar daripada mulut seorang isteri adalah satu-satunya kata-kata yang tepat, betul dan sesuai dengan suami. Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya.
Begitulah perkongsian Omisu tentang hubungan suami isteri. Bahkan isteri lebih kenal daripada mak sendiri. Kenapa? Sebab majority pure punya perangai tak akan ditunjuk pada keluarga sebab nak jaga hati mak ayah.
Buruk Baik Suami, Isteri Lebih Kenal
Buruk baik diri kita ni isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap setia dengan kita.
Patah perkataan yang keluar dari mulut isteri tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini comfirm!
Dengarlah kawan-kawan bila isteri masih ada hati memberi nasihat. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi. Kita baru kehilangan “Penasihat” terbaik yang telah di cipta untuk kita!
Tak Setanding Nasihat Isteri
Tiada yang lebih baik memberi nasihat daripada isteri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang dah dewasa.
Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.
Tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekalipun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.
Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!
Pujian Orang Lain Tak Ada Makna
Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.
Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar. Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya.
Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dan paling berniat baik orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.
Wallahu A’lam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim tengkujuh sudah tiba. Hujan turun hari-hari sampai kan nak jemur baju pun macam mustahil kan? Kalau tak ke dobi, mungkin akan jemur baju-baju kat dalam rumah kan? Tetapi tahukah anda jemur kain di dalam rumah boleh berkait dengan masalah kesihatan?
5 Bahaya Menjemur Kain Dalam Rumah Ketika Musim Hujan
Cuba lihat beberapa alasan yang menyatakan kenapa jemur kain di dalam rumah tidak elok dari segi kesihatan.
5 Keburukkan Menjemur Kain Dalam Rumah Ketika Musim Hujan:
1. Boleh Jadi Kanser
Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.
2. Pengaruh Alergi
Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.
3. Beracun
Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.
4. Asma
Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.
5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh
Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.
Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!