pic-pinterest

Dalam tempoh bercinta ialah masa di mana anda mengenali hati budi si dia sama ada dia benar-benar jujur dalam hubungan yang dijalin. Dari berkawan itu anda boleh menilai karakter si dia adakah terdapat ciri-ciri atau kualiti diri yang boleh dijadikan pasangan hidup. Diharapkan anda jatuh cinta dengan lelaki yang tepat agar rumah tangga yang dibina memberi kebahagiaan buat anda berdua.

Andai  si dia memiliki 8 kualiti ini, jangan lepaskan ya.

Dia tahu akan peranannya

Lelaki yang memahami kelebihannya akan tegas dengan pilihan yang dibuatnya sendiri. Ia akan membahagikan  waktu untuk hubungan dan keutamaan yang  lain. Lelaki begini akan memberi komitmen yang tinggi dalam setiap tanggungjawabnya. Ia menerima tanggung jawab atas tindakannya dan tidak pernah menyalahkan orang lain jika sesuatu terjadi.

Berkomunikasi secara langsung dan jujur

Lelaki yang membuat anda jatuh cinta ini tidak berbohong atau memutar belit fakta, dia percaya diri dengan kemampuannya. Dia mempertahankan kesabaran dan kasih sayang, kerana dia tahu bahawa itu adalah sikap yang paling kuat.

Ads

 Menjadikan anda merasa selamat dan tenteram berada dekatnya

Lelaki  ini akan membuat anda merasa tenang bila berada bersama. Dia akan berusaha memenuhi keperluan anda, tidak  bercakap tentang diri anda kepada orang lain.

Sopan dan menghormati

Lelaki yang baik akan membuat anda merasa tenang kerana memang sewajarnya mereka patut melayan anda sebegitu.  Ketika jatuh cinta dengannya, dia tidak tertarik pada pandangan orang lain, namun lebih fokus pada hubungan yang sedang dijalin antara dirinya dengan anda. Ini bermakna dia sopan dan menghormati diri anda.

Ads

Menerima, namun tidak mengharapkan kasih sayang anda

Lelaki yang baik juga akan bersyukur atas apapun yang anda lakukan untuknya. Dia tidak akan mengharapkan balasan, namun menerima rasa cinta tersebut. Dia akan meminta apa yang diperlukannya dan menanyakan hal yang sama pada anda. .

Dia melihat kemampuan anda dengan optimis

Lelaki ini juga akan mempercayai kemampuan anda secara optimis. Dia tidak akan membandingkan atau membuat anda merasa putus asa, dia akan turut gembira sekiranya anda berjaya mencapai kejayaan.

Ads

Dia akan bertanya

Lelaki yang baik akan bertanya sebagai  menghormati pendapat anda.

Ikhlas mendengar

Lelaki  yang baik akan menyediakan ruang untuk mendengar luahan hati anda.  Dia mendengar pendapat anda dan dengan penuh perhatian.

Sumber: Liputan6.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI