Hubungan

Jika Dua-Dua Bekerja, Suami Jangan Harapkan Isteri Sahaja Urus Semua Perkara

Share

Perkahwinan sebenarnya adalah simbolik kepada perkongsian hidup antara lelaki dan perempuan. Berbeza dengan zaman bercinta dahulu, fasa ini sememangnya lebih mencabar kerana pelbagai komitmen yang harus digalas oleh kedua-dua pihak.

Ditambah pula dengan masalah kewangan yang melanda masyarakat kini, para isteri mungkin terpaksa bekerja untuk membantu suami mereka mencukupi segala keperluan harian.

gambar sekadar hiasan

Bila dua-dua bekerja, jangan harapkan isteri sahaja

Prihatin dengan isu tersebut, seorang pengguna Facebook bernama Firdaus Shakirin telah menitipkan beberapa pesanan untuk dijadikan renungan buat para suami. Hakikatnya, dia berkata realiti hidup sepasang suami isteri yang bekerjaya sememangnya mencabar apalagi buat seorang wanita.

Mana tidaknya, mereka perlu menguruskan banyak perkara di rumah walaupun sudah seharian suntuk mengerah tenaga bekerja di luar. Lantaran itu, dia mengharapkan para suami agar lebih bertolak ansur dan tidak mengharapkan si isteri semata-mata.

Bila dah dua2 bekerja, maka sederhanakanlah tuntutan sebagai suami tu…
Jangan mengharapkan isteri mampu menguruskan serba serbi dengan baik dan melayan dengan tip top.

gambar sekadar hiasan

Kebanyakan isi rumah nowadays mempunyai suami dan isteri yang bekerja…jadinya, masa di luar rumah tu lebih banyak berbanding masa dirumah…bila balik ke rumah, masing2 dah letih, dah penat…

Nak rehat….

Tapi tengok isteri kita, dia balik rumah, terus ke dapur. Balik rumah, terus uruskan anak. Balik rumah, terus buat keje2 rumah memasak, mengemas, basuh baju, lipat baju, menggosok baju dan sebagainya.

Rumah tangga adalah memberi & menerima

Dalam penulisan panjang lebar tersebut, dia turut menegaskan bahawa sesebuah mahligai rumah tangga seharusnya terbina di atas kerjasama yang baik antara kedua-dua belah pihak.

Misalnya, lelaki selaku ketua keluarga haruslah lebih memahami keadaan si isteri sekali gus meringankan beban mereka dalam menguruskan kerja-kerja rumah. Hal ini kerana golongan isteri perlu dilayan dengan adil dan istimewa memandangkan mereka juga sudah membantu suami untuk mencari nafkah.

Bila dia rehat?

Maka disini pentingnya peranan suami utk merehatkan fizikal dan mental si isteri…ambik sedikit beban yang dia tanggung, dan kurangkan sedikit tuntutan untuk dia lakukan.

Sebagai contoh, boleh ambik nasi sendiri, lauk sendiri tanpa perlu dihidangkan dan dipanggil makan…boleh basuh pinggan dan kemas dapur setelah habis menjamu selera…boleh kutip mainan anak yg bertaburan dan mengajar anak keje2 sekolah.

Boleh bawa isteri makan luar sekiranya dia dah tak larat nak memasak.

Buat apa yang kita boleh buat sendiri tanpa perlu mengharapkan atau meletakkan tugas tu dibahu isteri. Dia dah keluar mencari rezeki, dia dah bantu memperbaiki ekonomi keluarga, maka agak tidak adil jika dia juga yang perlu mengurus dan melayan keluarganya seorang diri.

Rumahtangga adalah tentang memberi dan menerima, kedua-duanya perlu melakukan perkara yg sama bukan seorang sahaja.

 

 

 

 

 

Kredit : Firdaus Shakirin

Published by
NanyRahman