Perkahwinan merupakan satu sunnah daripada Rasulullah yang sangat digalakkan untuk menjadi ikutan ummah. Banyak hikmah yang diperolehi jika anda bernikah dengan niat yang betul. Orang yang bernikah kerana Allah tidak akan sia-siakan pernikahan tersebut. Justeru, Allah akan menolong orang yang ingin bernikah atas dasar yang betul. Perkahwinan juga akan memberikan tanggungjawab kepada anda kepada isteri dan anak-anak. Justeru, Allah akan membuka pintu rezeki kepada anda jika anda menjalankan kewajipan anda kepada keluarga.
1. Allah akan mencukupkan rezeki mereka yang akan berkahwin
Jika di lihat dalam masyarakat zaman sekarang, ramai antara mereka yang mulanya miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya. Allah swt. telah berfirman di dalam surah An Nur ayat ke 32 yang bermaksud;
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah An Nur : Ayat 32)
2. Jangan ragu-ragu
Penyakit ragu-ragu sering menjadi persoalan utama jika seseorang yang ingin menikah. Seseorang yang telah memikirkan lebih mendalam mengenai kehidupan dan perjalanan selepas perkahwinan, adalah seorang yang berkeyakinan dan pasti dengan apa yang di lakukan tanpa ragu-ragu. Anda harus meletakkan keyakinan kepada Allah, kerana sebaik-baik perancang adalah Allah. Mohon kepadanya agar kehidupan anda untuk membina sebuah keluarga berjalan dengan lancar dan di redhai.
Jika umur sudah sampai waktunya dan memang wajib untuk segera menikah. Maka, langkah yang seterusnya adalah kita berikhtiar. Jika berikhtiar telah dilakukan, maka jangan pernah berhenti untuk berdoa. Percayalah, Allah swt. telah menentukan saat-saat yang tepat dan terbaik bagi hamba-Nya yang tak pernah putus asa dari Rahmat-Nya.
Kita sebagai seorang muslim perlu terus menunaikan kewajiban kita dan untuk mempercayai dan yakin dengan janji Allah. Jangan sampai bisikan-bisikan syaitan menyusup ke dalam hati. Ianya akan dapat mengugat keimanan kita terhadap kebenaran janji Allah swt, termasuk ketika Allah swt. berjanji akan mencukupkan hamba-Nya yang miskin apabila menikah.
Tiada yang mudah dalam hidup, semuanya perlu di teruskan walaupun sesakit mana pun kita. Allah swt jika ingin memberikan kurnia kepada hamba-Nya. Sungguh, Allah swt. Maha Pemurah dan pemberi rezeki. Ia terserah kepada kita meyakini atau tidak. Dengan keyakinan itu, hidup kita akan lebih optimis dan selalu memikirkan yang positif.