Assalam Pesona Pengantin,
Mohon beri pendapat & maaf andai penulisan atau luahan dari saya kurang memuaskan.
Saya muda lagi tapi dah berhubungan dengan M sejak 2014 mungkin dah lebih 3 tahun. Susah senang dia & saya masing-masing memang ada dan saling memerlukan namun dalam masa 3 tahun tu macam-macam jadi.
Daripada ada motor, motor hilang, pakai motor abah dia je pergi mana-mana ambil saya kemana semua lah, tahun lepas dapat beli kereta second now dah rosak berbulan & dah tak ada transport lagi untuk kami keluar kemana.
M tua 3 tahun dari saya, memang saya mencari lelaki yang lebih berumur 3/4 tahun dari saya, sebab dalam pemahaman saya lelaki berumur mesti matang & lebih bertanggungjawab. Mungkin lebih banyak makan garam dalam kehidupan & hubungan.
Tapi saya silap, mula-mula setahun lebih memang semua manis & M memang tunjuk tanggungjawab serta matangnya dalam menjaga adab dalam berhubungan serta sikap nya depan ibu bapa serta family saya. Lama kelamaan masuk tahun ke 2 dia mula tunjuk perangai sebenar dia, dia lebih teruk daripada apa yang saya harapkan & fikirkan.
Tahun kedua tu, Setiap kali keluar duit saya kerap kali saya dulukan walaupun saya masih belajar & dia sudah bekerja. Tak dinafikan belum lagi tengah bulan dia memang dah kering & kadang-kadang apa saya minta memang tak akan dapat & saya terpaksa makan hati sebab tak pernah dapat & sentiasa bagi alasan yang dia dah kekeringan duit.
Dia jenis malas buat lebih dari 1 kerja, pernah saya tolong dia offer buat macam-macam bisnes tapi hanya separuh jalan tak sampai setahun lenyap bisnesnya & lagi satu lelaki tetap lelaki penuh rasa nafsu & gatalnya.
M mula pegang-pegang saya & belai sana sini menipu la saya tak marah dan saya tolak serta saya mengamuk teruk! namun lama kelamaan M dah biasa & lali. Saya kalahhhh & mengalah sampai tak tahu nak warning M macam mana lagi! And kami HAMPIR terlanjur! Padahal baru tahun ke 2 kenal kan?
Namun Allah SWT masih lagi mahu tutup aib & jaga saya bagi peluang untuk saya berubah. Memang saya tak sangka saya boleh jadi seteruk & selemah ini bila dia berjanji buat macam-macam untuk saya & bertangungjawab.
Saya perempuan, memang tak dinafikan saya boleh tolak mentah-mentah, namun bila acap kali dia memujuk saya kalah & lemahhhh… Lepas apa dah jadi sampai 1 tahap tu hampir kantoi dengan mak ayah saya, & saya luahkan sepuas-puas hati saya dekat dia apa yang dia lakukan, dia janji nak berubah & merancang untuk halalkan hubungan kami.
Saya lega bila dia memang serious dalam hubungan ni, memang dari awal perkenalan M memang berjanji ingin jadikan saya isterinya. Sekarang saya pun dah slow-slow berubah & berhijrah untuk jadi lebih baik, namun pada pandangan saya M masih tidak berubah walaupun dia masih gemar sentuh & pegang saya.
Lagi 1 perangainya gemar tinggikan suara & tengking saya, pernah masa tu keluar makan berdua bayangkan kedai makan tu meja rapat-rapat & borak macam biasa tapi mungkin dia sentap dengan kata-kata saya & terus tengking saya sampai saya rasa malu nak pandang kiri kanan depan belakang saya, sebab saya perasan meja berdekatan terus senyap lepas dengar tengkingan M pada saya.
Memang rasa terus berdiri bulu roma saya bila dia tengking dekat tempat awam macam tu & saya rasa tu paling teruk dia buat pada saya. Untuk pengetahuan semua, dah lebih dari 3 kali dia tinggikan suara dekat saya depan kawan-kawan saya.
Pernah, depan orang awam jangan cakaplah berapa kali dah. Pernah saya luahkan depan-depan dgn M, takkan tak boleh control cara percakapan tu, takkan sampai nak terbawa dalam alam perkahwinan cara awak ni, seperti saya jangka, dia janji akan berubah & jadi lebih baik. Namun masih sama & kadang-kadang tetap salahkan saya sebab tak boleh terima caranya bercakap, gila ke apa kalau dah selalu kena tengking kau rasaaa???? Nak tahan lagi ke???
Admin, selama 3 tahun ni dah lebih dari 5 kali dah dia tukar-tukar kerja & tak ada kerja tetap untuk saya yakin mahu ada masa depan dengan dia. Ramai tahu hubungan saya dengan M ni tapi sekarang hampir tahun ke 4 saya dah mula tawar hati & saya rasa sekarang hati dah kosong pada dia.
Tak contact pun tak apa, lepas dari dia buat saya macam pelacur, lepas dia buat saya macam BANK dia, lepas dia buat hati & perasaan saya macam patung tak bernyawa. DIA BUAT SAYA SESUKA HATI DIA WALAUPUN DIA BERJANJI INGIN BERUBAH!
Saya tekad nak jauhkan diri & putuskan hubungan ni supaya saya boleh jadi lebih baik daripada saya terus rosak dalam hubungan yang entah betul jodoh saya atau bukan, namun dia berkeras & tetap mahukan saya sebab bagi dia tak ada perempuan lain yang boleh terima susah senang & faham perangai dia.
Dia seorang lelaki yang tak romantik, tak pandai pujuk, tak pandai ambil hati & paling silap besar tidak hormat saya sebagai seorang perempuan yang layak dilindungi & dijaga!
Saya mula perasan M tak nak lepas kan saya walau apa jadi sekali pun. Caranya tak jauh beza macam seorang PSYCHO, bila saya sebut pasal putus & tak nak hubungan ni diteruskan M akan libatkan family saya & family nya untuk bantu dapatkan saya balik!
Ya Allah now saya dalam dilema. Saya luahkan pada Allah SWT minta petunjuk tapi masih samar-samar & tak nampak mana 1 jalan yang sepatutnya saya buat. Nak luah pada kawan rapat, saya malu ramai dah tahu & family kedua belah pihak pun tunggu masa untuk majlis pertunangan kami pada hujung tahun ni walaupun masih belum dapat keputusan dari pihak saya.
Saya tahu, cerita saya tak seteruk pasangan lain. Tapi saya dah penat dengan hubungan ni sampai saya rasa dia buat saya dah tak ada rasa hati nak bercinta. Saya dah tak reti nak jaga hati saya sendiri, saya dah tak reti nak sedih & menangis bila kami bergaduh besar lagi-lagi masa dia tengking saya. Saya dah tak reti untuk pujuk diri, saya dah tak reti untuk gembirakan hati saya..
Saya tak tahu silap siapa tapi saya betul-betul buntu & kosong dalam memikirkan cara untuk saya cari jalan penyelesaian dalam hubungan saya dengan M ni, sekarang saya redha apa yang jadi. Apa yang M akan lakukan & apa yang akan berlaku dalam hubungan kami ni, dia nak curang ke tinggalkan saya ke buat saya macam tak wujud ke saya redha, sebab hati saya dah rasa kosong & dah rasa tak tahu nak tanamkan balik rasa cinta ni pada dia. Betul-betul kosong & tak mahu tambah masalah yang sedia ada dalam hidup saya.
Mohon berikan pendapat & nasihat yang anda rasa baik untuk masa depan saya ? Terima kasih semua… Assalamualaikum