Jodoh Alam Maya, 6 Sebab Kenapa Orang Cari Jodoh Secara Online. No 6 Tu Betul

Share

Perubahan zaman menyebabkan kita mudah untuk berjumpa dan mengenali seseorang dengan cepat dan mudah. Laman sosial media terutamanya menjadi antara platform utama untuk mencari jodoh pada zaman ini.

Kini, anda sudah boleh mencari jodoh dengan hanya mengadap ‘smart phone’ sahaja. Tetapi perlu juga diingatkan yang medium internet sudah tentu mempunyai kelebihan dan juga kelemahan yang tertentu.

Namun, perlu diingatkan bahawa jangan sesekali beri maklumat peribadi anda kepada dia terlebih dahulu. Sebaiknya kenal hati budi dahulu sebelum berjumpa.

1. Tidak Mengganggu Masa Anda

Laman web adalah sesuatu yang bersifat boleh akses di mana-mana sahaja, tidak kira tempat dan waktu. Ia sangat sesuai bagi mereka yang selalu mengejar masa dan sibuk. Kesibukan merupakan antara faktor bagi golongan lelaki dan wanita lambat bertemu jodoh. Medium alternatif ini, ia akan lebih memudahkan golongan ini untuk bertemu dengan jodoh mereka.

2. Membantu Golongan Yang Kurang Keyakinan Diri

Mencari jodoh melalui internet juga adalah salah satu tempat alternatif yang baik bagi golongan yang kurang berkeyakinan tinggi. Ini kerana mereka dapat menyembunyikan kegugupan mereka berbanding jika bertemu secara berdepan dengan calon pasangan. Jika secara alam maya ia akan memberi sedikit kebebasan untuk bertanya.

3. Tidak perlu Keluar Rumah

Kelebihan mencari jodoh melalui internet juga adalah kita tidak perlu  keluar daripada rumah. Bagi sesetengah orang, mereka malas untuk keluar ‘hangout’

terutama pada waktu hujung minggu kerana ia adalah waktu berehat. Jadi dengan hanya perlu melayari web cari jodoh, anda boleh bertemu jodoh dengan pasangan yang serasi.

4. Tidak Perlu Takut Ditolak

Anda yang mencari jodoh melalui internet tidak perlu takut jika mahu  menolak atau ditolak oleh bakal pasangan taaruf. Ini kerana penolakan yang berlaku adalah biasa bagi cari jodoh secara ‘online’ ini. Semua calon yang mencari jodoh tidak bertemu secara berdepan. Jadi tidak  perlu terasa hati atau tersinggung jika anda juga ditolak oleh calon lain.

5. Banyak Pilihan

Semestinya anda akan mempunyai banyak pilihan. Pilihlah yang terbaik dan serasi. Pastikan anda kenal bakal pasangan anda betul-betul sebelum  melangkah ke tahap yang lebih serius.

6. Potensi Mendapat Jodoh Lebih Besar

Mereka yang mendaftar di laman web cari jodoh biasanya adalah mereka  yang sudah bersedia untuk berkahwin. Tujuan dan misi mereka adalah jelas  iaitu berkahwin. Oleh sebab itu, potensi untuk bertemu jodoh juga  adalah lebih besar kerana semua orang yang mendaftar pada laman web  tersebut mempunyai misi yang sama iaitu berkahwin.

 

 

 

 

Sumber : baitulmuslim

Published by
Anis Nor