Benarlah jodoh itu tidak pernah mengenal usia. Sungguhpun perbezaan usia yang agak jauh, namun cinta sejati pasangan suami isteri, Kelana b Shamsudin Alamudi dan
Siti Nur Nashrah akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin.

Kelana b Shamsudin Alamudi, 61 dan Siti Nur Nashrah, 29 sudah ditakdirkan untuk hidup bersama.

@nashkay999♬ original sound – Naufal Azrin

 

Berbeza usia 32 tahun bukan penghalang pasangan ini mendirikan rumah tangga. Masyarakat kita sering memandang serong terhadap golongan wanita atau lelaki yang lebih berusia yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangan yang jauh lebih muda daripada mereka.

Perbezaan usia yang besar di antara pasangan sering dianggap tidak mampu kekal lama namun sebenarnya banyak saja pasangan yang mampu mengecap bahagia. Pendek kata, jarak usia bukanlah penghalang untuk membina sebuah ikatan yang kukuh dan mampu kekal selamanya.

Jodoh Beza Umur 32 Tahun, Siapa Cakap Kahwin Lelaki Berusia Tidak Bahagia?

Berkahwin dengan pasangan yang mempunyai jurang usia yang besar bukan penghalang mengecap rumah tangga mendamaikan.

Seperti mana pasangan lain, hubungan dengan jurang usia yang jauh juga pasti akan melalui cabaran dan rintangan seperti perbezaan pendapat, pegangan prinsip serta gaya hidup.

Ads

Namun itu bukan bermaksud hubungan itu tidak mempunyai keserasian sebaliknya terdapat pelbagai cara dan kaedah dalam menjaga dan membina hubungan tersebut agar lebih kukuh walaupun berbeza usia.

BERMULA PANDANG-PANDANG DAN SENYUM-SENYUM

Berkongsi cerita tentang kisah pasangan Kelana b Shamsudin atau lebih selesa disapa Kelana dan pasangannya Siti Nur Nashrah atau mesra disapa Nashrah, sememangnya pasangan ini sudah ditakdirkan untuk hidup bersama.

“Kami bertemu dalam satu program. Mula-mula hanya sekadar pandang-pandang dan senyum-senyum sahaja. Beberapa bulan kemudian kami bertemu lagi dalam satu program yang lain. Kebetulan kerusi kosong hanya ada di sebelah Nashrah maka saya duduk di sebelahnya,” ujar Kelana.

Selepas saling bertukar nombor telefon hubungan itu akhirnya menjadi serius. Pasangan ini mengambil kata putus untuk mendirikan rumah tangga selepas setahun menjalinkan hubungan.

“Dalam satu program yang lain, saya bertemu dengan ibu Nashrah. Saya berterus-terang dengan ibu Nashrah untuk mengambil Nashrah sebagai isteri. Reaksi ibu Nashrah ketika itu tenang sahaja. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh,” jelas Kelana.

TIADA MASALAH DENGAN ANAK TIRI DAN BEKAS ISTERI SUAMI

Ditanya bagaimana Nashrah menyesuaikan diri dengan anak-anak tirinya, ini jawapannya.

Ads

“Anak-anak tiri saya kebanyakannya semua sudah dewasa. Ada yang sudah berumah tangga dan memiliki anak. Cara saya mudah sahaja, tidak perlu masuk campur tentang hal ehwal anak-anak tiri dan juga bekas isteri suami.

“Jika ada sebarang masalah antara suami dan anak-anak dan ibu mereka, saya mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur.

“Setakat ini saya tiada masalah dengan anak-anak tiri sementelah pula kami saya dan suami tinggal berasingan dengan anak-anak tiri,” ujar Nashrah.

Jodoh Beza Umur 32 Tahun, Siapa Cakap Kahwin Lelaki Berusia Tidak Bahagia?

Mengulas tentang jodoh, pertemuan, ajal, maut, ujar Kelana, jika hendak mencari pasangan hidup, carilah orang yang menyayangi kita.

Ads

“Carilah orang menghormati kita, terima buruk dan baik kita, dan yang tidak banyak meminta. Pada saya inilah perkara yang lebih penting.

“Ikutlah rasa hati. Jika kita rasa pasangan itu boleh terima, barulah kita lanjutkan hubungan itu ke arah yang lebih serius. Bagaimanapun jika kita hanya bertepuk sebelah tangan, eloklah tamatkan sahaja hubungan itu. Jika diteruskan juga, ia akan menyusahkan kita dikemudian hari.

“Paling penting, jangan berkahwin kerana duit, kecantikan dan kekacakan seseorang itu. Berkahwinlah ikut kata hati. Berkahwinlah kerana kita suka, bahagia, maka teruskanlah,” jelas Kelana.

@nashkay999♬ Ragu – justme

Tambah Kelana lagi, jika selepas berkahwin ada berlaku pergaduhan, selesaikan secara damai. Ingat pada anak-anak.

“Tidak perlulah kita berperang. Ada sesetengah kes pasangan yang berpisah walau dah lama tapi masih juga belum dapat ‘move on.’ Masih lagi berdengki. Keadaan itu tidak bagus.

“Jika hendak berkahwin, mesti ada persefahaman, boleh terima buruk dan baik dan perlu ada ‘give and take,’ akhiri Kelana.

Berikut video temubual penuh Pesona Pengantin bersama pasangan suami isteri, Kelana b Shamsudin Alamudi dan Siti Nur Nashrah. 

Sumber: TikTok Nashkay999

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI