Jodoh Di TikTok, Beza 35 Tahun Tak Halang Suami Isteri Ini Bersatu

Share

Jodoh di TikTok, beza 35 tahun pun tak halang suami isteri ini bersatu. Walaupun wanita yang berasal dari Kelantan ini sudah berusia 62 tahun, dia menerima jodohnya dengan lelaki bujang berumur 28 tahun dengan hati terbuka.

Dah Jodoh, Beza 35 Tahun Tak Halang Suami Isteri Ini Bersatu

Menerusi perkongsian Rokiah di tiktok, pertunangan mereka berlangsung pada 6 Jun 2022 selepas mula berkenalan di media sosial pada 21 Oktober 2021. Tidak mengambil masa lama untuk mengenali hati budi, di sebalik perbezaan usia itu keduanya mengikat janji  tiga bulan kemudian iaitu pada 9 September 2022 untuk disatukan sebagai suami isteri.

@mohammadamiinrokiahfamli #CapCut @shuhaimimieyrohan @rohanaayub @ROKIAH SAMAT ENTERPRISE SDN BH ♬ original sound – ROKIAH BINTI SAMAT

Selepas berkongsi di media sosial, kisah unik cinta pasangan berbeza usia 35 tahun ini meraih perhatian media kerana jarak usia di samping dirinya sudah bergelar nenek sementara suaminya, Mohammad Amin Jundail seorang lelaki bujang.

Walau dilihat agak jauh perbezaan usia umpama nenek dan cucu atau ibu dan anak tetapi pasangan ini dilihat begitu bahagia. Tambah lagi Rokiah dilihat seakan tidak makan usia meski pun sudah bergelar warga emas.

Awalnya Mahu Berkenalan Tapi Makin Lama Timbul Sayang

Dalam satu petikan temuramah bersama MStar, Mohammad Amin atau lebih dikenali sebagai Adam yang berasal dari Sabah, pada awalnya dia hanya mahu berkenalan saja dengan isterinya yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu.

“Tapi makin lama perasaan sayang semakin menebal. Dari rasa sayang hingga rindu timbul dalam diri  hingga sukar untuk saya ungkapkan perasaan itu bagaimana. Tambah lagi, isteri bukanlah usahawan ternama sebaliknya hanya biasa-biasa saja.  Saya percaya Allah sudah menetapkan jodoh saya bersama isteri,”

katanya.

Datang Cari Jodoh

 

Jika sebelum ini mereka hanya berhubung melalui mesej, panggilan telefon namun pada Disember 2021 saya datang ke Semenanjung.

“Bukan terus bertemunya tapi saya cari kerja dulu sebagai tukang urut di Johor buat mengumpul duit. Tepat pada hari jadi saya, 10 Januari 2022 barulah saya bertemunya di Kelantan. Adam memaklumkan ketika mereka bertemu, isterinya itu memiliki 11 anak, 22 cucu dan seorang cicit di mana anak sulungnya sendiri berusia 45 tahun.

“Tapi Allah sudah mengatur jodoh kami dan saya bersyukur di atas pertemuan ini,” katanya yang merupakan anak ke-8 dari 10 beradik berasal dari Semporna, Sabah.

Sikapnya Yang Baik Jadi Tarikan

Dalam pada itu, Rokiah turut mengakui walau usianya 62 tahun namun dia terasa seperti usia 40 tahun. Masih sihat, insya Allah.

Ditanya mengapa dia menerima lelaki jauh lebih muda darinya itu pada peringkat usia anak-anaknya saja, kata Rokiah, dia menerima suaminya Adam kerana dirinya baik. “Sangat bertanggungjawab dan caring.Paling penting dirinya penyabar,” katanya memaklumkan dirinya suri rumah sepenuh masa.

Dalam pada itu Adam turut memaklumkan, dia bersyukur dipertemukan jodoh dengan isterinya.

Allah sudah atur sebaiknya. Dia pelengkap tulang rusuk saya. Walau beza usia, kehidupan kami bahagia dan aman damai. Isteri juga caring dan pandai masak. Dia sempurna di mata saya serba serbi. Anak-anaknya juga menerima saya dengan baik. Alhamdulilah atas jodoh ini,” katanya yang memohon doa agar rumahtangganya terus bahagia.

Kredit tiktok: Rokiah Samad

Published by
Nadia