Persoalan bab jodoh ini dari dulu hingga kini masih menjadi tanda tanya buat mereka yang belum berkahwin. Masakan tidak, lain orang, lain jodohnya. Cara ustaz dan tok kadi dari Singapura ini menulis nyata menarik perhatian netizen terutama sekali di Twitter. Gaya penulisannya menjawab setiap tweet
menarik perhatian anak muda malah tidak terlalu serius. Apabila ditanya tentang jodoh, ini jawapan ustaz yang dikenali sebagai Zahid Zin di twitternya.