Jodoh Pilihan Ibu

Share

Mencintai seseorang adalah satu perkara yang amat berat dan bukannya satu mainan. Cinta juga bukanlah satu episod dalam kehidupan harian.

Membuktikan cinta yang kuat dalam perhubungan ini harusnya datang dari hati sendiri. Bukan mudah jika kita menerima pasangan hidup atas pilihan orang tua.

Jika zaman dahulu mungkin ia sesuai, tetapi dengan zaman serba moden dan berteknologi tinggi ini mustahil pilihan orang tua dapat membahagiakan anak-anak.

Doa dan restu dalam perhubungan cinta diantara anak dan pasangan pilihan sudah memadai.

Jika masih ada yang ingin atau berhajat untuk mencari jodoh untuk anak-anak, berfikir panjanglah jika berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini dalam rumah tangga mereka pasti sedih melihat keadaan tersebut.

Membina sebuah masjid adalah dituntut oleh Allah  s.w.t. Maka kita sebagai insan haruslah menjaganya sebaik mungkin.

Lazimnya, anak lelaki yang sering dikenakan jolokkan anak emak ini bakal melepaskan tanggungjawab untuk mencari pasangan hidup mereka.

Ini kerana lelaki yang anak emak ini lebih gemar dan tertarik dengan wanita yang mirip gaya ibu mereka.

Dari segi perwatakan,percakapan, masak dan sebagainya.

Sempena menyambut hari ibu ini, Pesona Pemgantin ingin berkongsi  tip kasih sayang dalam berpasangan.

1. Jujur dengan pasangan anda.

2. Terima seadanya.

3. Menghormati hak sesama pasangan.

4. Bertolak ansur.

5. Cepat meminta maaf jika melakukan kesilapan.

6. Jangan sesekali membelakangi psangan.

Enam tip ringkas ini mungkin dapat membantu pasangan yang asyik bercinta.

Published by
Mariam Shukor