Jodoh Pilihan Sendiri Atau Keluarga Lebih Bagus?

Share

Ibu bapa adalah orang yang paling risau untuk kita berkahwin kerana mereka berfikir adakah pilihan anda itu tepat dan betul. Ini kerana pada usia muda kita dianggap masih kurang dalam pengalaman menentukan hala tuju hidup.

Sebab itulah ibu bapa yang akan mengambil keputusan berat termasuklah mengenai jodoh. Namun, adakah ia masih relevan pada masa kini? Jom kita lihat antara panduan ringkas dalam tentang apa yang sepatutnya anda lakukan.

Jangan sorok atau berahsia

Jika anda sudah ada calon jangan malu-malu untuk memberitahunya kepada ibu bapa anda. Beritahu mereka yang anda sedang mengenali hati budi seseorang supaya mereka tahu dan tidak mencari jodoh untuk anda.

Kenalkan kepada keluarga

Bawa pasangan anda datang ke rumah untuk berkanalan dan berbual lebih lama supaya mendapat keserasian antara mereka. Dari siti ibu bapa anda boleh mengenal pasti sama ada dia orangnya atau tidak.

Solat minta petunjuk

Solatlah kerana solat itu tiang agama. Jika anda masih ragu-ragu kerana tidak yakin sama ada dialah orangnya atau tidak berdoalah dan minta petunjuk dari Allah. Nescaya, segala yang anda cari akan ditunjukkan dengan segera.

Published by
NanyRahman