Jom Buat Aktiviti Hujung Minggu Yang Lain Bersama Pasangan. No. 4 Gerenti Thrill

Share

Hujung minggu sudah tiba! Apa perancangan anda untuk bersama si dia? Makan dan minum di restoran ‘fancy’ atau kafe ‘classy’? Menonton wayang? Bosannya! Terlalu memfokuskan terhadap diri masing-masing di restoran atau kafe belum tentu dapat menyemarakkan lagi hubungan cinta bersama si dia.Bagi memberi kelainan apa kata anda bawa si dia lakukan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk meluangkan masa bersama. Jom cuba beberapa aktiviti ‘weekend getaway’ untuk mengukir momen bersama si dia!

Berbasikal
Singgah ke mana-mana taman rekreasi menarik. Jika tidak memiliki basikal, sewakan sahaja basikal di taman rekreasi. Terpulang pada anda berdua sama ada ingin menaiki dua buah basikal atau pun sebuah sahaja sudah mencukupi. Aktiviti ini bukan sahaja menyihatkan, malah memberikan peluang untuk sama-sama menikmati keindahan alam sekitar di samping berbual-bual bersama si dia.

Perpustakaan
Ini tidak bermakna membuang semua habuk di sebalik buku-buku tebal dan membuatkan si dia cepat berasa jemu apabila berkunjung ke perpustakaan. Pilih majalah atau buku ensiklopedia dipenuhi gambar-gambar berwarna. Inilah masanya untuk bertukar pendapat dan idea berkenaan rencana menarik. Jangan pula memilih buku ensiklopedia dinosaur! Baca dan lihat ensiklopedia yang memaparkan gambar-gambar menarik seperti destinasi pilihan di seluruh dunia. Mungkin anda boleh mencadangkan tempat-tempat menarik untuk berkunjung bersama si dia berdasarkan ensiklopedia tersebut.

Pusat Peliharaan Haiwan
Tidak bermakna anda perlu membelikan si dia atau memiliki haiwan peliharaan. Kunjungi zoo berdekatan untuk sama-sama melihat gelagat haiwan. Lebih menarik kini anda juga berpeluang untuk ke pusat-pusat penjagaan haiwan peliharaan dan juga haiwan eksotik (contohnya SPCA dan Farm in the City) berdekatan untuk melihat sendiri keunikan makhluk comel ini. Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila melihat tawa dan senyuman terukir pada wajah si dia apabila berkunjung ke tempat-tempat sebegini.

Taman Tema Permainan
Lebih menyeronokkan untuk mana-mana jejaka yang ingin menguji tahap ‘thrill’ dan ‘anxiety’ si dia. Sekiranya si dia kurang gemar dengan permainan seperti rollercoaster, elakkan daripada memilih permainan yang meloyakan untuk mengelakkan perkara tidak diingini (termuntah, pening kepala dan sebagainya). ‘Cotton candy’dan bertih jagung menjadi hidangan pilihan apabila berkunjung ke taman tema permainan.

Karnival
Festival dan karnival yang dibuka untuk orang ramai berlangsung hampir setiap bulan berdekatan. Pastikan anda memilih tarikh bersesuaian dan karnival yang dikunjungi. Elakkan karnival buku atau karnival pengantin! Kunjungi booth menarik untuk melihat minat dan kesukaan si dia. Anda juga boleh menjamu selera makanan ringan yang dihidangkan. Tip berguna untuk ke karnival bersama si dia adalah mengelakkan daripada berkunjung ke sana apabila matahari terik. Anda berdua akan cepat berpeluh dan berasa panas lalu merosakkan momen bersama si dia.

Pantai
Waktu terbaik untuk pergi ke pantai bersama si dia adalah sewaktu matahari terbit dan juga sebelum matahari terbenam. Cipta momen romantik bersama si dia dengan berjalan-jalan di persisiran pantai sambil menikmati aiskrim. Mulakan dengan perbualan kosong dan menjadi pendengar setia sambil menikmati pukulan ombak yang berderu di tepi pantai.

Patut Tahu
– Mengapa aktiviti yang disyorkan ini lebih menarik dan jauh lebih menjimatkan? Sekiranya berkunjung ke pusat membeli belah seperti kebanyakan pasangan, wang ringgit juga mungkin kehabisan apabila si dia ingin sesuatu daripada setiap butik menggunakan duit anda.
– ‘Activity based dating’ lebih menyeronokkan kerana bukan sahaja ia bermanfaat kepada anda berdua tetapi sisi sebenar si dia akan lebih terserlah daripada duduk bersama berbual-bual kosong di taman atau pun restoran. Kebanyakan jejaka juga pastinya cepat berasa bosan.
– Anda juga perlu lebih kreatif apabila berkunjung ke tempat-tempat yang telah dinyatakan. Sekiranya ingin ke zoo atau pusat peliharaan haiwan, pilih untuk menaiki kuda bersama. Begitu juga apabila ke taman rekreasi. Luangkan masa dengan menaiki bot atau pun berkayak.

Published by
Putri Adila