Jom Buat Bunga Dari Kertas Tisu Untuk Dekorasi Majlis Kahwin. Mudah, Lebih Kreatif & Menjimatkan!

Share

Nak jimatkan kos? Gunakan kertas tisu untuk menghasilkan bunga sebagai hiasan dekorasi di majlis perkahwinan dengan cara yang murah. Nak menghasilkannya pun mudah dan tidak mengambil masa yang lama.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan idea ini untuk hiasan ruangan photobooth di majlis perkahwinan. Jom kita lihat tutorial untuk menghasilkannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

8 helai tisu kertas (untuk membuat satu kertas tisu pom pom)
Pembaris
Gunting
Bone folder
Pensel
wayar
Reben untuk hiasan gantung pom pom

Langkah 1

Gunakan 20″ x 26″ helai kertas tisu. Jika anda menggunakan saiz ini, potong dengan kelebaran 17″ (17″ x 26″) dan buat 1″ untuk lipatan. Jika anda menggunakan kertas bersaiz  20″ x 30″, buatkan 1 1/2″ lipatan (anda tidak perlu memotongnya).

Langkah 2

Lipat seperti kipas accordian pada kertas tisu. Gunakan bone folder untuk membuat lipatan.

Langkah 3

Setelah selesai membuat lipatan, gunakan pembaris untuk mencari bahagian tengah kertas dan ikat kertas tisu menggunakan wayar.

Langkah 4

Potong di hujung kertas tisu. Anda juga boleh memotong secara bulat sebagaimana yang anda perlukan.

 

Langkah 5

Berhati-hati (kertas tisu sangat lembut maka lakukan perlahan-lahan) tarik setiap lapisan kertas tisu, asingkan ia dari bahagian tengah.

Langkah 6

Bila sudah siap, gantung pom pom dengan reben atau tali tangsi. Menarik, kan! Boleh juga dijadikan sebagai Napkin Rings dari kertas tisu.

Untuk napkin yang lebar, potong 5″ x 10″ segi empat bujur tisu tersebut. Lapisi lima helai kertas tisu dan buat lipatan 3/8″. Ikat menggunakan reben halus dengan panjang 20″. Manakala untuk napkin yang kecil, potong 4″ x 8″ segi empat bujur kertas tisu. Lapisi empat kertas tisu dan buat lipatan 3/8″. Ikat sebagaimana contoh di atas.

Sumber: intimateweddings.com
Published by
Putri Adila