Jom Buat Sendiri Balang Berhias Untuk Hadiah Tetamu Di Majlis Kahwin, Jimat & Menarik!

Share

Buntu memikirkan cenderahati istimewa apa yang ingin diberikan kepada tetamu di majlis perkahwinan anda nanti? Kalau inginkan kelainan, idea ini mungkin anda boleh pertimbangkan. Hadiahkan tetamu jemputan dengan balang buatan sendiri sebagai kenang-kenangan.

Balang kuih bersaiz mini boleh anda ubah suai dengan lakaran dekoratif sentuhan kreatif anda. Warnakannya dengan tema yang disukai serta paten yang menarik. Gunakan kreativiti anda untuk mencubanya.

Selain dijadikan sebagai cenderahati untuk tetamu, anda juga boleh pelbagaikan balang ini sebagai gubahan hantaran untuk bunga rampai.

Bahan-bahan:

1. Balang kosong bersaiz mini
2. Pita pelekat / masking tape
3. Beberapa contoh cat dari kedai hardware atau cat akrilik (boleh didapati dari kedai kraf)
4. Berus melukis
5. Reben
6. Tag bercetak terima kasih, coklat atau gula-gula

Cara membuat:

Langkah 1
Buang label yang ada pada balang mini (jika ada). Rendam balang semalaman di dalam singki. Ambil span dan gosok agar kesan gam pada balang dapat dibersihkan. Keringkan.

Ambil pita pelekat dan tampalkan pada balang. Untuk membuat bentuk segi tiga yang kecil, potong pita pelekat nipis dan memanjang. Anda boleh skip langkah ini sekiranya anda tidak kisah saiz segi tiga yang akan terbentuk lebih besar.

Langkah 2
Lekatkan pita pelekat di sekitar balang membentuk garisan memanjang dan segi tiga dengan menindih garisan memanjang pada pelekat itu. Jangan risau sekiranya saiz tidak sama. Tambahkan sedikit pita untuk membentuk segi tiga. Tekan pita tersebut supaya ia dapat melekat dengan sempurna.

Langkah 3
Mula mengecat mengikut garisan dan segi tiga yang terbentuk. Semasa mengecat, cuba jauhi daripada terkena pita pelekat – ini untuk menghalang ia nampak comot. Gunakan kombinasi cat Woodies DIY warna merah jambu cat tiub akrilik dalam warna shimmery gold. Penggunaan dua lapisan warna di atas pita pelekat ini bertujuan untuk memastikan warnanya tampil menarik dan menyerlah.

Langkah 4
Apabila cat telah kering (sekurang-kurangnya 30 minit), tanggalkan pita pelekat itu secara berhati-hati. Sekiranya cat berselerak di bawah pelekat tadi, gunakan pisau kraf untuk menanggalkannya.

Langkah 5
Ikat reben di keliling penutup botol bersama tag bercetak terima kasih. Kemudian masukkan coklat, gula-gula atau bunga rampai di dalamnya.

Langkah 6
Anda telah berjaya mengubah suai balang yang kosong dengan lakaran comel sebagai hadiah untuk tetamu anda bawa pulang di majlis perkahwinan nanti.

Sumber: onefabday.com

Published by
Putri Adila