
Isi Kandungan
ToggleBilik pengantin pastinya menjadi tumpuan tetamu di hari perkahwinan. Masa majlis kahwinlah mak-mak atau rakan pengantin keluar masuk nak tengok seri pengantin ataupun cuci mata tengok hiasan bilik pengantin. Selain dekorasi bilik, meja solek yang kosong juga boleh dihias dengan bingkai gambar buatan sendiri dan letakkan gambar pra-perkahwinan anda. Barulah namanya bilik pengantin! Boleh juga jadikan hadiah untuk pengantin.
Eh! Nak buat pun tak susah ye. Hanya ikut langkah mudah ini.
BAHAN-BAHAN:
Bingkai gambar rona emas, kertas hiasan, gunting, reben satin, reben manik, manik mutiara, gam tembak, lilin

LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Mula-mula, guntingkan reben satin mengikut ukuran lilin.
2. Setelah itu, gamkan reben tersebut pada bahagian bawah lilin.

3. Seterusnya, guntingkan kertas hiasan mengikut ukuran pada bingkai gambar.
4.Kemudian, masukkan kertas tersebut di dalam bingkai gambar.

5. Letakkan gam pada bahagian sisi bingkai gambar.
6. Tampalkan reben manik pada gam tersebut di bahagian tepi. Susunkan lilin dan mutiara hiasan di tepi bingkai gambar.

Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Simpan Pes Bawang Putih, Bukti Isteri Memang Pantas Buat Kerja

Selalunya untuk masak, zup zap, cepat sahaja siap kan? Namun yang melecehkan ialah penyediaan bahan mentah.
Jadi solusi mudah hasil perkongsian Khabbab Jamalludin ini memang sesuai untuk menjimatkan masa di dapur.
“Kali ini saya nak kongsi kalau ada yang macam saya, kadang masak kadang beli, kalau masak kena “simple” dan cepat, dan kadang barang macam bawang tak sentiasa ada bekalannya.
Antara perkara yang ambil masa adalah penyediaan bawang putih. Disamping tak boleh simpan lama, nak kupas dia satu hal juga.
Jadi saya beli yang dah siap kopek dan buat pes bawang putih. Tak mahal pun. Macam dalam gambar ni dalam RM6 sahaja. Kalau nak masak tinggal ambil dan tambah dalam masakan; tumisan atau bukan.
1) Basuh dan blend bawang. Nisbah air : bawang 1:3.
2) Tumis dalam minyak banyak, agak agak tengelam bawang yang kita dah kisar tadi. Minyak dia fungsi sebagai pengawet supaya bawang tahan lama dan tak mudah teroksida (jadi hitam). Minyak juga berfungsi memastikan kepanasan dalam kuali sama pada semua bawang.
3) Masa mula mula masuk, guna api kuat dan lepas 10 saat tukar api sederhana kuat. Kena kacau selalu, supaya tak hangus dan dapat keluarkan air dalam bawang supaya tahan lama kalau disimpan. Tanda bawang dah sekata bila bawang dah mula keluar aroma dan dah mula meluap luap terpercik. Boleh tutup api.
4) Simpan dalam bekas yang mudah dibuka. Simpan dalam peti sejuk (tak perlu beku). Nak pakai tinggal senduk pakai sudu dan simpan kembali.
*saya tak sekalikan dengan bawang merah sebab biasa senang kupas dan tahan lama. Boleh nak buat pes tapi buat asing asing sebab kandungan air dalam bawang merah dan bawang putih berbeza

1) saya tahu dan setuju, paling best kalau fresh fresh. Saya tahu juga nak kupas bawang beberapa ulas bukan leceh sangat. Ini bukan untuk yang banyak masa, tak bekerja dan yang sentiasa boleh pergi kedai cari barang. Ini untuk mereka yang busy, waktu terbatas, balik tak tentu waktu, kedai nak cari bahan mentah bukan senang nak jumpa. Kami kena siapkan benda benda macam ni supaya motivasi nak masak dan makan dirumah tu tinggi sebab mudah; cedok, tambah rencah sikit, dah siap.
2) Dalam peti sejuk saya ada 3 jenis tumisan separa siap macam ni :
-IBU SAMBAL : Campuran bawang putih, bawang merah, cili kering giling yang dah ditumis. Nak masak sambal ke, masak asam ke, goreng mi/bihun/kue teow, tinggal senduk, masukkan rencah dan bahan utama, siap !. Next tutorial saya share insyaAllah.
-SAMBAL CILI API campuran cili api, bawang merah, bawang putih. Saya orang Negeri Sembilan , banyak kombinasi macam ni. Nasi goreng kampung biasanya. Tinggal cedok, tambah ikan masin atau ikan bilis goreng, nasi, Voila !
-BAWANG PUTIH sahaja, macam yang saya share kali ini. Tak campur cili sebab ini untuk masakan anak anak yang tak pedas. Tak campur bawang merah sebab kandungan air yag berbeza.
3) ada yang kata blend terus dengan minyak. Boleh juga cuma bawang putih kaya dengan vitamin B dan C, keduanya larut dalam air. (Vitamin ada yang larut dalam air, ada yang larut dalam minyak. )Supaya zat dia dapatlah larut sikit, saya campurlah sedikit air sebelum tumis dalam minyak.
Sumber : Khabbab Jamalludin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Goreng Pengantin

Isi Kandungan
ToggleSambal goreng ini dikatakan sangat sedap untuk dihidang di dalam majlis perkahwinan, nampak mudah dan tidak memerlukan bahan yang sukar. Ikuti perkongsian resepi ini daripada Habibah Badar Bajrai di Facebooknya.
Dah lama tak masak sambal goreng ni. Nama dia, sambal goreng pengantin. Jangan tanya kenapa nama dia gitu. Sesungguhnya daku tak tau .Tapi lauk ni selalu ada kat time wedding kat Singapore.
Sambal goreng ni sedap sesangat tau. Ratah sedap, makan ngan nasi panas panas pun sedap. Tak payah lauk lain. Kalau ada yang nak cuba, ni Kak Bib share lagi sekali resepi dia
SAMBAL GORENG PENGANTIN
Bahan-bahannya
500gm daging
500gm paru paru
500gm limpa
500gm hati
* Semua bahan di atas direbus, potong dadu, goreng sekejap. Jangan sampai garing lak.
500gm udang digoreng kejap.10 batang lada merah
10 batang lada hijau
5 tangkai lada kering
12 ulas bawang putih
3 batang serai
3 inci lengkuas
* Buang biji lada. Pastu, bahan di atas kita hiris halus. Lada kering tu kita hunting halus. Tak yah rebus. Pastu seme bahan kita goreng kejap.
10 batang lada hijau
5 tangkai lada kering
12 ulas bawang putih
3 batang serai
3 inci lengkuas
* Buang biji lada. Pastu, bahan di atas kita hiris halus. Lada kering tu kita hunting halus. Tak yah rebus. Pastu seme bahan kita goreng kejap.
Bahan Kisar
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
10 batang lada kering direbus
* Semua bahan dikisar halus
2 kotak santan kara
½ cawan asam jawa
2 inci belacan
3 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Daun limau purut

Cara
1. Air asam jawa dan belacan digaul rata, dan tapis – tepi kan .2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik baunya.
3. Masukkan air asam jawa dan belacan tadi. Kacau kejap.
4. Kemudian, masukkan daging, paru, limpa dan hati yang telah dipotong dadu dan digoreng, lada merah, lada hijau, bawang putih yang telah digoreng, bawang goreng dan daun limau purut. Kacau hingga rata.
5. Masukkankan santan, garam dan gula. Kalau kering, tambah sikit air.
6. Masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat sedikit dan rencahnya meresap dalam daging, paru dan bahan-bahan lain. Kemudian masukkan lada kering yang telah digoreng. Gaul rata. Sambal ni rasa dia pedas pedas manis, dan basah sikit.
KREDIT : Habibah Badar Bajrai
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Beg Uncang Cenderahati Tetamu . Comel & Tak Perlu Jahit

Puas memikirkan cenderahati apa yang bersesuaian untuk tetamu? Jika masih berkira-kira untuk memberikan apa yang terbaik buat mereka yang hadir ke majlis anda, apa kata cuba buat sendiri beg uncang untuk mengisi gula-gula atau yang bersesuaian dengannya.
Istimewanya, beng uncang ini tidak perlu dijahit. Jadi bakal pengantin tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai bakat atau kreativiti dalam bidang jahitan.
Kebanyakan fabrik ini anda boleh dapati daripada lebihan perca kain, sangat ekonomi dan menarik!
(Beg mini bersaiz 8″T x 4″L)
Bahan-Bahan:
1. Fabrik kain mengikut pilihan anda
2. 3/8” pelekat Fusible ( gunakan yang mudah lekat apabila diseterika)
3. Pinking Shears atau gunting corak
4. Pensel atau kapur
5. Pembaris
6. Seterika
Langkah 1
Mulakan di hujung fabrik anda, lipat fabrik tadi supaya sisi yang baik di bahagian dalam. Lipatan tersebut ialah di bahagian bawah beg anda. Ukurannya 8 1/4″ T daripada lipatan bahagian sisi. Ukur 5″ untuk bahagian atas beg dan lukis garisan menggunakan pensel atau kapur; lukis garisan lain di sepanjang sisi sebagaimana dilihat dalam foto ini.
Langkah 2
Gunakan gunting corak untuk memotong bahagian atas fabrik. Jika anda menggunakan pensel untuk membuat garisan, pastikan anda memotong di sepanjang garisan tersebut.
Langkah 3
Gunakan gunting untuk memotong bahagian sisi.
Langkah 4
Sekarang beg anda telah siap dipotong, tekan setiap bahagian tepi penjuru serentak. Inilah ketikanya anda menggunakan pelekat fusible; tekan bahagian penjuru supaya tidak ada bukaan di bawah penjuru setiap beg.
Langkah 5
Buka fabrik tadi dengan menghala ke atas. Mula dari bahagian bawah letakkan pelekat fusible di kedua dua sisi kain, letak berdekatan bahagian sisi.
Langkah 6
Baca langkah pengguna pelekat fusible; ia akan beritahu anda tempat yang sesuai untuk meletakkannya. Lipat dan tekan fabrik kedua dua bahagian kain mengikut arahan pada pakej. Tekan beg tersebut di kedua dua bahagian untuk pastikan ia sempurna.
Langkah 7
Terbalikkan beg ke bahagian yang betul. Betulkan bahagian sisi menggunakan pensel dan pembaris.
Langkah 8
Seterika kelim tepi.
Langkah 9
Gunakan reben dari cebisan kain untuk mengikat beg dan isikan gula-gula atau coklat yang ingin diberikan kepada tetamu. Untuk kesan yang lebih rustic , gunakan fabrik berbeza untuk setiap beg yang dihasilkan.
Sumber: intimateweddings.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI