Memang perkara biasa kalau kita terjumpa serangga dalam rumah kita seperti lipas, semut dan sebagainya kan? Tapi apa puncanya? Adalah datang dari diri kita atau kita tidak menjaga rumah? atau mungkin kerana persekitaran rumah itu sendiri.
Kali ni, kami nak kongsi cara-cara membuat spray yang berkesan menghalau serangga. Bahan yang diguna juga selamat digunakan sebab kesemuanya bahan semulajadi. Idea asal ini dikongsi oleh Nani Rahim. Dah jom kita tengok info lanjut dibawah:
BAHAN-BAHAN :
- 1 Botol spray. ( lagi bagus kalau guna BPA-free spray bottle )
- 2 cawan air tapis atau air masak.
- 5 titik essential oil Geranium
- 10 titik essential oil Lavender
- 20 titik essential oil Citronella.
CARA BUAT :
- Masukkan air tapis atau air masak ke dalam botol penyembur.
- Kemudian titiskan essential oil.
- Goncang goncangkan botol mengikut irama Despacito. Dan voila its ready to be used.
- Cuma spray kan sahaja pada keliling atau pada badan anda. Jangan risau kalau terkena kulit muka. Semuanya bahan super safe. Tiada racun, tiada alkohol. Selamat dan suci.
Nani Rahim juga menerangkan fungsi 3 Essential Oil yang digunakan dalam penyembur serangga tadi. Mesti baca tau, sangat membantu meningkatkan general knowledge uols.
- Essential oil Geranium sangat bagus untuk menyembuhkan kulit. Bau nya juga harum. Sebab tu laa banyak digunakan dalam produk serum, mask, krim muka, pelembap dan sebagainya.
- Essential oil Lavender terkenal dengan fungsinya yang bersifat menenangkan. Digunakan dalam penyembur serangga sebab dapat menyembuhkan luka dengan cepat and menggalakkan tissue regeneration.
- Essential oil Citronella berasal dari serai. Opkos ada manfaat kesihatan seperti antioksidan, antibakteria, antifungal, antiparasitic seperti cacing. Fungsi lain citronella: halau serangga nyamuk, lipas dan lalat. Juga berkesan melegakan otot badan lenguh dan sakit.
Sumber : FB Nani rahim