Ia adalah antioksidan yang hebat, membantu membakar lemak, mencegah nafas berbau, melindungi penyakit jantung dan juga mempunyai sifat anti-penuaan. Adakah itu bermakna kita tidak boleh melepaskan secawan teh hijau setiap hari, semata-mata untuk mendapatkan kebaikannya? Dan adakah kita mengamalkan teh hijau dengan cara yang betul?
Ini penjelasan pakar.
2 hingga 3 cawan sehari
Teh hijau tinggi dengan antioxidant dan sebatian berasaskan tumbuhan semulajadi seperti tanin dan flavonoid. Pengambilan berterusan boleh mengakibatkan keracunan atau boleh menyebabkan kerosakan kepada hati. Oleh itu, memadai minum dua atau tiga cawan setiap hari.
Perut kosong
Jangan minum teh hijau di awal pagi ketika perut kosong, kandungan kafein dalam teh hijau boleh menyebabkan dehidrasi dan boleh menyebabkan rembesan asid gastrik yang menyebabkan sakit perut atau ulser. Pengamal ubatan cina turut mengatakan pengambilan teh ketika perut kosong boleh menyebabkan paru-paru dan perut menjadi ‘sejuk’. Sebaliknya, minum segelas air suam/panas bersama lemon dan madu atau sekadar makan buah untuk isi perut.
Sebelum dan selepas makan
Kebanyakan orang minum teh hijau selepas makan, tanpa menyedai bahawa minum teh hijau sebaik sahaja makan boleh menghalang penyerapan nutrien. Ini bermakna, apa sahaja yang anda makan tidak diserap dengan betul kerana kafein dan tanin bertindak sebagai halangan. Ini juga boleh mencairkan jus gastrik yang mengakibatkan pencernaan yang tidak betul. Oleh itu, sebaiknya minum teh hijau 30 – 45 minit sebelum atau selepas makan.
2 jam sebelum tidur
Teh hijau bukanlah minuman waktu tidur. Kenapa? Kafein adalah perangsang yang terbukti secara saintifik mengganggu tidur. Teh hijau juga mengandungi asid amino L-theanine, yang mempunyai keupayaan untuk menenangkan anda tetapi juga membuat anda berjaga-jaga dan fokus dan menumpukan lebih baik, sama sekali bertentangan untuk mendapatkan tidur malam yang baik.
Minuman itu juga diuretik, yang bermaksud bahawa ia akan mendorong anda ke tandas dengan kerap dan boleh mengganggu masa tidur. Lebih baik mengambilnya dua jam sebelum tidur.
Jangan gunakan semula tea bag
Tea bag basah juga terdedah kepada serangan mikroba. Oleh itu, jangan gunakannya lebih daripada dua kali.
Seimbangkan dengan minum air yang banyak
Teh hijau merupakan diuretik, jadi ia boleh mengakibatkan kerap kencing. Oleh itu, lebih baik seimbangkan dengan air untuk menghidratkan badan anda.
Teh hijau mengandungi kafein?
Teh hijau mengandungi kafein seperti teh lain tetapi kandungannya berbeza dari satu jenis ke satu jenis dan ia juga bergantung kepada kuantiti teh hijau yang anda brew dan berapa minit masa diambil untuk setiap rendaman. Lebih banyak kuantiti dan lebih lama rendaman dalam cawan, lebih banyak lah kafein yang anda minum.
Satu kajian telah dibuat untuk menentukan jumlah kafein yang ada dalam teh dan keputusannya berdasarkan teh hijau didalam cawan 7 ounce yang direndam selama 3 minit:
Chinese oolong green tea – 37mg
kenyan green tea – 58 mg
Indian Green tea – 59 mg
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI