Majlis resepsi yang elegan mampu dicipta dengan pilihan tema yang tepat agar menjadi momen yang kekal abadi diingatan.
Agar cerita cinta berakhir indah dan bakal dikenang sepanjang zaman, terapkan sahaja tema fantasi yang penuh dengan daya tarikan yang unik dan tersendiri.
Ciptakan nuansa majlis resepsi yang mewah dengan rona-rona segar dan mewah bagi melontarkan kesucian cinta pasangan raja dan ratu sehari. Garapan warna dan peletakan elemen-elemen hiasan pada pelaminan tentunya menjadikan impian pasangan mempelai menjadi kenyataan.
Para tamu undangan pasti akan terkesan dengan keanggunan resepsi perkahwinan yang meriah dan penuh dengan biasan romantis.
Kehebatan sesebuah singgahsana terletak pada seni rekaan pelamin yang unik serta sarat dengan kreativiti. Seri pentas pelamin diperindahkan lagi dengan simbahan pencahayaan yang sempurna di segenap ruang.
Setiap ruang pelamin perlu digarap sempurna bagi memastikan keserian pelamin terpancar ketika mempelai bersanding di pentas pelaminan.
Buat pasangan mempelai yang menginginkan pentas pelamin yang mewah dan memukau, himpunan pelamin sentuhan air tangan Reka Teemor pasti membuatkan impian anda dan pasangan menjadi kenyataan. Ayuh kita ‘cuci’ mata dengan seleksi pelamin daripada Reka Teemor.
Reka Teemor merupakan salah satu perancang perkahwinan yang cukup terkenal dengan ilham rekaan yang eksklusif, unik dan kreatif.
Berpengalaman selama 13 tahun dalam industri perkahwinan, sentuhan Reka Teemor sentiasa menarik perhatian. Dimiliki oleh pasangan suami isteri iaitu Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz Mohamed Ashraff, mereka bergabung tenaga bagi menghasilkan dekorasi dan rekaan pentas pelamin yang menjentik deria pandang.