Hubungan

Jom Lihat Tanda Si Dia Sukakan Anda Dan Ingin Melamar Untuk Dijadikan Suri Hati

Share

Lelaki mungkin sukar meluahkan rasa cinta mereka secara berterus-terang ataupun direct. Mereka lebih gemar menunjukkan rasa kasih dan cinta itu dengan cara tersendiri. Mungkin wanita di luar sana kadangkala bingung dengan kelakuan lelaki yang aneh untuk mendekati mereka. Tapi percayalah, lelaki jika minat dengan seseorang perempuan, dia akan mudah memberikan gerak tubuh yang berbeza dari kebiasaan.

Jom kita lihat tanda si dia amat sukakan anda dan ingin melamar untuk dijadikan suri hati!

1. KERAP AJAK KELUAR

Dalam tempoh seminggu, sekurang-kurangnya dua kali dia ajak anda keluar tidak kiralah pergi makan ataupun menonton. Hatinya menjadi gelisah sekiranya dalam sehari dia tidak menelofon anda dan ingin mendengar suara anda. Dari situ, anda boleh tahu bahawa si dia cukup suka dengan anda.

2. AMBIL BERAT

Dia sentiasa bertanya khabar dan mula menunjukkan yang dia ingin mengambil berat tentang anda. Bermula dengan ucapan selamat pagi, khuatir jika anda lewat makan atau memberi ucapan selamat apabila kamu hendak memandu adalah petanda awal yang dia mula menunjukkan minat terhadap anda.

3. PANDANGAN MATA

 

Apabila anda bercakap, matanya akan tepat memandang ke arah mata anda menunjukkan yang dia benar-benar mahu mendengar apa yang anda bicarakan. Jangan panik bila mata anda berdua bertentang, kata orang dari mata turun ke hati. Dari pandangan mata dia, anda boleh tahu yang dia ada hati dengan anda.

4. TERSEREMPAK

Pertemuan yang tidak disangka seperti anda sedang minum petang dengan rakan di kafe, tiba-tiba muncul si dia. Mungkin pertemuan itu disengajakan oleh dia tetapi tidak mahu kelihatan terlalu obses, jadi dia akan pura-pura terkejut. Dia tahu, dengan cara itu, anda boleh lihat kesungguhannya untuk bertemu dengan anda.

5. GERAK-GERI TUBUH

Tidak susah untuk membaca gerak-geri tubuhnya. Lelaki jika minat dengan seseorang perempuan, dia akan mudah memberikan gerak tubuh yang berbeza dari kebiasaan contohnya ketika berbual, tubuhnya akan betul-betul dihadapkan ke arah anda dan sentiasa ingin berjalan dekat dengan anda.

6. SOALAN PERIBADI

Untuk mengenali anda dengan lebih rapat, dia akan mula mengajukan beberapa soalan tentang diri anda seperti anda sudah berapa lama single, bagaimana lelaki pilihan anda, adakah anda sedang mengenali seseorang dan sebagainya. Dia juga akan menyentuh sedikit sebanyak mengenai keluarga dan ibu-bapa anda.

Published by
Putri Adila