Tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar suami dan bapa sangat berat. Bukan sahaja perlu mencari rezeki tetapi dalam masa yang sama mendidik isteri dan anak-anak dengan didikan yang sebaiknya.
Rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada orang rezekinya di depan mata, ada orang rezekinya perlu ‘digali’ lebih jauh demi menyara kehidupan seisi keluarga. Walau apa pun usaha yang dilakukan oleh si suami, perjuangan untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga amatlah dihargai.
Melalui satu perkongsian diakaun TikTok yang dimuatnaik oleh Snowerrewons, wanita ini berkongsi tentang seorang lelaki yang sanggup meredah perjalanan jauh demi mencari reseki untuk keluarga.
@snowerrewons Bukan sekadar roti aiskrim, tapi ia lebih dari segalanya. 😊 #ciptasahabat #fypシ #InspiredAwesomeLife #fyp #foryoupage #viral #viraltiktok #rnrtanjungmalim #aiskrimroti ♬ Perjalanan Hidup – Ramli Sarip
“Terserempak dengan adik ini di kawasan lebuh raya Sungai Buloh. Penuh roti atas motosikal. Mesti nak pergi berniaga ni.
“Anak teringin hendak makan aiskrim roti pula. Jadi kami terus ikut dari belakang. Hati tertanya-tanya di manalah dia ni berniaga.
“Nampak dia berhenti di R&R Tanjung Malim. Jauh perjalanannya dari Sungai Buloh ke sini. Terpaksa berpanas dan berhujan.
“Ingatkan saya seorang sahaja yang ikut adik ini. Rupanya adik orang lain pun sama turut ikut. Sempatlah kami bersembang bercerita tentang betapa hebatnya insan yang berjuang demi mencari rezeki buat menyara keluarga,” cerita pemilik akaun TikTok yang memuat naik video ini.
Menurut lelaki yang sudah berkahwin dan bapa kepada dua orang cahaya mata ini, ayahnya sudah 20 tahun berniaga di sini. Kini dia pula yang menyambung perniagaan ayahnya itu.
“Bukan mudah untuk meredah perjalanan yang jauh dengan menaiki motosikal setiap hari. Nampak ceria sahaja adik ini. Apa pun kami mendoakan semoga diperluaskan lagi rezekimu.
“Betullah rezeki ada di mana-mana yang penting mesti ada usaha. Roti yang adik ini jual sangat lembut dan sedap. Jika anda singgah di R&R Tanjung Malim, jangan lupa beli aiskrim roti adik ini ya,” kata wanita ini lagi.
Perkongsian video ini turut mendapat respon daripada isteri lelaki ini. Si isteri meminta warga maya mendoakan urusan mencari rezeki suaminya dipermudahkan.
“Terima kasih support husband saya. Dia rasa tersentuh,” tulis isteri lelaki ini di ruangan komen.
Video tersebut juga turut menarik perhatian ramai warga maya. Ramai yang memberi sokongan dan kagum dengan kerja keras lelaki ini.
Berikut antara komen warga maya:
“Apa la amalan baik dia ya smpai Allah izinkan rezeki yang follow dia.. mungkin berkat sedekah, sabar dia.”
“Allahu bersih siap pakai gloves moga dimurahkan rezeki seluas alam.”
“Muka, senyum dia.. bakat murah rezeki, ramuan kejayaan besar masa depan Allah.”
“Semoga dipermudahkan urusan..serta dilimpahi rezeki oleh-NYA.”
“Kita semua bekerja kuat mencari rezeki demi kelangsungan hidup yang makin mencabar.”
“Semoga Allah murahkan rezeki semua yang bekerja cari rezeki yang halal”
“Rezeki tak salah alamat…siap follow lagi..terbaiklah..”
“Sebak melihat keceriaan muka dia walau menghadapi kesukaran mengahadapi kesukaran.Tabah dan kuat hati mu dek tak semua orang mampu.”
Sumber: TikTok Snowerrewons