Cinta itu tidak kenal pangkat dan harta bila hati sudah sayang. Orang tua-tua selalu kata, cinta itu buta. Setiap perbezaan dari segi rupa paras, harta mahupun pangkat dan darjat tak pernah diendahkan pasangan bercinta untuk kekal bersama.
Jurugambar dari Thailand, Yusree Yusohem ini kongsi foto- foto unik dan menarik di antara si jururawat dan penoreh getah.
Sunita Salaemae merupakan graduan di Fakulti Kejururawatan manakala Adeelan Salae seorang penoreh getah.
Menariknya, foto kahwin mereka tidak seperti orang lain.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Berpisah, Zamarul Hisham Kongsi Perasaan Yang Dilalui Saat Itu
Pernah diuji dalam rumah tangga, pelakon, Zamarul Hisham berkongsi perasaaan dan macam mana dia bermuhasabah diri apabila melalui detik hitam itu.
Menerusi portal Xtra, Zamarul membuat keputusan untuk kembali bersatu dengan Diana Rafar selepas tiga bulan berpisah.
Banyak Muhasabah Diri
“Soal rumah tangga ini sensitif sikit dan setiap apa yang berlaku ada kisah berlainan tetapi keputusan tetap sama iaitu mungkin berlaku perceraian.
“Pengalaman saya ketika berpisah dahulu saya banyak muhasabah diri. Lepas solat saya tanya pada diri saya ‘kenapa aku kahwin dengan dia?’ bukan ‘kenapa aku bercerai dengan dia?’.
“Saya juga tak tahu kenapa saya ambil keputusan begitu. Saya dapat keputusan dimana hati saya tenang. Saya juga tak bermusuh,” katanya lagi.
Masih Panjang Jodoh
Menyifatkan tempoh itu adalah peringatan yang diberikan Yang Maha Esa kepadanya, Zamarul berkata tiada sekelumit dendam dan musuh terhadap Diana ketika itu.
“Disitulah mungkin Allah panjangkan jodoh kami. Lepas kami rujuk, baru saya faham yang Allah beri peringatan untuk perbetulkan apa yang kurang. Alhamdulillah, hubungan itu dah indah dan lebih mesra.
“Susah nak cakap sebab hati dan rasa ini datang dari DIA. Mungkin juga sebab saya muhasabah diri. Saya banyak berseorangan.
“Dan saya letak tidak ada dendam dan juga musuh. Saya tak mahu kemudian hari ada cakap-cakap yang tidak elok.
Zamarul Hisyam Syukur Dengan Perancangan Allah
Bapa kepada tiga cahaya mata itu juga bersyukur apabila Tuhan tidak takdirkan dia untuk menemui pengganti dalam tempoh tiga bulan tersebut.
“Selepas bercerai, saya boleh buat keputusan sendiri dengan saya boleh sahaja temui cinta baru dalam hidup tetapi saya tak fikir ke arah itu.
“Ia ibarat Allah selamatkan saya supaya saya tak tergerak hati fikir ke situ dan mungkin kerana itu juga Allah satukan kami kembali.
“Diana juga sama, ketika itu dia tidak berkawan dengan sesiapa. Dia juga muhasabah diri,” ujarnya.
Zamarul juga sempat menitipkan pesanan buat pasangan yang sedang menempuhi detik sukar dalam rumah tangga.
“Andai kata berlaku pergaduhan ataupun perceraian, cuba tanamkan di hati dengan soalan ‘kenapa aku pilih dia’, ‘kenapa aku kahwin dengan dia’ dan ‘kenapa Allah jodohkan aku dengan dia’.
“Kita akan dapat jawapan. Selepas berkahwin pula kita akan nampak kekurangan dia. Bila masing-masing nampak kekurangan itu, maka perlu duduk berbincang.
“Dan di situ akan berbalik kepada ego, kalau masing-masing ego, masalah tak akan selesai. Dan jika masing-masing buang ego, Insya-Allah sekiranya jodoh masih panjang, perkara itu akan berjalan lancar,” titipnya.
Untuk rekod, Zamarul dan Diana mengesahkan lafaz rujuk pada 14 Mei 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam selepas kira-kira tiga bulan cerai.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teliti 7 Perkara Ini Sebelum Pilih Pengasuh Anak
Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, tak mudah nak cari pengasuh yang baik dan ikhlas jaga anak. Risau, tambahan pula sudah banyak kes yang melibatkan deraan anak oleh pengasuh. Lagi teruk sampai ada kes liwat dan rogol dengan ahli keluarga pengasuh. Nauzubillah… moga anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Buat mak ayah yang masih bimbang memikirkan tentang pengasuh, jemput baca tip daripada ibu muda Puan Nadia Bakar, yang mana dia juga meletakkan anak di rumah pengasuh dengan mengamalkan beberapa tip ini. Mungkin ini rezeki. Kesemua pengasuh yang kami dapat baik-baik belaka. Dah ramai juga bersilih ganti waktu pengasuh tetap perlu bercuti, tetapi semuanya sangat bagus dan menyenangkan.
Alhamdulillah.
.
Biasanya ada 7 perkara yang saya sentiasa buat ketika di dalam proses mencari dan apabila sudah berjumpa pengasuh yang terbaik buat anak-anak saya.
1. Sentiasa mulakan dengan doa
Saya belajar tentang “doa dulu” sewaktu nak cari pengasuh lepas bersalinkan anak kedua, Annur. Waktu tu memang “terpaksa” minta sungguh-sungguh pada Allah sebab pengasuh yang sepatutnya kami dah janji nak jumpa tiba-tiba dapat kerja di tempat lain. Ya Allah!
Lagi seminggu saya dah nak masuk kerja semula ni. Mana pulak nak cari pengasuh dalam masa yang singkat? Dalam pada susah hati tu, tiba-tiba terdetik. “Apa kata aku cuba doa yang spesifik?” Waktu tu saya minta nak pengasuh yang baik, sama wavelength, yang boleh tolak ansur dengan kami, yang sayang anak kami macam anak dia sendiri.
Walau kita usaha macam mana sekalipun, tetaplah perlu minta petunjuk Allah sebab Dia jauh lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan? Jadi, nak tak nak kena letak doa sebagai usaha pertama. Nak tahu, esoknya kami dapat pengasuh yang sama macam dalam doa saya. Sampai hari ni pun masih meremang lagi bila cakap pasal pengasuh yang ini.
2. Sentiasa kenali pengasuh
Bab ni paling penting. Walau macam mana sibuk sekalipun, mesti selidik dulu siapa yang bakal menjaga anak-anak sementara kita pergi kerja. Risik-risik daripada jiran tetangga pengasuh juga. Inilah orang yang akan gantikan kita sebagai ibu bapa setiap hari. Pengasuh bukan semata-mata jaga makan minum anak kita saja tau. Secara tak langsung mereka juga terlibat dalam proses membina diri anak kita. Pakat-pakat dengan suami, pergi ke rumah pengasuh. Sembang-sembang. Dari situ kita dapat gambaran macam mana tempat yang anak kita akan duduk nanti.
3. Upah pengasuh
Biar pengasuh yang tetapkan harga. Muliakan perkhidmatan mereka. Kita tak perlu pandai-pandai nak letak harga dulu. Jika rasa kurang mampu dan nak minta kurang, mohon budi bicara pengasuh dan sertakan sebab kita sekali. Secara fitrahnya, orang takkan buat sesuatu tanpa kita bagi tahu sebabnya. Ada rezeki, pengasuh pun faham dan rela untuk kurangkan harga.
4. Mudahkan kerja pengasuh
Bekalkan makanan, pakaian dan keperluan asas anak-anak secukupnya. Kalau tak cukup, pengasuh pun susah hati. Contohnya, jika anak menyusu susu perahan. Tuang siap-siap ke dalam botol untuk sekali minum (per feeding). Mudah untuk pengasuh terus beri anak kita susu nanti.
Tidaklah pengasuh merungut di belakang kita sebab dia rasa susah bagi susu perahan beku yang perlu dicairkan terlebih dahulu sedangkan anak kita dah meraung-meraung kelaparan. Mana nak kisahkan susu lagi, anak kita lagi. Saya pernah terbaca kisah pengasuh yang suruh si ibu belikan susu tepung sebab susah nak handle susu perahan. Sedangkan tinggi harapan kita nak menyusukan anak dengan susu perahan sampai 2 tahun. Mudahkan kerja orang, Tuhan akan mudahkan urusan kita kan?
5. Hargai dan sayangi pengasuh
Kita rasa kalau majikan layan kita baik-baik macam keluarga dia sendiri, kita gembira tak? Bila pergi bercuti, beli buah tangan untuk pengasuh. Bila dapat bonus, hulurlah sedikit bonus juga. Bila dekat-dekat raya, beri duit raya. Boleh juga bayar lebih sikit setiap bulan sebagai sedekah. Sesekali bawa pengasuh makan best-best di luar. Untung-untung Allah lapangkan pintu rezeki buat kita dan jadi saham di akhirat nanti. Bukan senang tugas seorang pengasuh. Kita yang ibu bapa kandung ni pun berapa kali dah bertukar jadi “mak pak kau hijau” kat rumah kan?
Bila pengasuh gembira, selalunya dia akan jauh lebih gembira dan redha untuk jaga anak-anak kita. Silap-silap hari cuti pun dia minta hantar anak-anak ke rumahnya. Serius.
6. Jangan sesekali menipu
Bab ni paling dibenci oleh sesiapa pun kan. Kita sendiri pun tak suka ditipu. Jadi, kalau kita ada hal peribadi di luar yang menyebabkan pengasuh terpaksa jaga anak kita lebih masa atau waktu yang sepatutnya pengasuh cuti (selalunya hujung minggu), cerita betul-betul pada pengasuh.
Makcik, hari ni saya cuti. Tapi saya kena pergi Damansara, ada urusan peribadi sikit. Selalunya pengasuh boleh bertolak ansur kalau kita ni banyak menyenangkan dia. Malah dia sentiasa berbesar hati untuk tolong kita.
7. Teruskan berdoa dan berdoa
Bila kita dah pun usahakan apa yang patut, jangan lupa untuk berdoa buat pengasuh dan anak-anak kita. Setiap hari. Doakan pengasuh diberikan kesihatan yang baik, diluaskan pintu rezeki dan dipermudahkan segala urusannya. Semoga Allah pelihara keselamatan pengasuh dan anak-anak kita sepeninggalan kita untuk bekerja. Boleh juga amalkan doa dengan Asmaul Husna.
Ya Hafiz, Ya Hafiz, Ya Hafiz, Ya Allah. Ya Allah yang Maha Memelihara. Kau peliharalah keselamatan pengasuh dan anak-anak kami. Hanya Kau sebaik-baik pemelihara.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Korang Kena Tahu 5 Perkara Bila Pilih Make Up Artist Untuk Majlis Kahwin
Yang menaikkan seri wajah korang untuk majlis kahwin tak lain tak bukan tentulah mak andam atau make up artist. Banyak kepentingan mengambil make up artist ni sebenarnya. Dan salah satu sebab nya ialah menyembunyikan cela yang ada pada wajah. Selain itu, ada juga sesetengah make up artist yang pandai mendandan rambut dan juga menggayakan tudung korang.Tapi sebelum mengambil make up artist, ini 5 perkara yang perlu korang tahu.
- Tempahan awal – Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat Mak Andam atau Make-up Artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan budget anda.
- Test make-up/pre-wedding makeup – Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan Mak Andam atau Make-up Artist yang dipilih.
- Hanya anda seorang – Pastikan agar Mak Andam/ Make-up Artist anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan Mak Andam/ Make-up Artist anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan.
- Berbincanglah – Pastikan anda dan Mak Andam/ Make-up Artist anda berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan Mak Andam/ Make-up Artist menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan Mak Andam/ Make-up Artist) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda!
Cerewet biar kena tempatnya – Dalam menetukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik; anda dan Mak Andam/ Make-up Artist anda pasti akan mencapai solekan yang diingini. Ingat, cerewet biar kena tempatnya!
Kredit : ikahwin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI