Pelamin adalah salah satu must-have-list bagi setiap pasangan pengantin yang sedang membuat bajet perkahwinan mereka. Fungsi utama pelamin adalah sebagai tempat/pentas untuk pengantin bersanding, bergambar bersama keluarga, tempat untuk menyarung cincin dan sebagainya. Kiranya, kalau ada pelamin ni, bertambah seri sikit majlis.

Kalau anda google, anda akan jumpa banyak tips-tips tentang pelamin. Contohnya, tips menempah pelamin, tips menghias pelamin, tips memilih pelamin, tips buat pelamin DIY dan banyak lagi. Jadi, ramai yang telah berkongsikan idea tentang pelamin, jadi kami hanya ingin kongsikan PERKARA YANG DILARANG LAKUKAN KETIKA MENGHIAS PELAMIN.

Jurugambar ini telah kongsikan beberapa larangan yang perlu dipatuhi supaya anda tidak tersilap menghias pelamin anda, kalau tidak ia mendatangkan masalah kepada hasil gambar nanti.

Jurugambar Ini Kongsi Larangan Yang Perlu Anda Ikut Supaya Pelamin Nampak ‘ On Point’
Antara Perkara Yang Dilarang Lakukan Ketika Menghias Pelamin:

1) Dilarang Memasang Spotlight Direct ke Arah Pengantin

Bagi mereka yang suka berangan macam artis depan kamera ni, mereka juga suka sangat sekiranya lampu spotlight menghala kearah mereka. Konon-konon ada Nur yang menyinari muka mereka gituu. Di mata fotografer pula, lampu-lampu spotlight ini amat menyakitkan hati mereka. Especially, warna merah, kuning dan biru.

Di mata kasar, lampu spotlight ini memang nampak cantik dan sebagai penyeri pelamin dengan warnanya yang berwarna-warni. Tetapi, lampu-lampu spotlight ini akan memberi pengaruh yang besar di dalam gambar anda. Sebagai contoh, sekiranya anda memasang lampu spotlight berwarna merah, seluruh dewan/pelamin termasuk pengantin akan berwarna merah.

Buat penat je hire MUA mahal-mahal, bila dalam gambar muka pengantin berbelang warna merah. Warna-warna spotlight ini agak sukar untuk di edit. Justeru, ia menjadi masalah besar kepada designer untuk mencantikkan gambar anda, kerana warna spotlight itu tidak dapat dihilangkan.

Seeloknya, sekiranya anda ingin lampu-lampu berwarna, anda boleh letakkan ia dibahagian belakang pengantin ataupun disebalik tirai dibahagian belakang pelamin yang berwarna putih. Bukan menghala ke muka pengantin. Hanya spotlight warna putih sahaja yang dibenarkan di hala ke arah pengantin. Pengcahayaan yang baik juga perlu untuk fotografer mengambil gambar yang cantik. Warna lampu yang di pilih haruslah yang bersesuaian ye. Dengan cara ini, pelamin anda akan bertambah seri serta tidak merosakkan gambar untuk album perkahwinan anda nanti.

Jurugambar Ini Kongsi Larangan Yang Perlu Anda Ikut Supaya Pelamin Nampak ‘ On Point’

Ads

2) Dilarang “Over” Menghias Pelamin

Kebiasaannya pelamin yang minimalist dan simple lebih nampak cantik dan eksklusif. Untuk menampakkan ruang pelamin yang luas, pemasangan langsir berona putih dan tinggi diseluruh bahagian pelamin, serta menutupi bahagian dinding akan menampakkan keluasan pada pelamin.

Jangan disaratkan pelamin dengan terlalu banyak aksesori atau segala perabut. Cukup sekadar sofa panjang untuk tempat duduk pengantin dan sedikit hiasan seperti bunga hidup. Pelamin yang terlampau sarat dengan barang hiasan akan menenggelamkan “objek” utama iaitu Pengantin. Lebih-lebih lagi kalau pengantin yang kecil molek.

3) Dilarang Menggunakan Warna yang Gelap

Pelamin anda seeloknya berwarna cerah, Paling selamat adalah dengan menggunakan warna pastel. Sekiranya anda menggunakan warna gelap ia akan memberi ruang yang nampak sempit. Bagi anda yang mempunyai tema perkahwinan seperti hitam putih, pastikan anda memperbanyakkan warna yang cerah. Supaya, pelamin anda tidak nampak kusam.

Jurugambar Ini Kongsi Larangan Yang Perlu Anda Ikut Supaya Pelamin Nampak ‘ On Point’

4) Dilarang Menggunakan Kerusi Pelamin Yang Makan ‘Space’

Ads

Tahulah korang ni Raja Sehari, tapi janganlah sampai kerusi pelamin pun nak macam Raja. Pilihlah kerusi yang sama padan dengan size kita. Kerusi yang paling ideal ketika pengantin duduk adalah, lutut sama rata atau rendah sedikit dari pinggang. Bagi yang berbadan genit, jangan sesekali duduk di atas kerusi yang tinggi, siap boleh hayun-hayun lagi kaki. Pastikan anda mencuba dulu kerusi sebelum majlis ok? Jangan sampai time majlis, baru sedar tersilap pilih kerusi.

5) Dilarang ada Tiang/Perabot/Frame Disekitar Pelamin

Untuk mereka yang membuat pelamin di dalam rumah, silalah pastikan ruang dalam rumah anda dikosongkan terlebih dahulu. Kalau boleh, perabot-perabot di dalam rumah, disimpan dahulu di dalam bilik, ataupun diletakkan diluar rumah. Ini kerana, perabot-perabot ini akan membataskan fotografer untuk mengambil gambar pengantin. Kalau perabot-perabot rumah masuk dalam gambar kan tidak lawa.

Lagi satu, frame yang tergantung dirumah perlu dilindungi dengan tirai putih atau diturunkan sementara. Hal ini kerana, apabila frame tergantung dalam kawasan pelamin, ia akan menyebabkan ketidak seimbangan pada pelamin dan ia juga akan memburukkan lagi hiasan pelamin yang sedia ada.

Jurugambar Ini Kongsi Larangan Yang Perlu Anda Ikut Supaya Pelamin Nampak ‘ On Point’

6) Dilarang Memasang Pelamin Di Ruang Kecil

Ads

Bagi rumah yang kecil, anda digalakkan untuk memasang pelamin di luar rumah. Sekiranya anda memasang pelamin di dalam rumah, ia akan membataskan grouping shot keluarga anda. Bagi keluarga yang ramai, pelamin akan terlindung ketika mengambil “grouping shoot” nanti.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : sbxs.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI