Nak kahwin awal atau lambat, itu bukan satu isu. Biila jodoh sampai awal, teruskan jika rasa sudah bersedia dan kalau belum jumpa orang yang tepat, fokuslah apa yang ada depan mata. Jangan kalut.
Hidup berumah tangga bukan satu pertandingan, cuba renungkan perkongsian saudara Hezry Yasin, ada betulnya dan mungkin boleh betulkan pemikiran anda di luar sana tentang jodoh dalam hidup.
“Kahwin la muda-muda ni. Nanti dah tua baru kahwin, anak baru nak membesar”.
Ini pandangan orang lama, baginya kalau kahwin awal maka dapat anak awal. Bila dah berusia, tak perlu susah-susah bekerja untuk tanggung anak sebab waktu tu anak pun dah besar-besar dan mungkin ada yang dah mula bekerja untuk bantu kita.
Tapi selepas beberapa tahun berumah tangga dan masih belum dikurniakan cahaya mata (tahun ni tahun ke-11), pemikiran saya tidak lagi sama seperti pekerja bank tersebut.
Kami berkahwin di usia agak muda, namun saya dan isteri masih belum direzekikan cahaya mata.
Buat anda yang risau tentang belum jumpa jodoh, jangan kalut ikut pendapat orang.
Pasakkan cara pemikiran baharu iaitu; LAIN ORANG, LAIN REZEKINYA. Allah tak pernah menjanjikan semua orang sama perjalanan rezekinya.
Tak semestinya umur 25 kena kahwin, umur 35 kena jadi pengurus, umur 40 kena ada 2 biji rumah, umur 50 dah ada 1 juta simpanan dalam bank dan jadi ‘financial freedom’.
Tak! Tak! Dan TIDAK!
Ada orang kahwin umur 22, lepas 10-15 tahun pun belum ada rezeki anak.
Tapi, ada orang kahwin umur 37, tahun pertama kahwin dah direzekikan anak.
Ada orang sebelum umur 30 tahun dah jadi jutawan, tup tup, umur 40 pula diuji dengan bankrupsi.
Ada orang bekerja dari umur 20 tahun, sampai umur 60 baru direzekikan jadi jutawan.
Life is not a race!
Lain orang, lain masa dan rezekinya. Allah tak pernah suruh kita berlumba dan menjanjikan yang kita akan mencapai kejayaan yang sama dalam hidup.
Allah hanya suruh kita berusaha! Allah sediakan trek yang berbeza dan tersendiri untuk setiap hamba-Nya.
Ada orang trek kehidupannya agak lancar, ada yang berliku. Ada yang treknya panjang (umur), ada yang pendek.
So stop comparing yourself to others!
You do you!
Ya, paling senang, bersyukur lah dengan cara kita sendiri. Bahagia apa yang Allah hantar dulu, hargai dan raikan kebahagiaan orang lain. Jangan cemburu dan beratkan kepada fikir soal jodoh.