Kahwin awal bukan penentu bahagia. Ada yang kahwin tak sampai 2 tahun terus bercerai. Sebaliknya ada yang kahwin lambat tetapi bahagia sampai ke tua.
Malahan ada suami yang curang sewaktu isteri sedang hamil, ada pula yang main kayu tiga semasa isteri sedang berpantang.
Tidak kurang ada yang dapat suami penagih dadah. Jenis baran dan kaki pukul. Salah sedikit naik kaki tangan.
Belum dicerita yang menjadi biawak hidup. Isteri bekerja siang malam, suami pegang kad bank bergaya bukan main dengan wang isteri.
Kisah rumahtangga ini bermacam ragam. Baik lelaki, baik perempuan.
Ada sahaja yang kahwin kemudian menyesal kahwin. Nak sangat bercerai cepat-cepat. Rela hidup sendirian dari menderita akibat sebuah perkahwinan.
Begitulah.
Jadi jangan gelojoh kisahkan pasal jodoh, tetapi kalau nak tip mencari jodoh, boleh pegang pesanan ini:
Jika calon pasangan kita itu sudah menunjukkan sifat yang buruk dari awal, maka adalah lebih baik untuk kita menamatkan hubungan tersebut setelah cuba menasihati tetapi dia tidak berubah. Move on!
Macam mana nak tahu awal-awal seseorang itu bukan jodoh kita?
Dia yang meninggalkan kita ketika kita sengaja menunjukkan keburukan kita, kekurangan kita, kelemahan kita dan kesalahan kita untuk menguji dia. sejauh mana dia seorang yang mempertahankan sesuatu dan cuba memperbaiki atau dia seorang yang mudah berputus asa untuk mencari yang lain.
Dia juga bukan ikhlas untuk bersama kita ketika itu di dalam apa jua situasi atau kondisi kerana dia ada secebis prasangka buruknya terhadap kita.
Tapi bila seseorang yang ikhlas dan ada sifat penyayang dalam diri dia kepada orang lain, dia ehsan cuba mengajar kita cara memperbaiki diri kita, terutama jika dia berlainan jantina dengan kita, mungkin dia adalah permulaan langkah pertama jodoh kita.
Ingatlah. Kita merancang Tuhan juga merancang. Dan perancangan Tuhan itulah sebaik-baik rancangan.
Siapa tahu kahwin lambat itu lebih bahagia dan berkekalan lama berbanding kawan-kawan yang kahwin awal?
Tiada siapa tahu perancangan Tuhan. Maka sentiasa bersangka baik denganNya dan terus berusaha.