Keluarga adalah teras dan asas dalam perhubungan antara manusia dengan manusia. Jika hubungan keluarga sudah berantakan, maka hancurlah hubungan-hubungan yang lain. Dan di dalam sebuah rumah tanggalah tegaknya kepimpinan seorang lelaki bernama suami. Jangan harap seseorang mampu memimpin ummah sebelum berjaya memimpin orang rumah.
Apabila berbicara tentang perkahwinan semua menganggapnya indah, namun sedarkah mereka dalam sesebuah perkahwinan ada turun naiknya. Ini pesanan buat ketua rumah tangga, dan imam buat keluarga oleh Pahrol Mohamad Juoi.
Sebuah rumah tangga juga bolehlah diumpamakan sebagai sebuah kapal yang sedang belayar. Suami ialah nakhodanya. Peranan nakhoda sangat penting kerana dia bukan sahaja perlu memastikan keselamatan para penumpang tetapi pada masa yang sama dia perlu memastikan kapal yang dikemudikannya itu sampai ke matlamat. Begitulah suami, dia mesti menyelamatkan isterinya daripada kesengsaraan hidup dunia sekali gus mencapai keredaan Allah di akhirat.
Rasulullah SAW berpesan terus kepada suami: ”sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Sehubungan dengan itu terdapat beberapa keperluan (zahir dan batin) yang mesti diusahakan oleh seorang suami sebagai melengkapkan infra struktur dan prasarana dalam menyara hidup, mendidik dan memimpin isterinya. Tugas memenuhi keperluan ini merupakan tanggung-jawab paling asasi dan faktor yang paling kritikal untuk menentukan kejayaan ataupun kegagalannya dalam sesebuah rumah-tangga.
Ads
PENUHI 4 KEPERLUAN ISTERI
Sebagai imam, suami pada dasarnya wajib memenuhi empat keperluan isterinya.
Pertama- keperluan fizikal dan material, seperti soal makan-minum, pakaian, tempat tinggal dan sakit demam isterinya. Ini merupakan keperluan paling asas. Selagi keperluan ini dipenuhi, maka itu petunjuk bahawa suami masih mahu bertanggungjawab walaupun mungkin ada kelemahan dalam memenuhi keperluan-keperluan yang lain.
Kedua- keperluan akal (ilmu). Para suami wajib mengajar isterinya ilmu fardu Ain. Soal taharah, wuduk, solat dan lain-lain. Adalah menjadi tanggungjawab suami mengenalkan isterinya kepada Allah, Rasul dan lain-lain elemen dalam rukun iman (Tauhid). Kemudian disusuli cara-cara beribadah asas dalam rukun Islam (Feqah) diikuti pengamalan nilai-nilai mulia pada diri (adab & akhlak).
Ads
Ketiga – keperluan emosi. Seorang suami mesti memberi kasih sayang kepada isterinya. Untuk membina dan mengekalkan kasih sayang, maka suami harus menjadi pendengar yang baik pada isterinya. Ingatlah, tanggungjawab pertama cinta ialah mendengar. Suami yang baik ialah seorang pendengar yang baik.
Keempat- keperluan batin atau rohani. Ini bukan sahaja merujuk kepada keperluan seksual, tetapi keperluan mendapat pendidikan dan akhlak yang baik untuk diteladani. Keperluan ini sangat sukar diisi oleh suami sedangkan ini adalah keperluan yang paling utama dibandingkan keperluan-keperluan yang lain. Bukan itu sahaja malah ada suami yang tidak menganggap soal ini sebagai satu keperluan pun. Apa yang dipentingkan hanyalah keperluan fizikal dan akal semata-mata.
Islam juga sangat mementingkan persoalan ini berdasarkan perintah Allah dalam Al Quran:“Wahai orang yang beriman, selamatkanlah diri mu dan keluarga mu daripada azab api neraka.”
Ads
Ada suami yang bertungkus lumus memenuhi keperluan fizikal dan akal isteri dengan anggapan mereka sudah pun menjalankan tugas suami dengan baik, sedangkan pada hakikatnya mereka bukanlah suami yang baik kerana mengabaikan keperluan emosi dan hati isteri. Sebab itulah tidak hairan jika kita dapati ramai isteri yang tertekan emosi dan terdera jiwanya kerana rohani mereka kosong, tidak pernah terisi.
KAHWIN BUKAN UNTUK SERONOK
Perkahwinan bukan hanya hubungan badan, tetapi merupakan hubungan fikiran, perasaan dan hati antara suami isteri. ‘Orang rumah’ bukanlah wanita yang hanya tinggal serumah tetapi sama-sama mendirikan sebuah rumah tangga.
Suami seharusnya sentiasa ingat, isterinya adalah seorang wanita yang telah meninggalkan ibu, bapa dan seluruh anggota keluarganya untuk hidup bersama kita. Untuk mendapat haknya yakni kesetiaan dan kepatuhan, seorang suami perlulah terlebih dahulu menunaikan hak isterinya.
Ingatlah, sukar bagi seorang suami ke syurga sekiranya isterinya tidak ikut serta. ‘Lesen’ seorang suami ke syurga hanya dapat dimilikinya setelah dia ditanya tentang segala tanggungjawabnya melindungi, memimpin dan menyayangi isterinya.
Ayat Quran yang berbunyi, “selamatkanlah diri mu dan keluarga mu daripada api neraka” sesungguhnya ditujukan untuk pertama dan paling utama ialah kepada para suami!
Sumber : JK PEKA IKRAM
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salah satu cara menangani perkara ini termasuk menggalakkan pasangan untuk menambah kelahiran melalui bantuan perubatan,namun kos rawatan tersebut amat tinggi, dengan rawatan persenyawaan luar rahim atau ‘in-vitro fertilisation’ (IVF) bermula dari RM4,000 ke RM30,000 setiap kitaran.
KWSP kini membolehkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk rawatan subfertiliti. Pengeluaran Rawatan Kesuburan merupakan inisiatif perluasan di bawah Pengeluaran Kesihatan KWSP.
Pengeluaran ini diperkenalkan di dalam pembentangan Belanjawan 2020 bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan serta meringankan bebanan kewangan memandangkan kos rawatan yang tinggi.
SYARAT KELAYAKAN Individu yang layak membuat pengeluaran KWSP untuk rawatan kesuburan adalah mereka yang menepati semua syarat berikut:
Warganegara dan Bukan Warganegara Bawah umur 55 tahun Mempunyai simpanan dalam Akaun 2 Pasangan yang sah berkahwin dari segi undang-undang Mendapat rawatan di Institusi Perubatan di dalam Negara sahaja Keperluan Tambahan
Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP * Tidak mendapat rawatan alternatif Rawatan Kesuburan yang dibenarkan: Intrauterine insemination (IUI), In-Vitro Fertilisation (IVF) dan Intracytoplasmic Sperm injection (ICSI) *Semua peralatan perubatan dan/atau ubat yang disarankan oleh doktor (secara bertulis) adalah layak untuk pengeluaran kesihatan dan tertakluk kepada jenis penyakit, yang dibenarkan oleh KWSP
KATEGORI PENGELUARAN & JUMLAH YANG DIBENARKAN Pengeluaran Individu – Jumlah kos rawatan sebenar* ATAU Keseluruhan simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah) Pengeluaran Bersama Pasangan – Jumlah yang dipohon ATAU Simpanan Akaun 2 pemohon masing-masing ATAU Baki kos rawatan setelah ditolak amaun pengeluaran pemohon terdahulu (mana yang lebih rendah) CARA PERMOHONAN Ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran Rawatan Kesuburan di mana-mana Pejabat KWSP dengan melengkapkan Borang Permohonan Pengeluaran Kesihatan KWSP 9D (AHL) berserta dokumen sokongan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN Borang KWSP 9D (AHL) dan Senarai Semak Dokumen Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja) Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun Surat pengesahan daripada majikan ahli dan/atau ahli keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan kos perubatan (jika berkenaan) Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal Laporan Perubatan – Rawatan Kesuburan LPP-2
Untuk maklumat lanjut tentang Pengeluaran Kesihatan-Rawatan Kesuburan ini, layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/health
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila agaknya kali terakhir anda memujuk suami anda? sebenarnya ada satu hal penting anda kena tahu pasal lelaki ni. Walaupun lelaki tidak kuat merajuk seperti perempuan, tetapi rupanya susah jugak nak pujuk mereka ni.
Kadang ada yang pujuk tetap tak jalan. Macam mana? sebab itu kami telah sediakan 10 cara pujuk suami anda ini hanya melalui SMS! mungkin boleh turunkan sikit ego pasangan anda tu. Selamat mencuba!
Keputusan yang paling penting saya pernah ambil dalam hidup ini adalah berkahwin dengan awak. Awak sebenarnya orang terbaik di atas muka Bumi ini! Love you, hubby!
Awak adalah pasangan hidup terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya. Terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik. Awak sangat istimewa <3
Setiap kali saya tutup mata, saya nampak wajah manis awak. Setiap kali saya fikirkan tentang kita, saya tidak pernah tak rasa puas. Saya sangat gembira sebab kenal dan memiliki awak.
Dear hubby, kita mungkin dah bergaduh, dan saya mungkin sudah melakukan kesilapan. Tapi, saya betul-betul mengasihi awak, dan tiada siapa boleh buat kita berpisah! I love you.
Terima kasih sayang sebab bagi saya pandu kereta kegemaran awak, dan layan saya macam princess. Tapi paling penting, terima kasih sebab mengahwini dan mencintai saya.
Jika awak hidup selama 100 tahun, biarlah saya hidup selama 99 tahun saja sebab saya tak rela hidup tanpa awak.
U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U!
Kalau I boleh susun abjad, I nak letak U dekat dengan I
Orang kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi kenapa setiap kali saya dengar suara awak, saya jatuh cinta lagi sekali?
Jika cinta ini dicukai, akulah pembayar cukai paling tinggi!
Cubalah cara pujuk lelaki melalui SMS ini! Mana tahu berjaya dan cair habis ego lelaki tersebut !
Kredit : theasiaparentmalaysia
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebaiknya bakal pengantin elok mandi susu sebelum majlis perkahwinan, ini bagus untuk dapatkan kulit yang lembut dan lebih cerah.
Tak ramai yang biasakan mandi susu sebab mungkin rasa macam membazir. Namun anda boleh jimat jika buat sendiri di rumah, sesuai untuk yang berkulit sensitif.
Tak perlu pun pergi spa sebab tip ini boleh dilakukan di rumah dengan menggunakan susu lembu.
Bakal Pengantin Elok Mandi Susu
Kalau baca, memang hampir kebanyakan produk penjagaan kulit mengandungi bahan SLS yang mana ini akan menghasilkan buih yang banyak sehingga menjadikan lapisan kulit anda kering.
Jadi kandungan asid laktik yang terdapat dalam susu mampu bertindak untuk membersihkan kulit dan mengangkat sel mati serta membantu untuk mencerahkan kulit dengan lebih selamat.
Proses pengelupasan kulit tidak semestinya menyakitkan, dengan adanya susu ini akan memudahkan proses penukaran lapisan kulit baru secara semula jadi. Haa… jadi kalau anda kerap mandi susu, kulit akan lebih lembap dan cerah.
Keanjalan kulit
Bagi anda yang mengalami masalah kulit sensitif, jangan risau kerana susu adalah bahan selamat dah hasilnya akan membuatkan kulit anda tegang secara sihat.
Bahan-bahan mandian susu di rumah:
• 2 cawan tepung susu
• 1/2 cawan tepung jagung
• 1/2 cawan baking soda
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan di dalam bekas, kemudian tutup dan goncang sehingga sebati. Simpan bekas tersebut di tempat sejuk selama satu hari, sekiranya anda ingin mandi, masukkan campuran tersebut bersama air panas ke dalam tab mandian. Nikmati mandian susu anda dengan tenang dan menyegarkan.
Artis Suka Mandi Susu
Uqasha Senrose pun salah seorang artis wanita yang suka mandi susu, tengoklah kulitnya… cantik betul!
Jadikan rutin, barulah ada hasilnya. Cukup sekali dalam sebulan pun dah okay sebenarnya. Cubalah!