Kahwin dah lama tetapi pasangan cukup berkira dalam semua hal. Baik dari segi buat kerja rumah mahu pun kewangan, cukup memenatkan nak sebut berulang kali.
Letih emosi orang perempuan kalau dapat pasangan jenis berkira dan ego dengan ahli keluarga. Malah makin dipendam makin terasa sakit di hati.
Kahwin Dah Lama Tapi Berkira
Agaknya apa yang tak kena dalam hubungan suami isteri sampai si dia cukup berkira dalam semau hal untuk membahagiakan hati orang rumah.
Mungkin ada betulnya apa yang dikongsi oleh Puan Nurul Ilyani ini, jadi untuk baiki rasa yang kurang enak dalam diri jemput baca kisah rumah tangga ini.
Suami Jenis Berkira Dan Ego
Suami yang jenis ego sangat tinggi, berkira dengan isteri dan anak, kemudian duit nafkah pun berkira. Beli harta, tapi simpan untuk orang lain, bukan untuk masa depan anak. Hancur hati dengar kisah ini.
Tip 1
Baiki hubungan dengan suami. Kadang-kadang kahwin dah lama, tapi bonding tiada, yelah sibuk belaka kerja, dengan anak. Bila suami jenis ego, isteri pun rasa geram memanjang. Rasa nak marah je. Macammana nak baiki? Ubah diri sendiri.
Perbaiki hubungan dengan Allah. Kita banyak doa.
Ads
Kawal makan. Cut down gula, 3 in 1, gluten, nasi kurang, semualah. Bila kawal makan, emosi terkawal, inshaAllah.
Kenapa kena kawal emosi, sebab suami hardcore ni, kena banyak berlemah lembut. Tak boleh membebel. Tak boleh judging. Tak boleh ikut kepala ego isteri.
Tip 2
Biasakan minta izin untuk bercakap. Nak bebel ke, nak luah ke, nak apa-apa lah yang rasa nak luah, minta IZIN.
“Sayang, saya ada benda nak cakap, boleh tak saya nak cakap sekarang?”
Bila suami dah ready, baru cakap. Kalau tak diam dulu. Tahan. (Sebab itu kena jaga emosi, bila emosi stabil, kita boleh delay mulut)
Ads
Tip 3
Biasakan bahasa saya, saya, saya. Bukan awak, awak, awak.
Maksudnya kalau nak kata suami sebenarnya pemalas, tak nak tolong buat kerja rumah, jangan gunakan ayat judging.
“Sayang, awak langsung tak nak tolong saya buat kerja rumah! Janganlah malas.”❌ (Ini ayat cari nahas)
Tukar begini:
“Sayang, saya sedih, rasa letih, kerja rumah tak siap, banyak sangat kerja, apa saya nak buat?” ✅ (Ini seek for empathy)
Tip 4
Dilarang bercakap benda negatif atau yang isteri tak puas hati masa makan. Pantang.
Tip 5
Bila suami sudah suka dengan approach isteri, baru mula request benda lain, macam nak ajak dia buat simpanan pendidikan anak dan sebagainya. Nak request kena tengok masa dan minta izin.
Tip 6
“Bila masa nak meluah hal anak-anak, banyak benda nak cerita. Anak-anak buat perangai. Tak tahan nak cerita”- isteri
Ads
Balik kepada tip 2, minta izin. Biasanya balik kerja suami penat. Bila dia penat, dia diam, tengok handphone, masuk bilik. Lagi-lagi suami bukan family man.
Dalam kepala dia kerja-kerja, bisnes-bisnes. Anak tiada dalam kepala, isteri apatah lagi. Jadi, JANGAN BERCAKAP waktu ini.
Contoh: Saya selalu share cerita seminggu, masa kami keluar outing dengan anak-anak hujung minggu. Suami balik kerja memang saya diam. Cuma tanya nak makan atau dah makan?
Kemudian ready solat semua, tidurkan anak-anak. Cerita seminggu, cerita pada certain masa yang saya dan suami selesa. Saya simpan cerita.
Kalau saya stress atau anak buat perangai pun, saya simpan sementara. Kalau setakat nak meluah, saya tunggu masa yang sesuai. Sebab tu kena pandai kawal emosi dan cakap bila perlu. Baru boleh delay mulut, pada masa yang sama kita tak stress.
Ingat selalu, bila kita kahwin, suami adalah pemimpin yang akan bawa keluarganya ke syurga. Jadi, penting pilih suami yang baik sebelum kahwin. Kalau sudah terkahwin, sama-sama dorong suami jadi baik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau sudah jodoh, meskipun sudah berpisah, kasih sayang itu akhirnya bertaut kembali. Berkahwin semula dengan pasangan yang pernah berpisah sebelumnya bukanlah satu perkara yang mudah.
Ini membuktikan betapa kuatnya cinta pasangan ‘istimewa’ ini. Pernah hidup bersama sebagai suami isteri, kemudian berpisah dan akhirnya bersatu kembali sebagai suami isteri.
Melalui satu perkongsian seorang pengguna media sosial, dia berkongsi momen bahagia berkahwin semula dengan bekas suami selepas 16 tahun berpisah.
Okey lah.. hari ni ibu tunaikan permintaan.. Ramai yg pm_dm_wasap tanya sape cinta ibu…
Dia adalah Ayah kepada anak ibu.. amni… Kiranya My First Love ibu lah… Semuanya takdir ALLAH dan JODOH kami masih kuat…
Ibu harap semua doakan yang baik baik… Dan ibu post sebab ibu tak nak timbulkan fitnah Ibu harap semua dapat respect ibu sebagai isteri orang dan jaga lisan bersama…
Menurut Miznur888 dia dan suaminya pernah berkahwin pada tahun 2000. Jodoh mereka tidak panjang. Mereka telah dikurniakan seorang anak tunggal. Selepas 16 tahun jodoh mereka kembali bertaut dan mengambil keputusan untuk bernikah semula.
Anak tunggal kami.. hasil cinta kami Nur Amni Binti Mohd Azami…
Miznur888 juga bercerita tentang adik beradiknya yang ketika dia bernikah kali pertama masing-masing masih bersekolah. Sekarang ketika dia kembali bergelar isteri, mereka sudah menjadi insan-insan yang berjaya.
Tahun 2000 masa kami suami isteri.. adik beradik ibu masih sekolah lagi… sekarang adik beradik ibu semua berjaya.. Abg sulung manager bank, adik ibu nina Engineer Petronas, Aiman Polis nakotik, Azim ada gudang frozen, Neem manager at tuty beauty house… ibu hanya insan biasa🤲 moga ALLAH sentiasa lindungi, rahmati dan berkati keluarga kami♥️
Perkongsian yang dibuat telah mendapat perhatian ramai warga maya. Rata-rata tumpang gembira dengan pernikahan wanita itu.
Berikut antara komen-komen yang dititipkan oleh warga maya:
Alhamdulillah. Tahniah ibu. Percaturan Allah siapa yang tahu. Semoga ibu lebih bahagia. Walaupun xpernah sekali pun sy komen di ig ibu, tp sy suka tgk story & gmbr² ibu.
Semoga kebahagiaan milik ibu bersama yg tersayang selamanya . Ameen yra 🤲
Semoga ibu berbahagia sampai syurga Allah.
Alhamdulillah , selamat pengantin baru kaknor 🥰🥰🥰 semoga ikatan perkawinan kaknor kekal hingga ke jannah aamin.
Sudah bertahun menanti zuriat, pelakon dan penyanyi Marsha Milan dan suami nekad untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) untuk salah satu usaha mendapatkan anak.
Marsha Milan Nekad Jalani IVF
Melalui perkongsian Harian Metro, Marsha dan suami yang sudah pun tujuh tahun menanti mencapai kata sepakat demi untuk zuriat mereka yang dinantikan sekian lama.
“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya merancang untuk menjalani rawatan IVF tahun depan.
“Saya sudah membuat penyelidikan di beberapa pusat rawatan yang boleh mengikut syarat-syarat ditetapkan suami selain ada bertanya kepada rakan-rakan artis.
“Kos rawatan IVF ini mencecah lebih lima angka tapi ia bukan masalah utama sebaliknya saya perlu persiapkan diri daripada segi mental dan fizikal.
“Sebab itu saya fikir panjang dan perlu ambil masa yang tepat untuk melakukannya,” katanya.
Akui Marsha lagi, dia sememangnya seorang yang berfikiran positif malah tidak tertekan dengan pertanyaan orang sekeliling mengenai soal zuriat.
Malah dia tambah semangat dengan sokongan peminat yang selama ini mendoakan zuriat buat dirinya.
“Saya minta mereka doakan dan itu juga cara terbaik untuk saya berfikiran positif. Saya tak tertekan dengan pertanyaan orang sebaliknya lebih kepada diri sendiri kerana siapa yang tidak teringin nak zuriat,” katanya.
Sekadar info, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful pada 31 Disember 2015.
Emosi yang sihat amat penting dalam menjalani kehidupan harian. Apabila emosi terganggu perjalanan hidup seharian kita juga akan terjejas. Maka sebab itulah amat penting untuk kita memastikan emosi berada dalam keadaan stabil.
Dalam sebuah perkahwinan juga, adakalanya anda di antara kita mengalami gangguan emosi. Jika anda terus-terusan mengalami gangguan emosi, segala yang dilakukan terasa begitu hambar dan tidak bermakna.
Penderaan emosi dalam perkahwinan ada kalanya tidak disedari bila ianya bermula.
Sedar-sedar, anda dah mula menangis, depresi, sangat kecewa, hilang arah dan sebagainya.
Mungkin tanda-tanda ini boleh buat anda sedar yang anda mungkin sedang didera secara emosi.
1. Anda keliru tentang perasaan pasangan. Mulut kata sayang, tapi selalu ulang benda salah yang sama. Buatnya berkali-kali, kemudian minta maaf dan berkasih sayang. Tak dinafikan, setiap kali marah itu akan bertukar sayang.
2. Anda lebih mempercayai dia berbanding diri sendiri. Ini terhasil dari manipulasi pemikiran dan perbuatan pasangan yang termanya ialah gaslight. Apa yang anda nampak dan fikirkan sentiasa dinafikan dengan bersungguh-sungguh. Sampai anda sukar nak pastikan yang mana betul, yang mana salah.
Dia juga akan buat sesuatu benda itu seperti tidak pernah terjadi. Macam takde apa-apa. Macam anda yang berlebih-lebih dan yang paling menakutkan, dia buat macam kita yang wujudkan situasi tu dalam minda.
3. Hari-hari anda disajikan dengan idea yang anda tidak boleh hidup tanpa dia. Sama ada berkenaan tiada siapa yang mahukan anda, atau dari segi apa yang anda kecapi sekarang adalah disebabkan sokongan dari dia.
4. Semua kesalahan akan berbalik kepada anda. Walaupun nampak jelas itu salah dia, tapi dia akan pusing yang itu salah anda. Sampai satu tahap, anda jadi malas nak tegur sebab akhirnya anda jugak yang salah.
5. Dia akan pisahkan keluarga dan sokongan dari luar. Ini akan menyekat sebarang kebangkitan jiwa yang mungkin berlaku. Anda akan bertarung seorang diri dan ianya sangat memenatkan.
6. Apa yang anda buat tidak pernah cukup bagi dia. Walaupun anda rasa dah berjaya, dah capai tahap yang hebat, tetapi dia akan memperkecilkan kejayaan tu. Umpama kejayaan tu tak beri apa erti pun. Ini sedikit sebanyak akan membunuh semangat anda.
7. Segala tindak tanduk anda akan diawasi. Dia akan sentiasa mencari kesalahan walaupun benda tu tak wujud. Ayat-ayat sinis selalu keluar dari mulutnya mengulangi kesalahan yang tidak wujud tu.
8. Ada waktu yang dialah pasangan paling hebat, paling romantik dan sebagainya. Pada waktu itu anda akan rasa sangat dihargai sehingga terlupa benda-benda negatif sebelum itu.
9. Dia suka berjanji dan menjual masa hadapan yang indah-indah. Apabila anda didera secara emosi dan sering dimanipulasi, anda akan sentiasa berharap dan mengimpikan yang dia akan berubah. Penantian ini akan berpanjangan sehingga anda tidak ada daya lagi untuk melawan.
Nombor 10, saya biarkan untuk anda isi.
Hidup dengan orang yang mendera emosi ini umpama satu larian marathon. Kita akan sentiasa mempersoalkan kekuatan diri. Ada kalanya ia menjadi terlalu penat dan kita mengalah.
Jika anda biasa lalui perkara ini, kuatkan diri dan berubahlah. Mulakan dengan diri sendiri dahulu. Anda layak untuk bahagia.