Perkahwinan adalah antara momen terindah dalam hidup setiap insan yang sudah mendirikan rumah tangga. Pastinya majlis perkahwinan adalah majlis yang paling penting buat bakal pengantin.
Namun, ada juga yang terpaksa menangguhkan perkahwinan oleh kerana kos perbelanjaan yang terlalu tinggi. Sehingga ada yang sanggup mengikat perut untuk mengumpul duit kahwin. Ikuti perkongsian daripada Facebook Nor Syahidah tentang bagaimana beliau menguruskan hal perbelanjaan kos kahwin.
Assalamualikum, harini sya rasa nak share sikit bajet yang habis untuk majlis perkahwinan sya haritu. Memang sya bajet semua, tak minat over. Simple but nice je .
Sharing is caring untuk bakal pengantin, tak perlu takut untuk kahwin yer . Semua takut sebab punca utama adalah duit, tp kalau kita pandai pilih okay je. Tak perlu habiskan duit hingga puluhan ribu. Ikut bajet masing masing
Okay tak bawah ni sya nyatakan semua kos :
1. Mas kahwin
Di negeri Kelantan, hanya wang hantaran sebab mas kahwin tidak ditetapkan kecuali negeri lain. Wang hantaran ni untuk pengantin perempuan sepenuhnya. Melainkan pihak perempuan setuju untuk membelanjakan wang tersebut untuk belanja kenduri.
2. Hantaran
Yang ni sya okay je, tak nak membazir. Beli barang yang kita guna je, tak mahal pun takpe. Bergantung pada individu . Sya buat 7 dulang berbalas 7 je.
Ini contoh belanja barang hantaran (par):
* Kain pasang – Sponsor
* Handbeg – Beli ig Charles keith RM150
* Set Mandian – SASA RM55
* Telekung & Sejadah – MIL Sponsor
* Coklat duty free – RM80
* Pulut kuning – Nenek buat
* Sireh junjung – Sebab merisik skli tunang haritu tak bawa, so kita ikut adat
Total : RM 285
3. Cincin
Sebagai hadiah untuk pengantin perempuan, bajet maksimum 500-800 . Tapi yang ni sya berkenan cincin italian, so sya tambah RM300 je . Yang lain husband sya bagi. Sya tempah dekat Wan Hussin Wan Zaki (Kedai dkt restoren Wau kb)
Total: RM300
4. Bridal – Warna Warni Bridal
Pelamin ni sya booking dengan WWB, memang servis tiptop. Harga dengan kualiti setanding. Bajet ikut kemampuan customer, boleh bagi gambar contoh mcm mana nak. Kalau yg latest dari bridal lain pun takpe. Kalau dapat buat dia buat . Bagus sgt 😍
RM2500 pakej sya ambil termasuk :
* Pelamin
* Full carpet
* Baju sepasang
* Makeup 1x
* Stage par
* Meja beradap
* Payung
* Pelapik nikah
* Bunga tangan
* Accessories
Ads
Berbaloi tak? Hahahaha
Berbaloi sangat. Cantik, theme gold white campir hijau daun je 😋
Total : RM2500
5. Meja beradab
Yang ni pun sya tak perlu keluarkan duit sebab dah termasuk under pakej bridal tadi. Cantik sangat sangat tak perlu keluarkan duit.
6. Baju akad nikah
Baju akad nikah ni sya tempah jahit je, pastu beads tu jahit sendiri. Gigih sebab sebulan tak kerja puasa semua buat sendiri.
Belanja jahit baju :
* Kain duchess jakel (offwhite) – RM100 4M
* Veil – RM18 1M (Sya tak letak bead ke ape, nak simple. Buat bentuk je
* Beads – Cintaku RM30
* Upah jahit – RM90 (Kalau jumpa tailor murah lagi jimat uols. Dgn harga ni baju sya pun memang cantik terletak)
Total : RM238
7. Mekap
Mekap ni sya tak perlu hire sebab under pakej bridal dah ada 1x makeup, so sya guna untuk bersanding. Akad nikah mekap sendiri je, lgpun majlis malam tak lama so simple2 pun dah cukup hahahaha kan?
Total : RM0
Ads
8. Photografi – Hazeem Ghazali
Yang ni sya paling cerewet nak pilih sebab sya nak kualiti gambar yang cantik, tak sangka yang sya dapat pun sangat cantik, Sangat berpuas hati, wowwwww gittew
Khemah ni kakak sya yang sponsor terima kasih sponsor khemah dua biji kos untuk dua ni RM570. Sya dah jimat kat sini
Total : RM0
10. Doorgift
Buntu nak letak apa so sya decide letak apa yang termampu je. Untuk 500pax undangan sya buat ni 700pax, perlu lebihkan sebab tkut tak cukup.
Kos untuk doorgift RM800 macam tu. Ni bergantung pada bajet uols la yer
11. DJ
Ads
Yang ni sya tak hire sebab anggaran RM300-RM450 untuk hire dj. Tak nak membazir, abang ipar tolong handle speaker dan download lagu je. Majlis pun tak sunyi.
12. Baju sanding
Dah termasuk dengan pakej, memang berbaloi sangat. Pelamin cantik + baju cantik
13. Kad kahwin – @ajkadkahwin (Instagram)
AJ Kad Kahwin
Yang ni sya ambil dengan aj kad, tuan senang berurusan. Sya pun orang senang, sya lgi memudahkan kerja.
Sya buat 500pcs RM199 termasuk:
* Kad 500pcs
* Sampul 500pcs
* Banting 1
* Arrow 2 ( Kalau kecil bleh buat 4)
Total : RM199
14. Bunga telur
Bunga telur ni sya beli untuk pihak lelaki dan kawan kawan je 200pcs . Beli kat Rantau Panjang
Total : RM100
15. Jamuan makan
Yang ni buat gotong royong je, kat kg so ramai yang datang menolong. Lauk pun ada sampai ke malam, kalau catering pkul 6 je paling lama.
Anggaran daging ayam semua lepas bayar guna duit (ngele) dari tetamu & sanak saudara. So ma sya perlu tambah RM2000 untuk bahan mentah lain lain untuk dua hari majlis Jumaat malam (Akad nikah) & Sabtu (Sanding) . Lagipun selain gulai ada bubur, laksa, mee celup(lain pada lain skit) dan kuih muih
Total : RM0 (Ma sponsor)
Alhamdulillah semua selesai berjalan dengan lancar tambahan ramai yang support, sya pun biasa biasa je cuma ada keluarga yang tak lokek menolong.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai wanita yang terlalu taksub dalam menjaga kecantikkan luaran dan mengabaikan kecantikkan dalaman. Sebenarnya, kesihatan dalam adalah antara yang paling penting untuk dijaga agar kecantikkan luaran turut terserlah.
Antara aset utama yang penting dalam tubuh wanita adalah peranakkan atau rahim. Ramai wanita yang telah melahirkan anak mengalami peranakkan jatuh, ini bukan masalah ringan, kerana ianya adalah aset yang sangat penting dalam tubuh badan dan berkait rapat dengan keintiman suami isteri.
angan ambil ringan apabila terasa sakit di bahagian belakang, sukar membuang air besar dan terkencing apabila terbatuk. Tidak selesa semasa mengadakan hubungan kelamin kerana berasa seperti ada benda yang turun di bahagian vagina.
Tidak ramai mengetahui masalah sebenar gejala ini sehinggalah ke peringkat agak teruk dan mendesak mereka membuat pemeriksaan doktor. Sebaiknya jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena pada peranakkan anda, sila buat pemeriksaan segera.
Bahasa perubatan dikenali sebagai Uteral Viginal Prolapse (UVP) adalah situasi di mana rahim turun/jatuh dari tempat asal melalui saluran faraj atau kadang-kadang berada di luar saluran faraj.Dianggarkan kira-kira 30% daripada wanita yang pernah bersalin secara normal dan lebih daripada dua atau tiga kali bersalin akan berasa ada simptom-simptom rahim jatuh.
Tiga peringkat masalah rahim jatuh :
1) Peringkat pertama – rahim turun sedikit sahaja
2) Peringkat kedua – rahim sedikit terkeluar pada lubang faraj
3) Peringkat ketiga – rahim terkeluar sepenuhnya. Pada peringkat ini ia boleh mengganggu proses membuang air.
Tip untuk jaga peranakan
1. Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku.
2. Melakukan senaman pelvis amat penting walaupun sejak zaman bujang lagi. Ini menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pasca surgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.
3. Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit yang teruk. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Elakkan meneran di bilik air lebih daripada 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik.
4. Memakai girdle atau sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat.
5. Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik.
6. Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
7. Amal makan jamu sejak anak dara.
Jaga peranakkan anda dengan baik, jangan ambil mudah jika anda mengalami simptom-simptop kejatuhan peranakkan.
Sekian petikan dari bm.com.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit namun kesihatan yang baik, kelapangan fikiran, ketenangan hati, bebas hutang turut boleh dianggap rezeki. Semuanya nikmat Allah yang patut disyukuri.
Tidak sudah untuk sentiasa murah rezeki. Amalkanlah zikir dan doa pembuka pintu rezeki ini dalam kehidupan seharian. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah buka seluas-seluasnya rezeki dari pelusuk bumi untuk kita.
1. Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At-Tabrani)
2. Membaca La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
“Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut di dalam kubur.” (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
“Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surah Al-Ikhlas
“Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya.” (HR. AtTabrani)
5. Membaca Surah Al-Waqi’ah
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Perbanyakkan Selawat ke atas Nabi
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan Beristighafar
“Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Doa Menjemput Rezeki
Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang luas
Yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah.
Jika ada di bumi maka keluarkanlah.
Jika jauh maka dekatkanlah.
Jika dekat maka mudahkanlah.
Jika sedikit maka banyakanlah.
Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.
Ya Allah, kabulkanlah doa kami, Aamiiin
Ya Allah Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga Allah mengabulkan Doa kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa Allah.
Kemampuan setiap orang beramal adalah berbeza. Saranan saya, kalau tidak mampu beramal semua, cuba amalkan satu persatu. Biar sedikit tetapi istikamah. Jangan lupa berdoa kepada Allah SWT agar diberi kemampuan untuk beramal. Kalau tidak mampu beramal semua jangan tinggal semua, nanti kita yang rugi.
Sumber Artikel: Islam Itu Indah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Majlis bersejarah tinggal beberapa hari sahaja lagi akan berlangsung. Tentu banyak perkara yang perlu diselesaikan. Jangan stres dan cuba tarik nafas dalam-dalam agar anda dapat bertenang. Apabila kita dalam keadaan bertenang segalanya dapat dilakukan dengan lebih teratur.
Berikut antara tip penting untuk bakal-bakal pengantin yang perlu diberi perhatian.
Sebelum hari majlis akad nikah:
1) Simpan semua dokumen keperluan dalam satu sampul dan kemudiannya disimpan dalam satu kotak bersama barang kemas/cincin, duit mas kahwin dan sebagainya agar tiada yang tercicir.
2) Perlu tidur awal kerana ianya memberi kesan terhadap emosi anda pada keesokan harinya. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi agar anda nampak lebih selesa dan ceria.
Kredit foto: Pexels
Pada Hari Majlis Akad Nikah:
1) Cuba selesakan diri (ambil mood). Pastikan sentiasa ada teman berborak agar anda tidak terlalu memikirkan tentang majlis supaya anda tidak terlalu gemuruh.
2) Ketika berdepan dengan Imam/Juru Nikah. Sentiasa senyum dan cuba untuk bertenang. Ketika khutbah nikah dibacakan, beri perhatian dan sentiasa senyum.
3) Akad Nikah (ijab dan kabul). Jangan risau. Kebiasaannya wali akan membuat percubaan sebelum membacakan ijab yang sebenar. Pengantin lelaki tidak perlu mejawab tergesa-gesa sambil menahan nafas.
Pada ketika ini, tetamu-tetamu yang hadir juga haruslah mengawal anak-anak untuk tidak berbuat bising dan menangkap gambar terlalu dekat sehingga mengganggu perhatian pengantin lelaki.
Kebiasaannya juru gambar terlatih telah mengambil momen pengantin berjabat tangan dengan wali pada permulaannya dan berhenti menangkap gambar untuk memberi ruang pengantin lelaki menjawab qabul dalam keadaan tidak terganggu.
4) Bacaan Taklik. Jangan risau. Kebiasaannya ada disediakan teks bacaan taklik dalam tulisan rumi. Bagaimanapun, ada juga imam yang menyediakan teks dalam tulisan jawi.
Ini contoh bacaan taklik bagi negeri Kelantan:
“Bahawa adalah saya…….. dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya….. selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama yang tersebut pada hal dia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badanya atau saya tidak mempedulikannya selama empat bulan atau lebih kemudian ia mengadu kepada kadhi/ hakim syarak dan manakala sabit aduannya dan ia memberi kepada kadhi/ hakim syarak bagi pihak saya sebanyak RM 1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu talak khuluk.”
6) Bersalam-salaman dengan ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.
7) Penyerahan Mas Kahwin dan Pembatalan Air Sembahyang. Jangan risau, start dari sini semuanya akan di “guide” oleh jurugambar sehinggalah tamat Majlis Bersanding dan sesi Outdoor.
Memegang Ubun-ubun Isteri.
Doa: Allaahumma innii as-aluka khayraha wa khayra maa jabaltahaa ‘alaihi wa a’uudzu bika min syarrihaa wa min syarri maa jabaltahaa ‘alaihi
Maksudnya : Ya Allah sesungguhnya aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan apa yang Engkau ciptakan pada dirinya.
Perkara yang kadang-kadang nampak remeh tapi memberi kesan kepada seseorang pengantin kerana perkahwinan mungkin hanya berlaku sekali untuk seumur hidup dan kita mengharapkan perkara tersebut satu kenangan yang indah untuk dikenang.
Sekali Lafaz Yang Diidamkan
Persediaan untuk mencapai sekali lafaz akad nikah:
1. Sebutan nama pasangan
Wajib. Wajib hafal nama bakal isteri/nama pengantin perempuan dengan tepat supaya tidak mengganggu atau tidak menjarakkan sebutan kerana kurang yakin dengan nama yang tepat.
2. Cuba kawal rasa gemuruh
Tidak dinafikan. Rasa gemuruh pasti ada kerana anda sedang berdepan dengan antara perkara penting yang ingin disempurnakan dalam hidup. Tip untuk kurangkan rasa gemuruh, jangan hirau orang ramai yang berada di sekeliling. Fokus antara kita dengan wali/imam yang menjadi wakil wali sahaja.
Jika merasakan diri gemuruh, jangan pandang orang di sekeliling atau kawan-kawan yang sedang mengusik di belakang. Pandang imam, bersedia dengan lafaz akad nikah seperti yang dipraktikkan sebelum hari sebenar. Apa yang penting adalah lafaz perlulah TEPAT, JELAS dan TIDAK TERSEKAT-SEKAT/LANCAR untuk tempoh yang lama.
Sekiranya lafaz TEPAT, JELAS & LANCAR pasti anda berjaya menyempurnakan lafaz ijab kabul/akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.
Begitulah serba sedikit tips yang ringkas tetapi boleh memberi sedikit gambaran kepada bakal pengantin lelaki supaya lebih fokus apa yang lebih penting untuk dipraktikkan.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat dijadikan sumber pengetahuan yang boleh diaplikasikan dalam majlis sebenar ke