Bagi pakar pelaburan saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, selepas berkahwin dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, pada September tahun lalu, dia mengakui berasa lebih muda.
Mesra disapa DDNK dan popular menerusi tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ berkata, itu perkara pelik yang berlaku terhadap dirinya yang mana tidak pada perkahwinan pertama.
“Bukan saya mahu salahkan isteri pertama, cuma perjalanan hidup saya seperti itu. Saya belajar daripada perceraian yang berlaku.
Pengalaman hidup dengan isteri pertama dan kedua, masing-masing ada kelebihan. Untuk isteri kedua yang lebih muda ini dia lebih manja, lebih fleksibel, dengar cakap dan tak banyak kerenah. Mungkin rasa hormatnya ada di situ. Tapi, dia juga lebih nakal, kuat cemburu dan kuat merajuk.
“Kalau isteri yang dulu lebih berusia, dia lebih matang, terbuka, bersikap keibuan dan faham kehidupan. Tapi, itu adalah pilihan kita. Keduanya hebat dan perlu tahu apa matlamat hidup. Kita perlukan isteri yang boleh sokong matlamat kita,” katanya.
Pada masa sama, beliau tidak bersetuju dengan gelaran ‘penyondol’ diberikan terhadap wanita yang menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat.
Dek kerana kontroversi perkahwinan kedua pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kaza baru-baru ini, isterinya yang berusia 26 tahun itu juga turut terkena tempias.
“Saya tak bersetuju ‘penyondol’ dalam istilah isteri kedua. Bagi saya ia tidak boleh berlaku sebelah tangan. Tidak boleh rempuh atau santau untuk terus berkahwin. Ia mesti bertepuk dua belah tangan,”jelasnya.
Jelas beliau lagi, apabila menyebut tentang cinta dan sayang, ia adalah perkara yang tidak boleh ditahan. Apabila sudah sayang, seseorang itu tidak boleh menipu perasaan.
Apabila kita kata sayang, maksudnya kita memang sayang. Tidak boleh seorang saja yang sayang untuk terus kahwin.
Menurutnya, soal kahwin itu adalah jodoh dan ketentuan Allah SWT.
“Saya tiada pengalaman sebegitu, isteri saya yang kedua memang sangat baik. Kita semua perlu faham ini adalah jodoh dan kuasa Allah. Mungkin orang tidak boleh terima tapi itulah hakikatnya. Saya tidak setuju dengan istilah sondol menyondol ini,” katanya.
Sumber: Harian Metro dan Instagram Datuk Dr Mohd Nazri Khan