Tak ada salahnya berkahwin dengan orang lebih muda ke, lebih berusia ke asalkan ada keserasian dan boleh saling bertolak ansur. cuma, dalam perkahwinan dengan lelaki yang lebih muda, salah seorang perlu mengambil pendekatan untuk bersikap lebih matang.

 

Melalui fasa kehidupa dalam rumahtangga bukan hanya tanggungjawab sebelah pihak. Baik suami dan isteri, masing-masing ada peranan tersendiri untuk memastikan perkahwinan itu bahagia dan aman.

 

Cerita cinta pasangan yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember 2020 ini pernah menjadi bualan di alam maya. Seorang cikgu yang bertemu kekasih hati yang juga merupakan bekas anak muridnya sendiri begitu bahagia menceritakan pertemuan yang tidak disangka menjadi jodoh buat mereka berdua.

 

Kahwin Lelaki Muda, Isteri Kena Bersedia Buat Perubahan Ni!

 

Ads

Seperti yang dkongsikan Nor Izza Erma, ini tip untuk wanita yangberkahwin dengan lelaki lebih muda.

 

Tip hormat pasangan lebih muda:

 

  1. Beza usia kami 11 tahun. Tapi saya jenis banyak bercakap dan happy go lucky. Manakala Ammar pula serius, pendiam dan lebih matang daripada saya. Mungkin saya lebih dari segi pengalaman dan saya juga memberi lebih nasihat dan pendapat. Namun, saya tak boleh ketepikan pendapat Ammar. Saya belajar terima pendapatnya. Saya banyak mengalah kerana saya nak biasakan diri menghormati suami. Saya mengajar Ammar untuk belajar buat keputusan sendiri dan berani bercakap.

 

2. Saya lebih berterus terang dan suami tak banyak cakap. Tapi saya ajarnya tentang banyak perkara supaya tidak kekok lepas kahwin. Dari situlah kami mula belajar.

Ads

 

3.  Saya belajar biasakan diri terima pendapat Ammar dan buat keputusan sendiri. Sebelum kahwin lagi saya praktikkan untuk berbincang tentang sesuatu perkara.

 

4. Saya mempunyai perniagaan sendiri. Semua keputusan tentang bisnes saya yang uruskan. Sebelum kahwin saya ajak Ammar buat bisnes bersama untuk membiasakan diri ada rakan kongsi.

 

Ads

5. Sebagai wanita/isteri yang lebih berusia dari suami, jangan ada sikap ego, sombong dan pentingkan diri sendiri. Walaupun kita yang lebih tua, kita tetap perlu hormat pada suami. Suami perlu memainkan peranan penting walaupun dia masih muda. Banyak belajar dan rajin belajar benda-benda baru.

 

“Isteri juga kena banyak tolong suami. Macam saya, saya sengaja serahkan perkara yang susah kepada suami walaupun saya mampu uruskan sendiri. Tapi saya mahu dia lebih advance daripada saya. Sekurang-kurangnya ada juga perkara yang saya tak boleh lakukan dan dia lebih berpengetahuan.

 

Sejak awal lagi suami dah pesan pada saya jangan buat semua benda kerana dia tahu saya independent. Malah nak balik ke rumah mak sendiri pun suami tak mahu saya pandu kereta sendiri. Dari situ saya belajar hormatkan suami sebagai pasangan dan membuatkan kami rasa tak ada jarak di antara kami.”kata Izza.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI